Tuesday, March 1, 2011

Tiga Nafas yang Tak Semena


Assalamualaikum

Dewasa ini, dunia sentiasa dimajukan seiring dengan kemodenan amnya, dalam kepesatan pembangunan dunia internet dan secara khusus laman-laman sosial yang merupakan suatu kewajiban milik setiap insan yang wujud di dalam dunia dan sang asmara mana yang tidak memerlukan medium ini utk meluahkan sesuatu yang bermotifkan ketidakpuasan hati dan bagi sesetengah pihak ia normal dan sekadar berkongsi tetapi bagi minoriti-minoriti pula, kesensitifan ketidakprofesionalan dalam mengadaptasi kritikan mencetuskan amarah dan menghasil sesuatu protesan yang berbalas.


Hela panjang nafas seorang pengkritik bebas tak bermakna pancingan populariti dan tarikan trafik sesuatu yang dicari, kerana songsang bagi aku untuk perlakukan sebodoh itu, bilamana diri sendiri menyembunyikan blog ini dari pencarian sebuah kenalan, manakala tarikan pengunjung sesesak trafik kota raya merupakan suatu yang tidak mendatangkan keuntungan bagi sebuah blog tanpa tajaan pengiklanan dan cumanya sebagai golongan picisan menjaga tepi kain orang adalah perangai anjing yang bertopengkan babi, manakala murni lagi berhemah apabila kita menjauhkan diri dari sengketa orang lain, sedang diri sendiri pun terhuyung hayang.


Terkadang sebagai penagih cinta lusuh seperti aku, memandang semua ini sebagai suatu pemikiran primitif dan penyampaian tiga nafas ini bukanlah pakatan menghasut sebuah istitusi untuk mencetus huru hara, tujuannya sekadar menyatakan suara hati dengan perkara yang kurang senang ini dan bukan kepentingan peribadi, supaya kita hentikan semua hentaman tanpa otak dan tindakbalas seorang pengecut ini, supaya mereka yang berkaryakan kisah peribadi tidak mengangkat kaki dari medium penulisan tak berpena dan sesungguhnya dunia luar hanya mentertawakan suatu kebenaran, yang mereka semua terkabur dari tujuan asal.



53 Komen Kencang:

tyka chou said... [reply]

haih. ni ade mara kt sape sape ke? pedass giler ayat...huhuhu

Encik Psychopath said... [reply]

mana ade marah. sebuah renung-renungan. tyka jangan takot :)

Call me, Eyka said... [reply]

kesensitifan ketidakprofesionalan - ayat feveret hari ini. HAHAHA

(ayat kau sastera gilaa vavi, terhenti2 aku baca sebab nak paham kan. hee)

Unknown said... [reply]

hilang kualiti sebuah karya diri jika niat dipesongkan ke arah traffic semata2..

Encik Psychopath said... [reply]

@eykameow

mana ade sastera. sekadar membebel.

Encik Psychopath said... [reply]

@Heidi Shafiq

mujur, aku tidak.

Sarah and Faiz said... [reply]

aku bace sampai dua kali nafas turun naik sbb noktah ade tige. dem. aku inesen.

Encik Psychopath said... [reply]

@bukudiarysofea

saba sara. kau mmg inesen :)

ghost said... [reply]

kritikan itu tidak terbatas pada yang baik-baik saja,maka atas dasarnya kritikan,tidak boleh dihadkan pada yang seperti 'tunjuk baik' dan menyembunyikan kehiprokasian...Sebagaimana luasnya penilaian kita pada blog atau pada apa saja penulisan begitulah juga penilaian kita pada setiap kritikan..Baik atau buruknya kritikan kita tak boleh melabelkan sebagai satu kritikan yang menjatuhkan moral sedangkan kritikan itu kita masih boleh beri penjelasan,tidak kiralah dari siapa pun,samada yang boleh dijejak atau tanpa identiti,melabelkan mereka seperti binatang sudah menunjukkan yang kita jugak tidak professional..Bukan soal pengecut tapi kita sendiri yang tak boleh nak terima.

kemodenan merapuhkan jiwa kita.

hentakbelipat said... [reply]

kalu manusia bercakap sambil brtanya otak mana satu wajar dan mana satu pincang..mngkin satu kritik itu boleh mnjadi senyuman..tp bnyk yang bertanya pada hati yg pnuh dgn dengki..pandai kritik tapi satu resolusi pun tak diberi..

cimi said... [reply]

aku sedang bace untuk kali ke 4.
ade sedikit ketidakpahaman dan kekonpiusan. =.=

cimi said... [reply]

ko laja sastera ke dulu??

Encik Psychopath said... [reply]

@ghost writer

betol la tu.

Encik Psychopath said... [reply]

@hentakbelipat

itu pun betol juga.

Encik Psychopath said... [reply]

@✿ CikCimi

kesiannye kau tak dapat brape nak jelas. sorry menyusahkan cik cimi.

oranglidi said... [reply]

ni kalo wat lagu rap sedap ni.

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

fuhhhh..ila baca kata2 atas tu meletup ah......memg pedes medas lah..heheh

- elina - said... [reply]

hebat .

:)

Encik Psychopath said... [reply]

@oranglidi

itu pun kalau nafas sehebat eminem.

Encik Psychopath said... [reply]

@HonEyBuNNy

takde ditujukan kepada sesiape k. random and general.

Encik Psychopath said... [reply]

@- mrs koroe -

ape yg hebat. btw,thanks.

♥ Juliana Violet ♥ said... [reply]

Kagum. Tak pandai Vee guna bahasa2 macam nie. :)

Awak, taknak join kontes nie ke?

http://julianaviolet.blogspot.com/2011/02/mas-popularkan-blog-tempatan.html

Unknown said... [reply]

hebat la weyy bahase ko..hadoi...

Encik Psychopath said... [reply]

@♥ Juliana Violet ♥

Eceh. Vee lg hebat siap tulis novel.

Encik Psychopath said... [reply]

@JIJI YU

Halamak sikit je baruu.

Unknown said... [reply]

pergh,..bace bnyk kali baru nk paham ni..hehe..btw, nice entri...sabar k..biase la tu..laen org, laen pendapat dan laen care..:)

yaya_flanella said... [reply]

pehh. padat isinya. salute bro. ;)

@amabanzai said... [reply]

aku rasa kalah ayat budak sastera. kekheh

Encik Psychopath said... [reply]

@Nazatul shima

btol. masing-masing :)

Encik Psychopath said... [reply]

@yaya_flanella

sorry sebab hanya 3 nafas.

Encik Psychopath said... [reply]

@ama

gila dorang lg hebat. ni baru ayat kejuruteraan.

Duniakuabstrak said... [reply]

ok aku pening...

kejap, nak rujuk kitab sastera Agung Mahabbrata Ramayama

Sapika! said... [reply]

like!

No name said... [reply]

nak kasi kt blog mana nie,, cuba bagi hint skit.. aku nak godek blog dia jap... hehehe

mimie said... [reply]

org suke gune facebook tmpat nak ktuk2...
sedih sgt sbb sy slh sorg mangsanya...='((

Encik Psychopath said... [reply]

@DuniakuAbstrak

kitab Agung Mahabbrata Ramayana terlalu tinggi nak di compare.

Encik Psychopath said... [reply]

@Sapika!

Thnks ;)

Encik Psychopath said... [reply]

@Lizzie Yasmin

Mana ade. Umum.

Encik Psychopath said... [reply]

Dont be sad :(

Botak said... [reply]

sangat berbunga-bunga..
ayat ni sesuai digunekan utk mengurat awek..
hahahahaha...

Encik Psychopath said... [reply]

@Botak

gila kejam. org tak syg awek je guna bahasa pariya ini.

Suraya I. said... [reply]

awk ni knp buat ayt stu perenggan tak bernoktah?penat i -___-"

Syida Shu said... [reply]

biarlak akmall , hanya kita yang tahu kebenarannya .

SnowladieS said... [reply]

awak dulu suke buat essay ke awak?

aziz miring said... [reply]

waw.... :)

Encik Psychopath said... [reply]

@SuRayA^i.

Hahahaha. Pendek je kot.

Encik Psychopath said... [reply]

@Syida Shukor

iya iya.

Encik Psychopath said... [reply]

@SnowladieS

Dulu faveret komsas dan literature.

Encik Psychopath said... [reply]

@aziz

?

Arief Arf said... [reply]

people need to learn the art of trolling.
X)

Asfz said... [reply]

wow~!

Unknown said... [reply]

like! :D

M. said... [reply]

ayat kat atas tue wow! ouchhh bila membace :D

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath