Thursday, March 31, 2011

Part Time Lover

Assalamualaikum

Kini tidak lagi sebumbung dengan Maria


Untuk kali kelima berturut-turut dalam seumur hidup, aku telah dirayu untuk melepaskan. Dipujuk untuk berhenti menagih cinta dan kasih sayang seorang perempuan. Bukan senang sebenarnya menjadi lelaki seperti aku. Aku lelaki yang biasa-biasa sahaja. Dengan badan sedikit gempal dan berpipikan bantal, sering dipandang negatif sebagai seorang "sweet talker". Mungkin kurniaan tuhan aku diberi kelebihan menabur kemanisan pada hati orang tetapi aku menggunakannya dengan berhemah.


Mungkin dengan nilai lima diatas dalam seumur hidup mencurigakan segelintir pihak samada apa benar Encik Psychopath ini seorang yang berhemah dalam menabur kata-kata. Baiklah jujurkan saja yang nilai lima itu secara berturut-turut dan jumlah keseluruhannya melebihi sepuluh. Berbelas mungkin. Siapa yang tidak pernah bercinta dengan monyet? Eh. Bercinta dan berkasih sayang secara monyet atau dalam erti kata lain ialah percintaan bangku sekolah. Itulah suatu titik tolak yang mana setiap pengalaman itu mematangkan dan mendidik melalui kekecewaan.


Manis sekiranya dikenang kembali cinta-cinta dahulu dan terkadang bergelinang juga air mata dan hampir terjatuh setitik di mata sebelah kiri mengingati sejumlah daripada mereka. Ah, gelinya perasaan begini. Hendak dihempuk saja muka penulis ini memutikkan bunga yang sudah lama menjadi abu. Ceritanya sekarang, aku sudah lupa motif penulisan. Oh lupa. Aku sedang berduka. Hahahaha. Kelakarnya ditinggalkan. Lelaki setia seperti aku ditinggalkan dan memang lumrah dunia dalam bercinta pasti ada kegagalan sehinggalah yang sejati itu tiba. Benar bukan?


I'm looking for part time lover. Anyone ?




Monday, March 28, 2011

Hand of Hope

Assalamualaikum

Sebelah tangan kosong yang kotor diminta untuk ditarik ke langit


Maaf sebab tidak mampu berkunjung mesra macam dulu-dulu. Rindu juga. Aku sibuk belajar untuk pointer. Untuk mencantikkan sedikit pointer biar layak dan paling busuk pun supaya sedap mata memandang. 3 point ke atas itu sudah boleh buat dunia ni masih lagi ada tangan yang dihulur dari langit, masih terlihat tangga di puncak dunia, masih tidak terkunci pintu menara gading. Aku baru sahaja menyelesaikan diploma. Seperjuangan aku yang lain sudah tersengih-sengih di sarjana muda.


Aku sudah tertinggal terlalu jauh. Menghabiskan sisa lepasan SPM selama setahun menjadi pembuat Double cheese burger di McDonald dan sebelum itu menebar Pepperoni Delight di Pizzahut. Sungguhpun hanyut bercinta dengan perempuan yang tidak punya apa-apa sehingga tak tersedar dikejutkan hinggalah diperbabikan insan yang mencemburui kelebihan. Seterusnya gagal dan terpaksa mengulang subjek dan akhirnya jiwa ini sudah terlalu kebal dengan perjalanan yang di atas itu telah tentukan.


Mungkin tuhan ingin memberikan aku sedikit subjek tambahan untuk aku betul-betul memahami pelajaran dunia. Aku sudah cukup kental untuk diperlakukan apa-apa. Jiwa ini masih teruja, hati ini masih punya cita-cita, nafsu ini ghairah seperti biasa. Persinggahan di Bank Simpanan Nasional membuatkan aku terpengaruh membeli nombor pin UPU dan seterusnya terjebak dalam kancah pendaftaran pendidikan secara online. Di sesawang institut pengajian tinggi awam itu, aku meletakkan takdir di lokasi-lokasi terpilih.


Semoga tuhan mempertimbangkan usaha ini dengan meletakkan dosa lampau yang tak terampun itu di tepi.




Wednesday, March 23, 2011

Hotel Bertemakan Seni


Assalamualaikum


Bagi sesiapa yang berkunjung ke Shah Alam dan ingin bermalam anda bolehlah mengunjungi Hotel De Art. Hotel ini adalah hotel pertama yang bertemakan seni (Malaysia 1st Art-Themed Hotel). Bagi mereka yang datang merantau dan ingin mencari penginapan sementara di Shah Alam, Encik Psychopath mencadangkan anda semua mencuba kelainan yang disajikan oleh bilik-bilik hotel yang terdapat di Hotel De Art ini.


Berikut adalah koleksi-koleksi bilik yang boleh ditempah mengikut citarasa :


Align CenterRoom : Roman Holiday
Size : Superior Deluxe Room
Rates :RM128/night

Room : Roman de la Rose
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : The Great Empire
Size : Family / VIP Room
Rates : RM188/night

Room : The Scottish Castle
Size : Superior Room
Rates : RM108/night

Room : The Minimalist
Size : Superior Room
Rates : RM108/night

Room : Wall Street
Size : Superior Room
Rates : RM108/night

Room : Radioactive
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : On Cloud Nine
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Celebration!
Size : Superior Room
Rates : RM108/night

Room : Turn A New Leaf
Size : Superior Room
Rates : RM108/night

Room : The Oakland
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Breakfast at Tiffany's
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : The Maharaja
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Golden Fortune
Size : Superior Room
Rates : RM108/night

Room : Sweet Dreams
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Your Royal Highness
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Pharaoh's Conquer
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Zen
Size : Family / VIP Room
Rates : RM188/night

Room :Elvis's Alive!
Size : Twin Superior
Rates : RM138/night

Room : Autumn in Paris
Size : Family / VIP Room
Rates : RM188/night

Room : Leopard's Phantasy
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : New York New York
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Oopsy Daisy
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Just Like Paradise
Size : Superior Deluxe Room with lakeview
Rates : RM138/night

Room : The Snotty Peacock
Size : Family / VIP Room
Rates : RM188/night

Room : Crouching Tiger Hidden Dragon
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Rock Solid
Size : Twin Superior with lakeview
Rates : RM138/night

Room : I Feel Bubbly!
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : Bring in 'Da Funk!
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night

Room : African Fire
Size : Superior Deluxe Room
Rates : RM128/night



Gambar diatas ialah lokasi hotel tersebut yang beralamat 3, Jalan Kristal AS7/AS, 40000 Shah Alam, Malaysia. Orang Shah Alam yang selalu lepak seksyen 7 minum-minum sambil tengok bola kalau tak tahu tempat ni memang boleh kene halau keluar Shah Alam. Tapi bagi orang-orang selangor sendiri kalau saja nak sleepover atau honeymoon takde masalah rasanya. Hak masing-masing nak menginap dekat hotel. Harga takdelah lima bintang sangat. Tapi okay je.


Bagi yang nak keterangan lebih lanjut boleh layari official website hotel ni. Dan kalau ada blogger-blogger yang nak buat gathering dekat hotel pun takdehal. Boleh kumpul ramai-ramai then pillowtalk. Tak pun pillowfight ke. Yang nak threesome dengan aku pun boleh tapi kene booking la. Jom la love-love dekat hotel style. Ape barang main tepi sungai. Ye dak ?


Favorite aku dalam banyak-banyak bilik ialah Sweet Dreams. Anda punya favorite?



Monday, March 21, 2011

Belon


Assalamualaikum


Hello. Rasanya semua dah tahu yang khamis hingga ahad lepas ade Hot Air Ballon Fiesta dekat Putrajaya. Rasenye ramai yang pergi. Dan aku pergi hari sabtu dari Shah Alam dan siapa yang pergi hari sabtu memang best gila. Dah la hujan, then belon tak naik-naik sampai magrib, sesak dan berlecak, habis berlumpur kasut dan seluar jeans, nak makan memang tak ade port untuk duduk jadi memang best la. Betul? Tambah pulak aku yang naik public transport sebab tak ade kereta nak ke sana dan aku keliru samada ini kenangan manis atau pahit. Tapi aku enjoy dengan kawan-kawan aku ok guys! Rock!

Ok fine.


Ini antara satu-satu belon yang dapat aku masukkan dalam blog. Ape pasal tah gambar lain error bila masukkan dalam blog. Macamane nak update kalau macamni ? Diharapkan korang dapat tengok gambar aku pun cukuplah ye. Aku saling tak tumpah macam belon dari aspek perut. So sorry okay entry kurang memuaskan dan tak best. Sorry Eny, Shara, Taufik, Aiman dan yang lain-lain sebab tak dapat masukkan gambar. Kadang-kadang manusia tak pernah sempurna ye dak? Tapi ape kaitannya? Tetibe aku pening. Weh ngantuk. Huaargh *menguap*. Aku penat sangat ni. Penat bercinta kononnye.

Bye.



Friday, March 18, 2011

Cukup atau Tidak ?


Assalamualaikum


Untung bagi seorang wanita memiliki lelaki yang pandai mengurut dan meregangkan anggota badan wanita. Mungkin kedengaran agak nakal bilamana lelaki yang gemar meregangkan wanita ini dilihat sebagai miang dan suka meraba tetapi di sisi terang naluri lelaki begini, mereka penyayang dan mahir memberikan sentuhan-sentuhan yang sentiasa membuat wanita menarik senyuman kepuasan.


Jadikanlah lelaki seperti ini sebagai suami nescaya wanita tidak terdahagakan kasih sayang. Gambar diatas menceritakan detik dimana beberapa bulan dahulu iaitu kali terakhir Encik Psychopath berdating sebelum ditinggalkan dan dikutip semula seterusnya ditinggalkan lagi dan sambung semula dan entah sampai bila ia akan berlanjutan secara berkala. Bak kata perempuan atau pemilik kaki berkenaan;


"sayang sahaja tidak cukup kalau tak menghargai".


Hakikatnya perempuan tersebut menghargai atau tidak saat-saat dimana selepas keletihan berjalan dan mencari tempat duduk, dihulurnya kaki di atas peha sang lelaki dan meminta dipicit-picit. Lelaki itu jugalah yang memicit dengan penuh ikhlas menggunakan teknik picitan bersesuaian dengan mengabaikan bau kaki dan daki-daki yang masih tertinggal di kaki wanita tersebut.


Jadi, sayang itu cukup atau tidak? Hi hi hi (Gedik)



Wednesday, March 16, 2011

Contest Paling Ikhlas di Dunia


Assalamualaikum


Contest

Mana Encik Psychopath?


Peraturan

1. Pilih nombor satu(1) hingga sembilan(9).
2. Bagitahu dan menang.
3. Tak perlu follow.
4. Tapi janganlah unfollow.
5. Tak perlu ambil gambar letak dekat sidebar.
6. Tak perlu sticky post
7. Karut je semua tu.


Hadiah

Kunjung balas mesra ke blog anda oleh Encik Psychopath.


Pesanan Penaja

Ade berani untuk turut serta? Mencabar bukan? Berkonteslah dengan ikhlas.


V(^_^)V

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath