Assalamualaikum
Untuk kali kelima berturut-turut dalam seumur hidup, aku telah dirayu untuk melepaskan. Dipujuk untuk berhenti menagih cinta dan kasih sayang seorang perempuan. Bukan senang sebenarnya menjadi lelaki seperti aku. Aku lelaki yang biasa-biasa sahaja. Dengan badan sedikit gempal dan berpipikan bantal, sering dipandang negatif sebagai seorang "sweet talker". Mungkin kurniaan tuhan aku diberi kelebihan menabur kemanisan pada hati orang tetapi aku menggunakannya dengan berhemah.
Mungkin dengan nilai lima diatas dalam seumur hidup mencurigakan segelintir pihak samada apa benar Encik Psychopath ini seorang yang berhemah dalam menabur kata-kata. Baiklah jujurkan saja yang nilai lima itu secara berturut-turut dan jumlah keseluruhannya melebihi sepuluh. Berbelas mungkin. Siapa yang tidak pernah bercinta dengan monyet? Eh. Bercinta dan berkasih sayang secara monyet atau dalam erti kata lain ialah percintaan bangku sekolah. Itulah suatu titik tolak yang mana setiap pengalaman itu mematangkan dan mendidik melalui kekecewaan.
Manis sekiranya dikenang kembali cinta-cinta dahulu dan terkadang bergelinang juga air mata dan hampir terjatuh setitik di mata sebelah kiri mengingati sejumlah daripada mereka. Ah, gelinya perasaan begini. Hendak dihempuk saja muka penulis ini memutikkan bunga yang sudah lama menjadi abu. Ceritanya sekarang, aku sudah lupa motif penulisan. Oh lupa. Aku sedang berduka. Hahahaha. Kelakarnya ditinggalkan. Lelaki setia seperti aku ditinggalkan dan memang lumrah dunia dalam bercinta pasti ada kegagalan sehinggalah yang sejati itu tiba. Benar bukan?