Saturday, June 26, 2010

surat dari encik psychopath


assalamualaikum




kehadapan kawan-kawan yg ade blog mahupun anonymous ( ade ke? )..

Encik Psychopath akan away utk sementara waktu utk ke kolej dan belajar berikutan bermulanya kelas pada semester baru. Saya akan merindui kamu , kamu dan kamu , dan tak sabar utk kembali dan berwalking ke blog anda-anda yg berkaitan . Diharap semua takkan melupakan Encik Psychopath selepas dia pergi kerana dia akan sedih kalau takde sape merindui dia bila dia balik nanti , dan jangan la buad-buad mcm tak kenal dan bila saya takde , jgn pula menganjur party or gathering semata-mata demi ketiadaan saya :(


tapi saya pergi tak lama , utk minggu pertama pembelajaran je , sebab time tu maybe agak busy-busy dan kalau tak busy pun , mesti nak tido lame sebab penat . yang penting , takde sape boleh ganggu waktu makan saya . hasrat dihati hendak mengajak , tapi kalau anda semua sudi ikot dgn ajakan saya , anda telah buad pengorbanan yg besar dan saya akan terharu dan berterima kasih .


ape yg saya ingin ajak tak mungkin anda akan setuju . em. saya nak mengajak anda semua... em. bole ke ? ok saya cakap ye . jom away ramai ramai nak tak ? nnti baru adil semua stop blogging jap . mana aci saya takde awak buad entry berjela-jela then saya tak dapat baca . bile bace , sure entry da basi :(



Q : patot ke saya mengajak semua ni demi kepentingan diri bersama ?

ⓐ. patot , kesian kat awak ..
ⓑ. em insyaallah kitorang away jugak..
ⓒ. awak ni selfish kot..
ⓓ. Heh .. *lu sapa bhai* (dlm hati)



bye bye



Thursday, June 24, 2010

wajah baru

assalamualaikum

kini www.babipunyestalker.blogspot.com berwajah baru


dulu


sekarang



niat di hati nak mengubah blog supaya lebih jantan sikit , tapi rase cm tak berubah pun ade. lantak lah. aku taknak org-org yg bace blog ni bosan dgn template dlu , tapi takot org rindu dan nak balik yg lama (ade ke? perasan) . harap korang boleh bg pandangan dan nasihat yg tak men'down'kan aku ke atas blog ni. sebab aku tgh kusut skrg ni.


dekat belah kanan blog ade bloglist dimana blog yg aku adore , kawan-kawan , skandal , blog yg difollow mahupun blog tuka-tuka link da disenaraikan tapi tak banyak. sebab aku pun bace lah sgt blog org melainkan org datang blog aku tinggal jejak , baru aku pegy sana balik. tu sbg balasan utk mereka. so kalau sesape yg takde tu , bgtaw lah ye jgn pulak simpan dlm hati pastu maen sentap-sentap then unfollow , kutuk mengutuk cm kes gado-sesama-blogger yg laen. cm huduh je perangai.


lepas tu shoutbox aku da available utk sume org so da takde "Your IP address 203.82.94.68 (contoh) has been banned from this shoutbox. Please try again later" . dulu aku kene block mereka-mereka yg kimak ni sebab selalu buad kata-kata nista yg sakit mata membaca , sakit lg otak memikir. so terpakse ban dorang secara extreme then effect kepada kawan-kawan aku especially kila yg siap buad entry khas pasal dye kene banned. jangan marah ok gadis brazil , german pasti menang (xde kaitan . hanya kami je faham)


terima kasih kepada yg selalu berkunjung ke blog ni (ayat simpati). blog ni dalam proses lg sebenarnye dan tak abes edit. jadi , jgn buad review dulu (perasan lg) . ok la sampai disini sahaja utk hari ini. isnin ni da start kelas. so akan berkurangan la entry-entri di masa akan datang.


bye bye



Tuesday, June 22, 2010

restoran mu , syurga aiskrim ku


assalamualaikum



muke sedap sambil telan air liur tunggu bacaan doa utk yum yum askrem



ni askrem saya , triple pleasure : rm3


ni askrem dak2 pompuan , oreo mudpie : rm5


di sebelah kanan cik aida , encik psychopath , cik zafira ( tokey kedai ) . then photographer , dila .


kawan saya ade sebuah restoran , agak maju dan sedang berkembang . tp faktor peniaga melayu tak berkembang ialah meng 'invite' rakan-rakan yg pelahap then sebelum balik buad muke meow-comel-lapa-takde duet. jadi , jadi.. ianya menjadi lah.


so kene la selang sebulan dua then buad trick sama demi masa depan restoran dye. akhir kata , selamat mencube.


p/s : kelas da nak start , tak cukup cuti T__T


Sunday, June 20, 2010

ulat bulu panjat lidi , sape dlu die jadi


assalamualaikum




selamat hari minggu kawan-kawan !

nak warning awal-awal tajuk entry mmg takde kaitan dgn entry ni. so bile tak jumpe hubungkait mahupun persamaan antara tajuk blog dan entry , jgn unfollow dan buad review blog ni yg bukan-bukan. just bace je ok. nnti saya belanja lolipop sape yg faham. =D


kalo pernah jumpe org diatas yg muke tahap syaitanirrajim ni , mesti kite takot nak lepak sama pekene winstons light sepam dua tp bile muke baik , cantik , elok rupanye tp hati pulak yg mcm muke jijik kt atas , kite tak kesah pon. kenapa ye ? xdepape sebenarnye. ye mmg takde sebab. =.="

di pagi yang mulia ni sebelum pakcik pegi jogging , pakcik nak bercerita sikit tentang kisah teladan haiwan dimana pakcik dgn bangganya menamakan tajuk ni " binatang-binatang in wonderland"





sila kretif utk membaca =D



pada suatu hari , tenuk berjalan-jalan di sebuah dunia. dalam perjalanan , si tenuk tersungkur akibat tersadung dgn akar-akar pokok dunia. dalam masa yang sama , kebetulan si babun ternampak tenuk terjatuh dan terlintas suatu visi utk mencanangkan cerita tentang ketersungkuran tenuk pada anjing dan babi. babun pun berjumpalah dgn anjing dan babi utk berjenaka tentang apa yang dilihatnye dgn sgt bahagia. berhari-hari dan berlanjutan si babun bercerita tiada kesudahannye seolah-olah di dunia fana ini hanya ada satu kejatuhan dan ia merupakan sejarah sepanjang zaman yang tak luput dek zaman.

dunia ini kecil. sebatang jarum jatuh ke lantai di sebelah utara , yang sebelah selatan toleh dahulu. begitulah pemahaman kasar duniawi ini. si tenuk tetap buad muke tenuknye sambil mengunyah rumput dunia yang sama-sama pernah dipijak binatang lain. si babun seolah-olah lupa penciptaNya , malah lupe darjat seluruh kehidupan yang ada di dlm dunianye. mereka sesama binatang , saling memerlukan dan sangat penting dalam kesempurnakan ekosistem dunia.

si babun berkata pada si tenuk.

" hey tenuk , kenapa muke kau mcm tenuk ?"

diikuti dgn gelak ketawa anjing dan sindiran halus si babi.

si tenuk dgn selamba yaya malah bangga terus-terusan buad muke tenuk yang di benci haiwan lain tetapi sgt bersyukur dgn ciptaan penciptaNye yang muka tenuknye paling terbaik di dunia. si tenuk hanya berdiam diri seolah-olah sgt loser.

tetapi hati tenuk berkata:

" setenuk-tenuk muka aku , aku tak pernah buad perangai babun sambil menganjing-nganjing dan memperbabi-babikan haiwan lain. sebab aku tahu , kubur asing-asing"

sambil ketawa sinis lantas berlalu pergi.

semacho macho tenuk berlalu pergi , lagi hancur hati babun tgk seolah-olah bercakap dgn seekor tenuk yg takde perasaan umpama berseloka bersama spender sedangkan tenuk sedang melayan perasaan.

begitulah kisah dunia binatang yang penuh pancaroba. rambut sama hitam hati laen-laen. itu hati binatang. hati anda mcmana?


biarkan , mereka pun binatang jgk.


*highlight la kalo tak faham da vincci code dekat atas ni. haih itu pun nak ajar? nampak sgt tak tgk detektif conan dekat ntv7 pukul 7. eh magrib takleh tgk tv , mak marah. lupe*


nampak ? realistik tak cerita pakcik ? korang mmg blur-blur sebab korang sume baik. sape nakal mmg rase faham sgt then request utk cerita sambungan. kalo korang nak taw crite ni trilogi taw. maknenye ade lg 2 episod. kalo nak taw la , sebab pakcik boleh gorengkan lg cerita-cerita cmni.


kesimpulan cerita dongeng pakcik :
  • binatang pun tau kubur asing-asing
  • babun , anjing ngn babi watak jahat dan sentiasa jahat
  • kesian dekat tenuk , sayangilah tenuk
  • rasanya babun paling nakal , tp kenapa babi terasa lebih sensitif ?
  • ouh ya , babipunyestalker.<3


Friday, June 18, 2010

saman


assalamualaikum



sape ade rm20 ? pinjam.



Wednesday, June 16, 2010

tambah gula


assalamualaikum

bile aku cakap "makin lama makin tawar" , masing-masing ckp suruh tambah gula la ape la. korang guraukan mende serius yg tak seberapa. kecik hati. salah sendiri tak disable komen tp bile bace byk kali , tersenyum gak walaupun time 1st time tgk komen-komen mcm nak nangis. tp betol la korang. memang kene tambah gula. syg korang sgt-sgt sebab suruh tambah gula. meh sini nak gomol.


"syg , tambah gula bole ? i rase tawar ni"


saya harap awak bubuh lebih <3


T___T


haktui. dah dah shiau la buad entry2 cenggini. nak cerita pasal worldcup , nnti masing-masing ckp dlm hati ; tiap kali dtg sini mesti bola. dem la korang. ade sesapa yg nak takeover blog sampah ni tak ? aku malas da maen mende ni. tp gatal tgn =.="


p/s: what the Facebook! *gantian utk fuck*



 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath