Sunday, December 26, 2010

Sebulan Selepas Itu

Assalamualaikum



Begitulah sedikit pemanis bicara aku yang tak seberapa sebelum aku mula menaip setelah pulang dari perantauan. Dan aku tak perlu lah terlalu perasan dan berperasaan bahawa ada mereka yang bertanyakan kemana hilangnya penulis blog yang gila ini. Tak banyak yang perlu di perkatakan sebab aku semakin tak biasa menaip bahkan aku memang dari dulu hanya menulis sesuatu yang karut dan syok sendiri. Adakah aku bercakap sebagai seorang yang sudah matang? Dan kononnya ini percakapan matang yang mengkritik sifat childish masa lampau sendiri. Huahua.

Dan aku rindukan perisian ini. Tempat menulis dan meletak gambar, kemudiannya publish dan biarkan dibaca para pembaca yang terdiri dari pelbagai jenis tujuan pembacaannya. Ada yang 'membaca' sebab nuffnang, datang ke shoutbox dan cakap sudah mengklik nuffnang dan minta kunjung balas. Ternyata haram mereka ini kerana aku tidak memiliki tabung duit itu dan aku tidak mencari pendapatan sampingan sebegitu rupa. Ada yang terdiri dari sahabat, teman-teman sepertualangan. Bila bercakap tentang ini, nombor satu di fikiran aku hanyalah The Gorgeous. Oh, aku rindu sama perempuan-perempuan aku. Semoga kalian sihat-sihat selalu.

Akan tetapi saudara, air tidak selalunya tenang. Ada yang menyelongkar, mengupdate kapan waktu aku mengupdate blog dan mula berlaku sumbang terhadap cerita-cerita aku. Jelas disini aku bukan lah perasan kerana aku dapat lihat keghairahan seseorang pabila sesuatu yang baru ditulis disini, dan kesan selongkarannya tidak dihapuskan. Namun, golongan yang tidak cermat ini bukan suatu ancaman dan tidak perlu ditentang kerana sekurang-kurangnya, sebusuk nangka dan sekelumit tahi mereka pun hanyalah menambahkan trafik dan mengiklankan populariti aku. Terima kasih atas segalanya, dan aku serahkan sahaja semua dengan ketentuan-Nya.

Di atas kemunculan ini, juga terlintas difikiran, bagaimana aku perlu terus-terusan menulis sesuatu, supaya kunjungan-kunjungan insan-insan tertentu tidak menghampakan. Kekonsistenan bukan kemampuan aku, kerana hidup aku diluar ini sangat-sangat tak menentu. Bila mana aku busy, aku berkata yang aku free, sambil melayan-melayan sesuatu sehingga terlampau busy. Dan bila aku benar-benar free, aku berkata yang aku busy, sibuk menjalani sesuatu yang tidak perlu hingga waktu rehat aku hapus begitu. Nyata, kesempurnaan bukan milik aku. Jesteru, perubahan perlu diperlaku ke atas diri aku.

Kadang kala aku sedikit fobia. Tulis itu salah, tulis ini salah. Mungkin aku terlalu memikirkan hati dan perasaan yang kononnya terganggu. Seperti yang diberitahu, aku hanyalah insan perasan dan perasaan bodoh yang dilayan-layan. Aku sedar hak aku, aku tahu prinsip dan kemahuan aku. Tetapi aku hanyalah terlalu pengecut untuk melakukan sesuatu, kerna aku menjaga hati tertentu. Seburuk mana aku, sekeji kata mengganggu, sebusuk nama dihambur, aku masih memiliki kemuliaan ini, saudara. Menjaga sesuatu yang tak perlu aku jaga tetapi kerana tingginya nilai-nilai kemanusiaan aku, aku tetap melayan mereka ini seumpama saudara aku yang lain.

Bukan kepuasan menerangkan sesuatu yang dicari, tetapi sebuah idealogi yang sedikit sebanyak memotivasi. Berbalik kepada persoalan aku sebentar tadi. Bagaimana harus aku menjadi lebih konsisten untuk tidak menghampakan insan tertentu? Permasalahan aku adalah tiada idea dan terlalu berbatas. Selamat berfikir Encik Psychopath.


bersambung..

48 Komen Kencang:

oh farah said... [reply]

jangan risau. aku dah tolong lap habuk2 kat sini masa kau takda. :)

Anonymous said... [reply]

selamat kembali. jangan berhenti menulis lagi ok? ^^

Encik Psychopath said... [reply]

@oh farah

baiknye ko.

Encik Psychopath said... [reply]

@maiMOONyet

hehe. will see.

Encik Psychopath said... [reply]

@adrinaqamarina

:)

Syamims B said... [reply]

saudara perlu membaca surat khabar untuk mendapat idea yang lebih.

Encik Psychopath said... [reply]

@Ibu Si Tatiana

itu pasti.

eyakmeow said... [reply]

welcome back yah! hehehe. ololo terharu...betul2 ke mengingati da gojezz?! :P
jgn lupa temu janji pada 4 n 5 ni ok! And last nak tanya,
pehal penulisan kau , gaya cakap dekat blog ni macam org indon?!!

Encik Psychopath said... [reply]

@eyakmeow

kan aku baru balik indon. 3 minggu kat sana. 4-5 ni takde partner :( tp sokay i'll be there, and jangan lupe pickup aku.

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said... [reply]

ni BM mesti A1.
Tehee~
btw,welcome back:)

Encik Psychopath said... [reply]

@✿ismi:Nauratul Nadiah✿

BM dapat C :(

Unknown said... [reply]

perempuan perempuan kau?

wow!

:P

Encik Psychopath said... [reply]

@Ery Farieha

ya. begitulah. haha.

My MiRa said... [reply]

tulis jelah ape yang rasa nak tulis kat blog ni...blog kan tempat luahkan perasaan....kalau orang yang tak suka dengan penulisan kamu tu die sendiri akan keluar dari blog kamu...so tak payah la nak risau sangat ape yang nak ditulis tu...

oh ya....mira rasa ni first time mira singgah blog kamu ni...hurm macam tau2 aje mira kamu balik dari perantauan ye?haahah..by the way ni kunjungan melawat orang yang dah meninggalkan malaysia:P

Syida Shu said... [reply]

akmaaaaall , okay rindu jugak . betul kata eyka . 4 dengan 5 hb ni taw !

syifa BONKERS said... [reply]

selamat kembali yaw. aku pun nak rindu gaks! haha. anyway, first time visit here

Anonymous said... [reply]

haha..funny dialog tuh.
erm..sy agak setuju ngan yg fobia tu :) dan keluarga dan semua.haha

Syaza Kelyza said... [reply]

tula , pelik jugak , kenapa lama menghilang .

selamat ber-blogging kembali ;)

Encik Psychopath said... [reply]

@My MiRa

hye my mira. eh mira. terima kasih kerana sudi datang dan membaca dan mengomen. ;)

btol. dan btol.

Encik Psychopath said... [reply]

@Syida Shukor

insyaallah, syida.

Encik Psychopath said... [reply]

@Syipak Bonkers

ceh. ok thanks ;)

Encik Psychopath said... [reply]

@aisya

apa nak buat. terserah aja deh.

Encik Psychopath said... [reply]

@syaza kelyza

busy sket la kelyza.

azalia hjsalleh said... [reply]

x suka ending mcm nie
sbb bersambung
ahahahaaaaaaaa

Ieeko. said... [reply]

Au cak au cak, you're back!

fara said... [reply]

Ko menghilang ke maneee?
biase la tu.
klo ade org tu mmg xske.
klo kite wat pape pun, mmg die takkan suke kan...

yuyueyuliana said... [reply]

byknye perempuan dye. :s

fatian athiea said... [reply]

tlis mngarut2 tp ada mkne pun tak pe:)

IRAH HAJERAH AZMAN said... [reply]

konsistenan.Aku selalu fikir issue itu. Kadang kala even free belom tentu kita ada idea. Bila ada idea plak belum tentu free. Lagi satu, aku selalu fikir, apa outcome dari setiap entry aku? Adekan itu sejenis syok sendiri? kalau entry berbentuk cerita peribadi, adakah orang lain akan ketawa dalam jenaka kisah itu? Atau adakah orang lain akan rasa "oh annoying nya!". senang cerita, untuk menghasilkan penulisan berkesan di hati, yang tersemat di jiwa bukan perkara yang mudah bagi orang yang memikirkan qualiti bagi setiap bait baris perkataan. kan? anyway, ini kali pertama jejak kaki di sini :)

Akulah Aqilah Itu said... [reply]

sila sambung cepat. Nak jadi pembaca setia ni.

Sesumpah said... [reply]

selamat kembali (:


btw movie tu, boleh pulak dia bangga backside dia jd 3d ^^"

Encik Psychopath said... [reply]

@azalia hjsalleh

sambung-sambung la best. sbb tak panjang dan membosankan.

Encik Psychopath said... [reply]

@Ieeko.

hello ieeko ;)

Encik Psychopath said... [reply]

@fara

tido lama sangat. btol tu.

Encik Psychopath said... [reply]

@yuyuEyuliaNa

aik. kate da delete blog.

Encik Psychopath said... [reply]

@athiea

rite!

Encik Psychopath said... [reply]

@IRAH HAJERAH AZMAN

terima kasih sudi singgah utk kali pertama. juga kerana sudi membaca yang tak seberapa dan sudi komen dan menghargai penulisan. ;)

Encik Psychopath said... [reply]

@Akulah Aqilah Itu

wah. really ? ok2 tunggu.

Encik Psychopath said... [reply]

@Sesumpah

mana ade cite pasal movie T__T

suraya said... [reply]

eh lame menghilang..
bercuti g mane?

Anna Boleyn said... [reply]

sila rajin update lepas ni yerr :p

Rebelle said... [reply]

selamat kembali..
daaaannn...
tulis aja apa yang kamu suka..
blog kamu bukan?
(:

Encik Psychopath said... [reply]

@Anna Boleyn

insyaallah, hana :)

Encik Psychopath said... [reply]

@Rebelle Me

benar. terserah aja deh.

Encik Psychopath said... [reply]

@suraya

korea!

enyheartsdiamond said... [reply]

tu dia! comeback yang berjela-jela! we miss u too akmall :)

anum amir said... [reply]

dont w0rry..kalauselalu fikirkan pasal org lain, kesian la kat diri sndiri kn?

Sarah and Faiz said... [reply]

oh sangat psycho betol. ish3.

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath