Assalamualaikum

Bola sepak dan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Majoriti, mereka yang obses dengan bola sepak akan sentiasa ada bola sepak dalam kehidupan sehariannya. Sebagai contoh, aku. Walaupun aku berkaki bangku, bangun pagi setiap hari disibukkan dengan membuka laman web bola sepak dan berita-berita keputusan. Tidak cukup dengan itu, aktiviti tengahari sehingga petang di isi dengan bermain game bola di komputer. Malam pula, sama ada duduk melepak di kedai mamak dan gosip-gosip bola, menonton perlawanan bolasepak dan bermain futsal dengan rakan seperjuangan. Jika berkesempatan, menonton pasukan kesayangan, Selangor di Stadium Shah Alam dengan hantu bola yang lain.
Tatkala merasakan diri ini terlalu taksub dan merisaukan, namun itulah realiti kebanyakan lelaki-lelaki semasa. Ia normal dalam diri lelaki, dunia yang menyerikan kehidupan majoritinya dan penuh kebosanan bagi segelintir kaum wanita. Perlawanan bola sepak ada asam garamnya, menang dan kalah itu adat, gembira dan kecewa masing-masing dapat dan keprofesionalan membuat kita makin erat. Sebagai peminat bolasepak, emosi kita kadang-kala melebihi pemain bolasepak itu sendiri. Pelik tapi benar, kita sendiri mengalami dan merasai debaran menonton dan secara tidak sedar, bermacam ragam yang tidak di sangka-sangka diperlihatkan.
Penulis ingin berkongsikan sedikit pengalaman tentang perkara yang tidak berapa serius ini ketika penulis menyaksikan perlawanan antara Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Seperti yang diketahui, Selangor kalah dan Kelantan menjulang piala. Disebelah penyokong Selangor, emosi kekalahan dicerminkan dengan carutan terhadap pemain sendiri. Akibat permainan buruk dipamerkan Selangor, sejujurnya saya sendiri mencarut dan memberi isyarat jari hantu terhadap pemain Selangor. Walhal selaku peminat pasukan yang membayar RM20 untuk menyokong pasukan sendiri. Pelik.
Disebelah Kelantan pula, seperti yang diramal balingan mercun dan objek-objek berbahaya menghujani padang. Kegembiraan meraikan kemenangan Kelantan seakan-akan rusuhan menuntut kemerdekaan. Tetapi benar. Itulah perkara pelik tapi benar yang cuba disampaikan penulis. Semuanya kerana emosi. Manusia dan emosi, itu hak peribadi. Hak sebagai manusia meluahkan emosi dengan cara tersendiri. Natijahnya, sebagai seorang dewasa, harus rasional dalam menetukan baik dan buruk. Dalam hal ini, penulis tiada niat dalam menjatuhkan mana-mana pihak dan diharap pandangan telus ini dipandang sebagai sebuah renungan.
Jesteru, sebagai masyarakat yang bertamadun, kita haruslah profesional terhadap institusi ini agar dapat menjaga keharmonian sejagat. Walaubagaimanapun inilah pahit manis kehidupan peminat bola sepak baik lelaki mahupun perempuan. Sebagai seorang aku, aku bahagia dengan komuniti sebegini dan akan terus hidup seiring dengan pembangunan karier masa depan.
Sekian.

yes we are :)




42 Komen Kencang:
Takpe . selangor boleh cuba lagi :)
sedih tak menang malam tu..
dah la tempat duduk pon disekat.
aku tertarik statement ko "dunia yang menyerikan kehidupan majoriti lelaki dan penuh kebosanan bagi segelintir kaum wanita"..kiranya aku segelintir kaum wanita yg merasakan bola itu satu keseronokan. hehe~
@sarah mohamad
insyaallah boleh ;)
@@ku d! sin!e
nak buat mcmana. demi keselamatan.
@~naddy~
bgus.
tak bererti kalah tu buat selama2nya :)
@maiMOONyet
iya iya.
semangat tu penting ;)
HEHHEEHEH..
bler lah melaka nk ke final..
huhuuhuh :)
aku suka ayat dlm gmbr tu
"we are fanatic, but professional!"
terbaik la bro..^_^
sekarang penyokong bola sepak kena lebih beretika :P
Jom: Kalau Gerrard jadi Boss
macy rasa macy ni jahat. sebab macy tak kagum kali ni tak ada gaduh2 ke apa.. sebab macy rasa tak jadi sebab kelantan menang. eh paham ke?
apa pun. saya suka kapten bola. keh2
@tia
yeah. malaysia boleh !
@Cikgu Fikri
boleh je. skrg melaka da kuat.
@platipus
must like that.
kenapa selangor mesti kalah :(
@Wan Gerrard
btol. baru standart fans liverpool.
@maCy
faham. macy org kelate.
@syaza kelyza
sbb.. emm. sbb adat pertandingan.
tak tau nk ckp pe psl bola. sbb mmg tak suke. ish ish. tp papepon, diharapkan bola sepak malaysia akan lebih maju lepas nih..
Wah, gila bola kot! :D
@Puteri Iqa Izyan
peh. kata2 menteri belia dan sukan !
@FATIN SYAFIQA
awk gila bola?
xpe, cuba lagi tahun depan..
eheheee
hoho selangor kalah ;(
tp x pe la x da rezki
tak minat bola.. takat tgk poyo poyo boleh r.. hahaha
bola bola bola... dah lama tak tengok. biasa tengok bola Malaysia dekat rumah je.. (: bola ni kadang-kadang keseronokan kaum wanita yang menemani kekasih hati.. haha
@mie
br 1 game kot.
@azalia hjsalleh
x bernasib baik maybe.
@Lizzie Yasmin
x minat sudah.
@Lizzie Yasmin
x minat sudah.
bola oh bola...;)
manusia sepatutnye mengimbangi akal dan emosi. kerana bola, emosi tak menentu seperti datang bulanhaha
@HonEyBuNNy
:)
@SnowladieS
haha. mcm ade sdikit persamaannya. thanks ;)
owh dah lama tak masuk stadium shah alam..ada dekat2 13 tahun rasa nya
bola ? =='
kalau minat bola WAJIB reti main bola la bro..
kaki bangku tak diterima..
muahahahahah
i love the language of this entri! macam baca karangan bahasa melayu SPM dulu2.. sedap je ;)
sy xminat bola
ok,xnk komen pjg2 :P
hye en.psychopath, lama xdtg jenguk kamu disini :D
sebab sokong selangor la macy dah kena belanja member kepsi kalah ngn kelantan ritu. grr
Post a Comment