Assalamualaikum
Dear The Gorgeous and Friends,
Encik Psychopath bukan seorang pujangga. Pakar cinta apakan lagi. Hanya insan biasa yang menghargai setiap saat gelak ketawa dan menyambut tangisan di bahu setiap satunya. Dia cuma penghasil sebuah entry berunsurkan pandangan peribadi yang di setiap barisnya terselit mutiara kata yang bermotivasi.
Hadiahkan sahabat sebuah prihatin. Hadiahkan juga musuh sebuah kemaafan, hadiahkan ketua sebuah perkhidmatan, hadiahkan pasangan sebuah ketaatan dan hadiahkan kepada manusia-manusia sebuah kebebasan. Dedikasi untuk kakak, abang, dan adik-adik seperjuangan dalam ikatan persahabatan. Khas untuk Intan dan Hairi, Eykameow dan Buibui, Hana dan Basri, Syida dan Didi, Eny dan Khong serta kekasih yang dicintai.
Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walau diketuk sukar kembali ke bentuk asal. Ia sebuah liku perjalanan, permainan kehidupan dan sebuah kisah untuk diceritakan. Cinta akan datang dan pergi. Kedatangan di nanti dan pemergiannya dirindui. Persahabatan pula kekal sehingga mati, yang dituntut sekelumit kesetiaan, yang datang segenggam pengkhianatan.
Langit tidak selalunya cerah. Ia berlaku ke atas setiap kita-kita. Sepertinya yang diterangkan, sekencang mana ia dinafikan, seangkuh kata-kata ia di perlekehkan, ianya sesuatu yang pernah berlaku, akan berlaku, dan tunggu untuk diperlaku ke atas setiap yang hidup. Ada kisah di sebuah penghujung jalan, dua cabang jalan yang serupa diperlihatkan. Tetapi di pengakhiran setiap satu pilihannya merupakan takdir berbeza untuk dipertontonkan.
Jika anda yakin dengan pilihan anda, kejarlah ia dengan bersungguh-sungguh dengan seikhlas kemuliaan. Dan jika setiap usaha yang hanya diperanjingkan, mintak dijauhkan segala perasaan malah kenangan. Jadikan ia sebagai pengalaman, guru kepada kehidupan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan di dalam kehinaan.
Natijahnya, kehidupan ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia menguji iman secara rohani, menguji perasaan secara mentaliti dan menguji kesanggupan secara fizikal. Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada Allah s.w.t kekal abadi. Jadi, cintailah kehidupan dimana tujuan asal kita diciptakan.
Hidup umpama aiskrim, nikmati ia sebelum cair.
66 Komen Kencang:
just loving the 5th pharagraph. :)
biasalah dalam kehidupan, pasti ada yang kecundang. tapi pandai3lah.
fighting!
adrinaqamarina:
fight for this love - cheryl cole.
Hakikatnya kehidupan ini penuh dengan pelbagai warna dan setiap warna itu ada hikmahnya dalam kita meneruskan langkah ke alam yang lebih kekal...
Cantik Encik edit pic nie.
Ajar saya... :)
background saya tue, saya tak habis edit lagi...
semalam tak sempat...
=))
dem i love your entry so much
hye encik psychopath!
akmall
im speechless :'(
sorry, i cant handle my tears again*
i love all of u!
BTW,
KITA KENA JUMPA!!!!!
Fuziani JSR:
warna warni ?
♥ Juliana Violet ♥:
nnti saya suruh seseorang ajar ok ;)
kata kila:
i love u too ~
cik sha!
hye cha !
intanurulfateha:
haip. jangan nanges2.
live life to da fullest! :)
fara:
fullstop.
akmall , sebak (':
well written entry . i just love it (':
Syida Shukor:
thanks for the love ;)
:) okay akmal..
thanx...love diz entry so much..
Nice post!:)
those words are lined perfectly :)
Anna Boleyn:
then, love goes to us.
Nauratul Nadiah:
thanks for checking the lines. we have readers from egypt here ;)
Baiklah...
Saya suka quote awak tu, "Hidup umpama aiskrim, nikmati ia sebelum cair."
wah..terharu aku baca...
gua suka entry ni.. nice..
life is like an ice-cream.
nice
X)
OMG.. entri terbaik. bersahabatla sampai mati.
such a sweeeeet entry ^^
luv it esp :
cintailah kehidupan dimana tujuan asal kita diciptakan
p/s: selalu terhibur dgn entri u...tp entri kali ni sungguh matang.
2 thumbs up !
Juliana Violet:
then u can take it.
fendidahada:
saba2. pelik betol aku apesal sume emo bace entry aku.
hamzah ian:
kalau otai da minat, sesuatu yg bole dibanggakan. thanks bro.
Arief Arf:
why people love that ice-cream?
0sh!Nz d' sen0r!ta:
insyaallah ;)
nobody:
silent reader. u should comment each entry that u read to made me keep writing.
life as we know it ? movie tu best. laki hot, pompuan cantek. hahah
inipaencomot:
haha. takde kaitan langsung. ke laut.
suka ayat last!
tengok gambar je pun dah sebak :')
i miss u akmall!
thx 4 dis great entry.....
once a friend, forever a friend <3
nak peluk eny kat situ!
dah nikmati derita, baru ceria menikmati bahagia~
nak peluk dini jugakkk! :')
just love it :)
wahhhhhhhhhhhhhhh
sweetnya
waahahahahha
farah H:
amek la kalo suke.
enyheartsdiamond:
aiyoh. gambar best. yuyue buat.
ardinihumaira:
peluklah ;)
maCy:
amboi. quotes gitu.
syaza kelyza:
thanks ;)
Ery Farieha:
amboi.
wow.. aku suke style ko menulis.. :)
Heidi Shafiq:
teruskan menyokong.
i love your last sentence!!!
"hidup umpama aiskrim, nikmati ia sebelum cair."
!!!
hormat pada pandangan peribadi kamu ni. wutever is... kita kena kuat mghadapi sgala2 yg bakal berlaku. samada ia nya sesuatu yang gembira mhupun derita..... yg penting, ingat lah..Allah sentiasa dgn kita :')
great entry beb!
miss all of TG!
asmaroro:
;) *grin*
eykameow:
well, thank you cik eykakucing.
oh abg! engkau sweet! heee^^
* but, i dont have a truely friends like u T____T
tak tahan la ayat yang last tuh!
"Hidup umpama aiskrim, nikmati ia sebelum cair"
biasanya habis maaaa! tak sempat cair sudahhhh..
:))
sblm eskrim tu cair, kite mkn same2 ea. :)
maisyara:
mai ade abg kan..
Rebelle Me:
aiyoyoh. hantu askrem.
yuyuEyuliAnayusOf:
yey. aumm.
"Jika anda yakin dengan pilihan anda, kejarlah ia dengan bersungguh-sungguh dengan seikhlas kemuliaan"
ak xtau knp ak suke ayt tu =)
yang bawah sekali belah kanan tu menarik :D
wah3333333. so good to have a friends like youu :)
yum2..sedap siot wasabi..kahkah
pehhh nanges aku bace wehh Y,Y gud entry
*senyum*
=)
Post a Comment