Thursday, March 11, 2010

seratus lima puluh juta


assalamualaikum

untuk kali ke seratus lima puluh juta. mereka tanyakan engkau soalan yang sama. “hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia? apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu. di depan semua engkau tarik tangan aku. yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu, sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

"dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya"

"aku lagi kenal dia"

dah lebih seratus lima puluh juta kali. aku pesan padamu apa yang bakal jadi. "engkau dan aku ada mungkin tidak serasi kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya. aku pun dalam hati semacam tak percaya. "apa kau lihat pada aku, jujurkan saja" terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

"sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya

sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua"


"saya kenal sayang saya"

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada.

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa.

rahsia kita berdua

>_< p/s: by fynn jamal

20 Komen Kencang:

enyheartsdiamond said... [reply]

adore this!!! :D

Encik Psychopath said... [reply]

enyheartsdiamond:

tengkiu.

oh farah said... [reply]

xde link ke
sangat puitis

Encik Psychopath said... [reply]

oh farah :

ko google je. best.

Syida Shu said... [reply]

ingat kan akmal dah ada gf :D

Delphiniums said... [reply]

same with syida. ingtkan kamu susah ade gf. hehe. rupe2nye fynn jamal yang punya, rasa cinta dia. huhu

Encik Psychopath said... [reply]

Syida Shukor :

stay lg utk syida.

Encik Psychopath said... [reply]

h u S n A ZzZz :

hikhik. sape la nak saya ni. haish.

haha. xleh blah.

Dearist Anys said... [reply]

ayat bes.
copycat leh? wah.

Encik Psychopath said... [reply]

dearist anys:

boleh ja. haha

Amirah Rashid said... [reply]

awww, soooo sweet!
kalau la lampard post ni utk i
haha

Rowena Zainuddin said... [reply]

puitis sunguh...
baca dua kali baru phm..
huhuu~

p/s: jom join contest..
http://mschasez.blogspot.com/2010/03/contest-header-for-rowena.html

Encik Psychopath said... [reply]

Amirah Rashid:

haha. adoi. lampard x pandai bm. dye ckp omputih je.

Encik Psychopath said... [reply]

Rowena Chasez:

org bace 15 kali kot. hamboi2. promosi. ok2.

fara said... [reply]

blog fynn jamal memang best!

:)

Encik Psychopath said... [reply]

Ms.Independant :

ya. suka suka.

ardinihumaira said... [reply]

^_^ best sangat2 hinggakan dni baca berkali2... woww... cintailah seadaya :)

Encik Psychopath said... [reply]

ardinihumaira:

haha. waduh. indah bangat sih. damn.

Call me, Eyka said... [reply]

weyhh, aku sukaa :) hehehehehe

Encik Psychopath said... [reply]

cik eykameow :):

haha. orang baru bercinta la katakan.=D

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath