Saturday, October 30, 2010

Happy Birthday Encik Psychopath!


Assalamualaikum

Photobucket

Encik Psychopath's girlfriends


Dear Maria Ozawa, terima kasih sebab sudi memberikan malam-malam bahagia buat saya. Di umur yang ke-21 ini, di harap hubungan sensual kita semakin erat dan saya doakan kita takkan terasa bosan dengan hubungan sebegini walaupun cinta kita hanya melalui video-video nakal. Walaupun kita jauh, tapi hati kita tetap dekat kan sayang? Insyaallah habis final exam ni saya datang ziarah awak dekat Jepun.

Dear Jang Nara, terima kasih untuk semua drama korea. Segala scene-scene romantik, cium-cium, sedih, dan kebahagiaan yang awak bawak sangat memberi impak dalam kehidupan seharian. Lakonan yang awesome seterusnya menjadi pujaan saya dan akhirnya menjadi salah seorang kekasih hati. Semoga long-distance relation kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Malaysia-Korea, not so far.

Dear Acha Septriasa, Ada Apa Dengan Cinta. Dari situ cinta kita berputik. Segala kisah-kisah cinta kita diabadikan dalam filem indah itu. Tak banyak yang boleh diceritakan kerana hubungan kita terlalu complicated sejak babak cium mulut awak dengan skandal awak, Irwansyah. Btw, thanks to be the third to wish my birthday and still remember our anniversary. Semoga hubungan tegang ini tidak meleraikan diplomatik Malaysia-Indonesia.

Dear Mr's Psychopath, why u so hot in my eyes and makes me feel in love again everytime we used to be together? Evendoe your tooth covered by braces. From far, it seem like pagar besi behind my house. But your kiss still save and even hot rather than my other lovers. Maybe dats your specialize and i appreciate that. Just the way u are.

Thanks for wishes from all my girlfriends over the world. It's good to have everyone and im happy with my current life and atlease this year is more better then my fucking last year birthday.



p/s: Final Exam : 1 Nov until 9 Nov.


Monday, October 25, 2010

I Don't Eat Rice ; Go To Hell


Assalamualaikum


Photobucket


Ramai yang mengatakan pengambilan nasi dalam rutin pemakanan tidak bagus. Lagi-lagi ketika mereka sedang on diet. Siapa kata nasi menggemukkan? Dan ada yang sanggup menukar makanan ruji utama Malaysia, nasi kepada mee dan sebagainya. let me tell you the secret of rice yang well-known as karbohidrat.


1. Nasi membantu kestabilan mood
  • Kajian dari Archives of Internal Medicine, mereka yang menjalani diet selama setahun dengan kurang pengambilan karbohidrat seperti nasi, cenderung mengalami stress, gelisah dan panas baran. Wow.

2. Nasi mencegah kenaikan berat badan
  • Hasil penyelidikan dari Bringham Young University di Utah, US, mereka yang menambahkan lagi pengambilan serat nasi akan mengalami penurunan berat badan. I can't believe it.

3. Nasi baik untuk jantung
  • Kemasukan serat mudah larut seperti nasi dan oat akan menurunkan 5% kolestrol dalam setiap 5-10 gram sehari. Peh.

4. Nasi membantu melangsingkan pinggang
  • Penelitian yang diperoleh dari Journal of Nutritions, pengambilan gandum ini membantu pengurangan lemak badan dan lemak perut. kajian mengatakan orang dewasa yang mengambil tiga portion gandum ini memiliki 2%-4% lemak tubuh dan 3%-6% lemak perut sehari lebih sedikit berbanding mereka yang makan kurang dari suku portion. Erk.

5. Nasi membantu ketajaman memori
  • Perempuan yang mengalami overweight dan menjalani diet tanpa nasi seminggu akan mendapat keputusan teruk dalam ujian memori dan juga dalam ujian mengingat lokasi dalam peta. what the..

6. Nasi memecahkan lemak
  • Sarapan dengan nasi yang sifatnya tidak menaikkan gula dalam darah sebelum excersice membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak. Ok fine.

Kesimpulannya, nasi bagus sangat dalam pemakanan yang sihat. Cuma jangan berlebihan dan jangan tak makan langsung. Nak diet senang je. Cukup makan, tido dan excersice. Sikit pun jadi la. Cube tengok Encik Psychopath, sihat je makan nasi. Hantu nasik tu. Nasik lemak la tapi. Uh-la-la !


Sunday, October 24, 2010

Minuman Berbahaya


Assalamualaikum


Photobucket


Selidik minuman yang membuatkan lilitan pinggang anda sukar untuk menyusut. Menurut penulis buku Nutrition at Your Fingertips, Elisa Zied, kita seringkali merosakkan program diet mereka tanpa disedari. Sebagai contoh, mengurangkan kemasukan kalori dari menu harian atau memakan makanan yang berlabel low fat atau less sugar.


Kita menganggap kedua-dua jenis makanan berikut menyihatkan, hakikatnya sebahagian makanan yang berlabel seperti itu masih lagi mengandungi kalori. Jadi, tidak hairanlah bila program diet tidak berjaya. Bagi mendapatkan tubuh yang diinginkan, perkara pertama yg perlu kita faham adalah mengenali minuman yang perlu dielakkan supaya usaha diet tidak menjadi sia-sia.


Jus Buah-buahan

Persepsi kita diterapkan dengan meminum jus buah-buahan segar menyihatkan. Ini kerana jus buah-buahan segar tiada sebarang bahan pengawit dan pemanis tambahan. Tetapi siapa sangka ia minuman yang kurang tepat. Kadar gula di dalam kandungan buah-buahan tidak boleh dipandang rendah. Beberapa buah mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Gula dalam buah antara yang paling baik, namun kesedapan air buah-buahan menyebabkan kita sering mengambil secara berlebihan. Caranya ialah dengan mengurangkan pengambilan jus buah-buahan. Ia akan mengurangkan kandungan gizi dan serat buah, sebaiknya pengambilan adalah minimum. Disarankan meminum air mineral sahaja jika terasa haus dan terhidrat.


Kopi

Ada yang mengatakan kopi mengandungi antioksidan dan ada juga mengatakan meminum kopi setiap hari membuatkan kita semakin gemuk. yang mana benar? Secawan kopi hitam memang padat dengan antioksidan dan kalori yang minimum. kopi inilah yang dianjurkan untuk diminum setiap hari. Tetapi, tren kopi dipasaran sekarang bukanlah kopi hitam.

Ianya kopi yang ditambah susu, sirap, krim, karamel dan aiskrim. kopi jenis ini menjadi padat dengan gula dan segelas kopi jenis ini mengandungi kalori sebanyak 570 iaitu hampir setengah keperluan kalori keseluruhan harian. Caranya ialah dengan meminum kopi hitam dan tanpa gula. pengambilan kopi hitam 3-4 hidangan sehari dapat meningkatkan fokus dan konsentrasi. Ia juga menghindari kanser dan diabetes


Smoothie

Smoothie adalah minuman yang diperbuat daripada campuran beberapa jenis buah yang dikisar. Ianya menyihatkan , sumber tenaga dan berupaya menurunkan berat badan. Tetapi, smoothie di kebanyakan restoran atau kafe sudah mengandungi gula, madu dan sirap. ada juga yang mengandungi susu dan aiskrim. berapa banyak kalori dan lemak di dalamnya?

Caranya ialah biasakan meminum smoothie buatan sendiri di rumah. Pastikan ianya 100% tanpa bahan campuran. Kita dapat mengawal kemasukan kalori dan lemak harian. Tubuh juga akan bertambah sihat kerana smoothie padat dengan vitamin, mineral dan antioksidan

***

Kesimpulannya ialah kandungan gula dan kalori berlebihan dalam pemakanan yang sihat juga tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, gunakan tips ini sebagai keberkesanan rutin pemakanan anda. Semoga anda akan kekal mantap seperti Encik Psychopath ;)

Mantap ke?


Wednesday, October 20, 2010

Koboi Naik Kuda Bawa Ayam


Assalamualaikum

Photobucket


Setibanya di kedai mamak, Jidin duduk dan cuba menarik perhatian rakan-rakannya, Encik Psychopath, Budak Sabah dan John. Jidin mengajukan sebuah teka-teki.


"dalam banyak-banyak kotak, kotak ape yang tak boleh angkat?"


Aku, Budak Sabah dan John berlumba-lumba menjawab soalan Jidin.


"kotak penalti!" teriak trio gay serentak.


Jidin tersenyum melihat gelagat rakan sepeleserannya tangkas menjawab. Mungkin teka-teki ini agak familiar. Cubaan menghidupkan suasana meja yang betul-betul di hadapan kaunter kedai mamak menjadi. Jidin diam sejenak dan memesan teh tarik untuk membasahkan tekak beliau yang kering setelah pulang dari karoake.


"masa hidup kita menyanyi, masa mati kita tepuk tangan?" sekali lagi teka-teki di bentang.


Aku kebingungan. masakan org mati kita tepuk tangan. Tak logik akal. John kusut memikirkan sambil mengurut-urut dagu runcingnya. Budak Sabah menyerah kalah dengan teka-teki tersebut.


"lilin hari jadi" Jidin membocorkan soalan teka-tekinya.


Benar juga. Licik sungguh teka-teki Jidin. Terkeliru juga tiga rakannya yang lain. Entah dari mana soalan-soalan ini datang dalam kepala Jidin. Mungkin beliau sudah terkena di tempat lain, lalu cuba utk mengenakan rakannya yg disini pula. John tersenyum dan menepuk meja kerana tidak dapat meneka teka-teki mudah Jidin. Jidin siap sedia mengajukan teka-teki ketiga beliau.


"tiga kepala, enam mata dan lapan kaki?" soalan diajukan dengan mimik muka jahat.


Aku sedikit pun tidak menjawab. Sedikit curiga dengan teka-teki tersebut dan takot terkena. Budak sabah dan John hanya duduk diam tanpa memikirkan. Tiada seorang pun cuba meneka.


"apa dia? aku tak tau."


Reaksi aku dengan tegas. Walhal aku masih lagi memikirkan. Tidak mungkin ade makhluk berkepala tiga, bermata enam dan berkaki lapan. Hendak saja aku jawabkan lipan. Tetapi lipan tidaklah berkepala tiga, apatah lagi mengetahui bilangan mata lipan. Lantas Jidin menamatkan persoalan teka-teki tersebut.


"koboi naik kuda bawak ayam" terang beliau.


Aku terdiam. Sepertinya tiada satu pun suara memberi respon terhadap jawapan Jidin.



Sunday, October 17, 2010

Tandas Berhantu


Assalamualaikum

Photobucket


"John, teman aku pg toilet jap"


Gaya steady aku keluar kereta tapi hakikatnya menahan kencing. John sedikit pun tidak mengendahkan aku. Malah tersengeh di dalam panggilan telefon sejak sepuluh minit yg lepas. maklumlah org bercinta.


"kalau cinta sudah melekat, tahi pun rasa cokelat" getus hati aku sambil berlalu pergi.


Jarak tandas awam dan kereta tidak jauh. Kelihatan sebuah tandas awam yang terbiar. Entah sempat ke tak aku menahan pundi kencing ini seolah-olah seperti membawa belon yang dipenuhi air. Sesampai di toilet aku cepat-cepat membuka zip dan menghalakan 'paip' aku ke arah mangkuk jamban sambil berdiri.


"emm..ahh.."


Kedengaran bunyi suara nyaring hantu betina. Belum sempat aku mengeluarkan titisan kencing yg pertama. Kencing ini dikemut takot-takot deras kencing aku menarik perhatian penunggu tandas. Aku perhati di setiap bucu siling kerana bunyi tersebut datang dari arah tersebut. Mana tahu ternampak kuntilanak bertenggeng menatap tepat ke arah kemaluanku.

Tiada. Aku masih lagi menahan kencing dalam keadaan posisi memancut. Kebarangkalian ada bunyi susulan. Dan selang beberapa saat.


"ahhh.." kali ini lebih kuat.


Memang benar ada bunyi susulan. Tapi bunyi sebenar datang dari jamban sebelah. Aku suspek pasti ada orang kesakitan di tandas sebelah. Aku cuba mengintai dari celah-celah lubang pengudaraan bawah yg terbuka. Mana tahu hantu kuntilanak sedang menghisap darah mangsa.

Kelihatan dua pasang kaki dengan seluar cerut, kasut converse dan selipar jamban saling tertindih di atas mangkuk jamban. Firasat aku, ini mesti kes khalwat. Otak ini mula aktif dan seribu idea bergelumang di minda. Hendak saja aku rakam aksi 3gp ini. aku menekan-nekan keypad telefon bimbit seperti mencari sesuatu yg jahat.


"tett tett" bunyi mesej celcom masuk secara kebetulan.


Secara tiba-tiba pasangan khalwat disebelah tersentak dan berdiri dengan gopoh. Terkejut aku bunyi seakan-akan diserang hendap. Aku keluar berlari menuju ke kereta secara bersepah. Berderau juga darah ini. John pelik melihat aku ketakutan. Aku diamkan sahaja.

Di dalam kereta itu, aku termenung diam dan masih lagi menahan kencing.

Thursday, October 14, 2010

Review Movie Terbaik 2010


Assalamualaikum

Photobucket



Setelah pulang dari kelas Hidrologi jam satu suku, aku menuju ke parking motor Politeknik di bawah terik sang suria bersama teman-teman.


"esok kelas batal. seharian takde kelas. yey !" teriak aku dalam nada rebina.


Dalam kegirangan, aku menghidupkan enjin motor Lagenda 110, menyumbat earphone MP3 serta mengenakan helmet ARC putih dikepalaku. Kemudian aku menuju ke rumah untuk menikmati makan tengahari bersama keluarga.

Setibanya di persimpangan Federal Highway, aku membelok ke kiri menuju ke Petronas. Pam No.16 menjadi kegemaranku setiap kali ingin mengisi minyak. dengan pantas aku menuju ke kaunter sambil meraba-raba dompet di punggung.


"pam 16, RM5"


Bangla petronas menyambut kemas sekeping duit kertas berwarna hijau. Aku membalas senyuman plastik kepada beliau. kebetulan lagu Grey Sky Morning berkumandang di MP3 baru ku yang ku sumbatkan di telinga sejak di parking poli lagi. lagu kegemaranku. Aku miming bersama setiap bait-bait lagu. Terkumat kamit bibirku menyebut setiap baris-baris lirik lagu sambil membuat gaya bermain drum.

Kelihatan seorang kanak-kanak menuding jari ke arahku sambil menggerakkan ibunya. Mungkin budak itu kagum melihat perwatakan gila aku. Sesampai di motor, aku berlalu pergi. Sehinggalah tiba di rumah, perlahan-lahan aku menurunkan gear dan mematikan enjin. Sesuatu yang tidak kena di meter-board motorku. Aku kehairanan.


"bajingan ! aku terlupa isi minyak !" jerit aku kebingungan.


Aku seakan-akan dirasuk iblis, disepak-sepak batu-batu jalan, menggenggam tangan sehingga terbentuk bekas kuku ditapak tangan. Baru ku sedar, ketika di stesen minyak tadi selepas membayar di kaunter, aku terus menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Sedikit pun aku tidak menyentuh gagang pam minyak berkenaan. Apatah lagi mengisikan ke dalam tangki Lagenda 110 ku.

Tak mungkin aku akan kembali semula ke stesen petronas berkenaan. Aku melangut kosong sepuluh meter ke belakang. Sayup-sayup hati ini menahan seribu perasaan. Aku bergegas naik ke rumah. Beg kelas berwarna merah ku campakkan di atas katil lalu menuju ke dapur. Nasik goreng daging masakan emak dicedok dalam geram.

Jauh disudut ruang tamu, di meja makan, Encik Psychopath menjamah nasi tersebut dalam kekesalan.

Persoalannya, siapakah yang perlu dipersalahkan ?

Grey Sky Morning ?
Bangla Petronas ?
Budak kecil yang menuding jari ?
Encik Psychopath ?

RM5 The Movie di pawagam sekarang !

Tuesday, October 12, 2010

10.10.10 yang lalu


assalamualaikum


Photobucket


"creett creett!" bunyi cirit Nokia murah berwarna oren metalic di atas meja.


aku capai dalam keadaan berboxer. unlock dan baca. baru pulang dari diskusi bersama dua ahli final projek di kfc seksyen 13, shah alam. seharian bertungkus lumus menyiapkan report dan slideshow utk dibentangkan.


"malam ni futsal puku sebelas" ujar mesej budak sabah.


oh ya. budak sabah ini kacukan cina dan jawa. ciwa. beliau tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke sabah. mungkin nama beliau di inspirasikan dari style rambut beliau seakan-akan org sabah. berwarna karat saling tak tumpah seperti bulu kemaluan orang utan. lagi-lagi bila beliau menggayakan dengan kasut Supra Skytop beliau. memang kena.


"aku tak main, injured" bohong aku demi kepentingan peribadi.


penat, lenguh dan bukan dalam condition lutut yang baik. tambah pula poket semakin nipis. tak mampu aku membayar gelanggang futsal walaupun secara tong-tong. tambahan, aku sering dikeluarkan semasa permainan akibat masalah kecerdasan. aku juga ada temujanji dengan Jang Nara di Skype. lupa, aku baru sahaja membuat Skype baru. boleh add jika ada kesenangan ; Akmall Arief.


"main la gila. kau perancang kot" cubaan rayuan gombal beliau.


kata-kata yang sudah lali pada telinga ku. setiap kali mahu memancing aku utk bermain futsal, itulah ayat-ayat manis yg ditaburkan. sudah lah menipu, memerli pula tu. aku sedar aku bukan lah hebat seperti Frank Lampard ketika beraksi. dan tugas sebagai seorang perancang mestilah memiliki setiap aspek teknikal bola sepak yg lengkap. aku, basic pun tiada. hanya sepak, rebut dan gaduh.


"aku hanya merancang, tuhan menentukan"


lawak aku dengan gaya teletubies merah. dengan harapan budak sabah ini menyirap dan langsung senyap. hatiku ketawa kecil.


"haha. wei cepat siap. aku datang amek"


sudah. lapan tahun menjalani persahabatan ini pun langsung tidak faham kiasan aku yang sudah terang lagi bersuluh taknak main. aku biarkan sahaja telefon bimbit tersebut di dalam kocek seluar yang tergantung di pintu bilik lantas duduk di hadapan laptop Acer Aspire 4530 menanti kemunculan Jang Nara.

di pengakhiran malam tersebut, terdapat lima misscall dari budak sabah itu dan di susuli satu pesanan ringkas berbaur hanjing berbunyi "p****t"

aku tersengeh kambing di dalam selimut sendirian.



Sunday, October 10, 2010

Segalanya Tenang


assalamualaikum


Photobucket

Encik Psychopath ; bukan nama sebenar


aku pantang betol bila ade org cakap aku tiru gaya Hafiz AF. what the F. jauh panggang dari api. ini gaya rage aku. aku punya citarasa sama seperti mereka yg stylo. ya, mmg aku psycho, tp aku berbicara tentang stylo. jelas?


"masih jelas.... setiap garisan halus..."


ah sudah. mmg gua tiru gaya Hafiz.

rambut tampak kusut. gaya kampung yg serabut dgn memakai blazer kolar naik. lemak pipi pejal yang bersahaja tanpa rasa malu dan terukir senyuman plastik. seolah-olah gembira dan adakala seperti menahan duka. tidaklah kelihatan seperti kejutan budaya. tetapi tidak dinafikan seperti keliru dalam pencarian imej dan identiti. samada Jonas Brothers dan Hafiz AF. sigh. memang macha kata org. tapi aku tetap tenang. segalanya tenang.


Photobucket
Gambarajah 1.1 : Jadual Peperiksaan Final Exam Encik Psychopath


jadual da release. dengar-dengar exam kali ni takde klu langsung. dahulu, selalu saja dapat soalan bocor, ramalan-ramalan bodoh. lecture mati akal bila pemilihan soalan final exam dipilih org luar. kata mereka, tidak tahu apa-apa dan dihari periksa, lecture dan pelajar sama-sama gelabah. aku hanya tersenyum sinis dgn cara pengurusan politeknik. "kenapa aku masuk poli bodoh ni" getus aku.

secara kasar, aku, rakan-rakan, teman sepersimpangan melalui suatu sistem pembelajaran yang tak berkualiti. masakan tidak, tengok saja pada test dan kuiz. buku, nota-nota kecil, contengan rumus di atas meja merupakan perkara biasa. samada bodoh pandai cerdik bebal, itulah yang dijadikan rutin tiap kali diuji. lantas, usaha pelajar lebih terjerumus kepada cara utk tackle soalan supaya cemerlang dan bukan keberkatan ilmu itu utk dibawa ke alam pekerjaan.

antaranya aku. aku dan aku. tapi aku tetap tenang. segalanya tenang.


Friday, October 8, 2010

Perempuan

assalamualaikum


Photobucket


ah, perempuan.

*diam lagi*

mudah, sebenarnya, untuk buat sang perempuan tidak pergi.
kenapa perempuan suka lari-lari?

sebab sunyi.

maka jangan bagi dia sunyi. jangan bagi peluang pada sunyi untuk singgah dalam hatinya. agama kita sudah berkali2 pesan, seboleh2nya, jangan ditinggal-tinggal isteri lama lama. sunyi adalah musuh utama perempuan. kalau kau masih terang ingatnya pada kisah hawa,ingatlah; ketika sunyilah si iblis datang dan membubuh cerita dalam kepala hawa.

perempuan ini fitrahnya tidak suka disendiri.ya,mulut mereka mungkin mengaku mampu dan gagah tapi itulah dia.perempuan hidupnya perlu ada peneman gundah.

ya, memang mengada-ngada.
tapi itu fitrahnya.

jangan bagi dia biasa bersunyi. kalau pun dipisah jauh, jangan biar dia tersedar yang dia sunyi.sebelum dia isikan kosong sunyinya dengan sesuatu yang tidak perlu, bersegeralah cari dia yang selalu menunggu untuk dijumpai itu.sunyi, bagi seorang perempuan, adalah pucuk2 kemurungan yang terlalu tajam dan mengilukan kalbu.

sebelum dia penat, kejar dia dan sambut ketentuan jatuhnya.jangan percaya sama bibirnya yang mendabik gagah, yang menempik takut goyah.itu memang caranya.perempuan perlu sesuatu untuk membukti perkasa.

cara termudah adalah dengan melupakan yang sebenarnya dia tidak lemah dan tidak terpatah;
dengan melakonkan watak sesasa badang dengan paling bersungguh dan meyakinkan, dengan harapan terbohong hati sendiri dan terus terpercayakan.



-->source<--

Tuesday, October 5, 2010

Peacock Time


assalamualaikum


Final Year Project Presentation, MUET Test and a lot of final test and quiz will take place on the whole next week to be carried to my carry mark. Totally make me insane. Then my life and appearance will look like Gollum. Million things that play within head and until don't know which one I should start first. But now, i already detected my symptom as a Gollum ; when i watching television, i'll talk alone.

gollum



Julia Roberts when she starring "Eat Pray Love", after finalizing her difficult divorce, she spent the next year traveling. She spent four months in Italy, eating and enjoying life (Eat). She spent four months in India finding her spirituality (Pray). She ended the year in Bali looking for "balance" of the two and found love (Love). Isn't a wasting there? Better spent a year to eat sushi king and how much million of suhsi she can eat. I'm not condemning Julia Roberts as her way to get out from depression of life.

But I'm not. I only watch video below and automatically released tension in smile and covered by gay feeling. Sometimes, I can feel that I'm owning to this world.



Definision of Peacock Time : A situation when a man feel working for something is like a hell, then see someone else peacock is a medicine.

next week = peacock time !



 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath