Assalamualaikum
The Gorgeous and Friends – Rasta
Apa benda yang disedut sedap, dilepas puas?
Ok teka-teki ini ranggi dan bersahaja. Shisha jawapannya. Ini bukan blog melucah, tetapi sedikit trivia untuk rangsang pemikiran pembaca supaya produktif. Pertamanya, saya ingin mengingatkan pembaca bahawa entry kali ini sedikit boring dengan pengetahuan am dan fakta-fakta kesihatan. Bagi yang tidak menggemari shisha, anda digalakkan tidak membuang masa disini. Bagi yang ingin mempelajari apa fungsi dan kesannya terhadap kita-kita di bumi, inilah antara blog tepat untuk anda.
Ini adalah rakaman perbualan antara seorang yang noob terhadap shisha dan seorang doktor yang agak experience disitu.
Noob:
Apebende shisha ni doktor? Macam pergi je.
Doktor:
Takpayah nak pergi sangat la. Ok tengok gambar ni.
Selamba yaya doktor terangkan secara praktikal alat ini berfungsi, dengar baik-baik. Apabila kita menyedut hose atau paip shisha ini, akan keluarnya asap di mulut mahupun hidung. Di dalam mangkuk paling atas sekali, terisi tembakau berperasa. Ianya campuran sirap buah-buahan dengan tembakau yang diperam/dikeringkan dan terdiri dari perasa-perasa sedap seperti apple, pineapple, watermelon, orange dan coklat pun ada. Apetah lagi vanilla mahupun cocktail. Dan doktor punya favorite grape mint.
Dan di bahagian atas mangkuk tersebut tersalut kertas aluminium yang meletakkan arang malap diatasnya. Apabila kita menyedut paip berkenaan, nyalaan arang itu berlaku dan membakar tembakau berperisa tersebut dan menghasilkan aroma yang ummph dari tembakau tersebut dalam bentuk asap dan meluru ke dalam air melalui paip stim di dalamnya. Kemudian, asap-asap ditapis keluar dari dalam air dan membentuk wap dan asap-asap nipis . Penghisap shisha akan merasakan sesuatu perasaan nyaman buah-buahan di dalam kerongkong dan melepaskan asap yang berbau wangi dan menyenangkan. Emm.
Noob:
Sabar doktor. Doktor buat saya ghairah. Ape sejarah sisha ni sampai doktor hilang kawalan?
Doktor:
Ini bukan alat majika, tetapi sejenis hisap-hisap dari zaman purbakala yang sekarang tumbuh seperti cendawan di kedai-kedai tepi jalan bak kulat di atas roti. Maksudnya meluas dan mudah diperoleh. Ceritanya bermula di India, sekitar 1500-1600 tak silap doktor. Dan pengasasnya ialah Hakim Abdul Fath. Dan otai shisha ni membuat satu statement panas yang berbunyi begini;
“asap yang u’all sedut melalui shisha, is less dangerous than rokok mahupun curut. u feel me?”
Dan statement itu melekat di sanubari masyarakat kita bahawasanya shisha ni ringan-ringan dan takde hal kalau disajikan selepas makan malam bersama keluarga.
Noob:
So?
Doktor:
Statement itu tanpa bukti kukuh la noob. Alahai kau ni. Tak belajar matematik moden ke. Lets say, Abu hisap sebatang rokok. Sebatang rokok memerlukan purata 10 sedutan baru habis. Then Ali tibai shisha sebalang yang memerlukan 50-200 hembusan mengikut saiz. Ok, tak logik if Ali hisap shisha sebalang sorang-sorang. Paling sakai pun 4 orang satu round. Cuba bahagi 200 tu dengan 4 member Ali. Tak ke 50 sedutan dan disebabkan kandungan nikotin nipis di dalam asap shisha, sedut banyak mana pun tak puas. Dan bila terkumpul nikotin dalam badan, bersamaan:
50 sedutan shisha / 10 sedutan rokok = 5 batang rokok Dan Ali serta 3 lagi rakannya menjalani sesi menghisap:
4 orang x 5 batang rokok = 20 batang sekali gus (sekotak) Dalam mase kurang dari 1 jam maybe.
Noob:
Parah ni doktor. So tak boleh try la ni?
Doktor:
Apadehal. Nak hisap lantak kau la noob. Doktor pun hisap. Sekali sekala je pun dekat uptown. Time-time hujung minggu. Hidup je lagi.
Noob:
Ceit ! Nama je doktor, pandai ceramah tentang bahaya shisha.Terbakar shisha nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu.
Doktor:
Tenang sudah. Doktor ni doktor cinta je pun. Biar nyawa hilang, janji hati jiwang. Yeah !
*Disusuli lagu Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku*




47 Komen Kencang:
lama tak nampak :)
noob? terus tigt ex sy dlu suka panggil sepupu dia noob.
cm chelaka je.
haha
hahaha~ nice info!
long time no see.. ^_^
sedap ke shisha nih ? *____*
@inipaencomot
busy sket.
@AzRi AzyAn
thanks. i takde internet da kt uma plus mengejar cita2.
@syaza kelyza
depend on person.
ade rse cam eskrem x?
hoho bestnya ;)
ouhh, shishaa.. dulu di rumah ada shisha antik, atok punya. ms kecik2 takut tgk bena tu, mna lah tahu, tiba2 kuar benda ajaib, macam dlm cite aladdin..:p
hahaha..suke ah tgk org hisap shisha. cumel je.hahaha..
aku baru tau hookah tu natang pe. shisha tu tau, tapi tak pernah lagi la teringin nak rasa. nanti2 kot. haha. =P
@susu
mana ade =.="
@azalia hjsalleh
:)
@FIFIEY LYCHEE MARATION
atok isap shisha ;)
@Puteri Iqa Izyan
xpe. jgn try.
@Akulah Aqilah Itu
jgn mengidam sgt. x elok.
kah..kah..kah..
yang tak boleh blah tu bila ada peribahasa karam singh walia skali terselit
doktor cinta lalai bercinta ke sampai nak kena diingatkan? hehe
shisha lebih bahaya 500x dari rokok (:
shisha bahaye woo~
Hahaha. Lawak je ah~
@daisy
tu seni penulisan namanya.
@Rebelle
maybe. but not me.
@Sesumpah
i heard that.
@maCy
yeah.
@FATIN SYAFIQA
tq for reading ;)
sakit dada isap shisha..
pekat sangat asap dia..
@Botak
maybe setting arang tak betol =.="
better sedut bende alah ni kan..hehe..
huhu sedut sambil layan tengok bola sepak memang terbaik..
@FarhanaFabulous
erk. bad than ciggarate la =.="
@Wan Gerrard
pernah dicuba.
tak suka shisa, rokok, dan seangkatan dengannya.
huhu rajin kau ajar orang dalam blog kan. hehehee. ingat nak story2 pasal keadaan di rasta itu hari..heeeee
@fitriah
same =.="
@eykameow
cite pasal ape. pasal ko gado ngn bf?
mcm best tp i dont dare to try. hehe~
aku bau asap shisa bole pening weh! then nk cure dye kne bau asap rokok.
=.="
@SuRayA^i.
brilliant ;)
@tia
huh? cure like that? =.="
saya tak suka. tak suka. tak suka. ewww.
shisha wangi tapi pening., lagi teruk dari asap rokok...
aku xsuke org isap shisha. cepat mati.
hakhahahaaa! doktor, doktor.. tapi betul juga.. kawan i bakal doktor pun ketagih shisha :D
aku da jumpe entry shisha ko nih. hahaha
haha..best info ni...shisha mmg bahaya..tp orang ramai xtaw..
haha..best info ni...shisha mmg bahaya..tp orang ramai xtaw..
Post a Comment