Thursday, October 14, 2010

Review Movie Terbaik 2010


Assalamualaikum

Photobucket



Setelah pulang dari kelas Hidrologi jam satu suku, aku menuju ke parking motor Politeknik di bawah terik sang suria bersama teman-teman.


"esok kelas batal. seharian takde kelas. yey !" teriak aku dalam nada rebina.


Dalam kegirangan, aku menghidupkan enjin motor Lagenda 110, menyumbat earphone MP3 serta mengenakan helmet ARC putih dikepalaku. Kemudian aku menuju ke rumah untuk menikmati makan tengahari bersama keluarga.

Setibanya di persimpangan Federal Highway, aku membelok ke kiri menuju ke Petronas. Pam No.16 menjadi kegemaranku setiap kali ingin mengisi minyak. dengan pantas aku menuju ke kaunter sambil meraba-raba dompet di punggung.


"pam 16, RM5"


Bangla petronas menyambut kemas sekeping duit kertas berwarna hijau. Aku membalas senyuman plastik kepada beliau. kebetulan lagu Grey Sky Morning berkumandang di MP3 baru ku yang ku sumbatkan di telinga sejak di parking poli lagi. lagu kegemaranku. Aku miming bersama setiap bait-bait lagu. Terkumat kamit bibirku menyebut setiap baris-baris lirik lagu sambil membuat gaya bermain drum.

Kelihatan seorang kanak-kanak menuding jari ke arahku sambil menggerakkan ibunya. Mungkin budak itu kagum melihat perwatakan gila aku. Sesampai di motor, aku berlalu pergi. Sehinggalah tiba di rumah, perlahan-lahan aku menurunkan gear dan mematikan enjin. Sesuatu yang tidak kena di meter-board motorku. Aku kehairanan.


"bajingan ! aku terlupa isi minyak !" jerit aku kebingungan.


Aku seakan-akan dirasuk iblis, disepak-sepak batu-batu jalan, menggenggam tangan sehingga terbentuk bekas kuku ditapak tangan. Baru ku sedar, ketika di stesen minyak tadi selepas membayar di kaunter, aku terus menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Sedikit pun aku tidak menyentuh gagang pam minyak berkenaan. Apatah lagi mengisikan ke dalam tangki Lagenda 110 ku.

Tak mungkin aku akan kembali semula ke stesen petronas berkenaan. Aku melangut kosong sepuluh meter ke belakang. Sayup-sayup hati ini menahan seribu perasaan. Aku bergegas naik ke rumah. Beg kelas berwarna merah ku campakkan di atas katil lalu menuju ke dapur. Nasik goreng daging masakan emak dicedok dalam geram.

Jauh disudut ruang tamu, di meja makan, Encik Psychopath menjamah nasi tersebut dalam kekesalan.

Persoalannya, siapakah yang perlu dipersalahkan ?

Grey Sky Morning ?
Bangla Petronas ?
Budak kecil yang menuding jari ?
Encik Psychopath ?

RM5 The Movie di pawagam sekarang !

27 Komen Kencang:

Rowena Zainuddin said... [reply]

wow!!
saya nak tgk movie nie..
:P

ardinihumaira said... [reply]

belanja dni tengok muvi ni dengan wena ye hehe..

p/s: wow bestnya besok kelas batal

adrinaqamarina said... [reply]

muvie ni kompom meletop sampai ke egypt kan? cayalah :D

Syaza Kelyza said... [reply]

serius gelak2 jek bila baca entry ni , hahaha

rasanya mungkin grey sky morning kot , hahahaha :D

Encik Psychopath said... [reply]

Rowena Chasez:

haha. wena bole layari www.tgv.com. da bole booking couple seat.

Encik Psychopath said... [reply]

ardinihumaira:

kelas batal tp exam muet. da settle. yey.

Encik Psychopath said... [reply]

adrinaqamarina:

haha. ngah box office tu kt egypt. da masuk palestin da.

Encik Psychopath said... [reply]

syaza kelyza:

mmg. grey sky morning punca !

Pojiepooh Abdullah said... [reply]

Sangat sadi aku mendengar cerita kamu yg sengal ini. Hahaha!

Love,
PojiePooh Abdullah

Encik Psychopath said... [reply]

PöJìé PööH:

sadi tu ape nyah ?
ke asadi ?

NUNU EERA said... [reply]

klu kapel seat cite nileh dpt 5inggit x??;)

Misshy Innz said... [reply]

tak boleh tahan nak gelak .
boleh gelak tak ?

Encik Psychopath said... [reply]

NUNU EERA:

ni box office kak. 2 person couple seat rm 32. standart weekend.

Encik Psychopath said... [reply]

I n n z:

jangan. tahan.

Call me, Eyka said... [reply]

kau mmg suka baca novel eh? ehem. ayat mmg superberb duh. tertarik aku nak baca smpai habis. HAHAHAHA. sengal. kesian ko kn. better ko salah kan diri sndiri drpd kau salah kan org len.. movie ni kompem buat org gelak tak henti2 muahahahaha

Encik Psychopath said... [reply]

eykameow:

tak faham aku. ni movie serius. bukan komedi. haih.

Anonymous said... [reply]

mp3 :)

LoveShak said... [reply]

Hahahaha! Aku pun pernah kena camni...and guess what? Time tu pun aku tgh dgr mp3.

Encik Psychopath said... [reply]

l0veyd0veyd00:

really ? lepasni jgn da dgr mp3.

Sesumpah said... [reply]

hahhaa lawak siod

berkhayal lagi hakhak

Anna Boleyn said... [reply]

salam.
best gilak movie ni. haha. adoii akmal dah nyanyuk ke manager TG ni. nak kena pecat ni. hehe ;p

p/s :ini misi membalas 172 komen! batch kedua selepas membalas komen dari 98 blogger. wawawa.. its okay.. demi kalian semua yang selalu tinggalkan komen di HLN. Tanda penghargaan. Thank you so much! :)

Encik Psychopath said... [reply]

Sesumpah:

lagu sedap sgt T__T

Encik Psychopath said... [reply]

Anna Boleyn:

berani pecat the gorgeous founder !

azalia hjsalleh said... [reply]

pandai u susun ayat =)

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said... [reply]

bang, nk 2 seat hujung skali kt dinding taw..blkg skali..senang nk romen2

Encik Psychopath said... [reply]

azaliahjsalleh:

=)

Encik Psychopath said... [reply]

xtionkamen:

aiyoh.ni bukan cite blue.

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath