puasa dah nak mula, syaitan dah nak go to hell, waktu sahur dan berbuka puasa da siap download. duet utk beli murtabak dgn kuih sampan 1st berbuka dah standby. tapi kekuatan fizikal dan mental tu dah bersedia ? itu topik yang akan aku ceritakan pada perenggan 1st ni. sebenarnya tips paling mudah utk kita berpuasa penuh ni satu je. keikhlasan. seperti mana kita ikhlas mencintai gf or bf kita bagi yang ada, begitulah kita kene bagi dekat Allah dlm menjalankan ibadah kita cuma double kan sket keihlasan tersebut. easy kan ? tips paling simple yang aku sendiri masa kecik tak boleh buad. sekarang alhamdulillah boleh.
dulu konon-kononnya aku persalahkan syaitan sebab hasut aku utk tak puasa sedangkan time tu syaitan da naek atas. tp hakikatnya aku yang berperangai syaitan. kisahnya bermula mcm ni. masa kita tadika, mak pesan dekat aku yang kalo puasa 1 hari, dapat seringgit. time tu dalam kepala pikir mercun pop pop dgn thunderclap. kalo aku puasa penuh sebulan mau rm30 aku dapat. kayo pakcik kayo. boleh bayang tak time tadika tu aku puasa sebulan ? mantap tak mantap la. tiba je hari perhitungan duet ganjaran puasa time raya pertama, mak aku kasi rm20. mak pesan budak-budak tak boleh pegang duet banyak nnti hilang. lg rm10 ?
tuhan je tahu perasaan kecewa aku yang disembunyikan disebalik muka kanak-kanak rebina dgn susu basi kt pipi. aku da mengalami kemurungan dan pemberontakan jiwa anak muda pada usia awal sebelum waktu korang semua baligh. senang cerita emosi baligh aku da bermula kt tadika sehingga sejuta sperma pertama aku keluar di usia yang dirahsiakan. puasa tahun berikutnya sehinggalah 2 tahun lepas, aku da tak pernah sekali pun puasa penuh. terkantoi dalam banyak situasi samada disengajakan mahupun tidak.
masa dekat sekolah agama, tiap kali puasa rajin betol aku pergi surau nak solat. amek wuduk katekan. bila time step wuduk kumuh-kumuh, aku paling lama. slurp-slurp bunyinya. jelas kt situ aku minum air paip mcm minum air coke. bila da dekat sekolah menengah, da pandai isap rokok. time-time puasa buad kerja gila pergi toilet ramai-ramai ajak kawan "bro, sap sap kok lu". sbb nak pegi kantin kantoi. last-last diakhiri dgn penyebat dekat bilik disiplin. bila da masuk hostel, da mula blaja berdikari dalam urusan peribadi, dekat situ lah aku blaja buad mushroom soup tengahari time puasa. mmg duduk asrama mase skolah mengajar aku memasak.
tu baru sikit confession seorang anak jin yang belum matang dlm urusan agama. byk lagi yang membuat aku mengimbau memori puasa aku. paling tak senonoh ialah bila naek kereta dgn kawan-kawan pegi drive-thru mcd pukul 2 petang beli sundae. gila bullshit aku dlu. takpe. pengalaman mengajar kita dalam erti kata laen belajar dari pengalaman ( tak ke sama? ). oleh itu aku menyeru kepada semua anak-anak muda di luar sana yang pernah buad mcm aku malah lagi teruk lagi, please dont try all this at Ramadhan al-Mubarak. rugi sangat. last-last kene ganti gak next year kalo sempat. kalo tak sempat neraka la jawabnye.
kesimpulan dari kelalaian di atas dan perkaitan dgn perenggan pertama, jom la ikhlas kan hati. bagi yang betol-betol puasa tu bagus la tp bg yang spesis nakal dan tak matang mcm aku, harap amik ikhtibar dari kesedaran kewajiban berpuasa ni. marilah kita bersama-sama membuad anjakan paradikma, dimana kita kene berani membuad suatu pembaharuan utk diri kita sendiri demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang penting kerana Allah. bukan kerana seringgit seperti yang pernah mak aku janjikan dlu. :)
p/s: aku mula sedar yang mak aku shortkan rm10 aku sbb nak aku belajar pengalaman ponteng puasa yg sekali sekala mencuit lemak perut aku. terima kasih mak.