Saturday, April 30, 2011

Fesyen


Assalamualaikum


Tiada definisi spesifik tentang fesyen dan ianya bergantung kepada perspektif individu masing-masing. Ada yang menggayakan fesyen mengikut personaliti masing-masing. Bagi mereka yang perfection, setiap inci kulit haruslah disaluti dengan pakaian dan aksesori yang berjenama. Bagi golongan yang terlebih keyakinan, selagi boleh persegian kain yang membaluti tubuh itu senipis kertas turas dan sesingkat anak langsir. Realiti dunia, hanya segelintir individu berfesyen mendapat kepuasan dan selebihnya hanyut dalam pencarian identiti. Keseiringan fesyen dan masyarakat ini ada paradoksnya. Hendak diperjelaskan, ia mengambil seharian pembacaan.


Aku hanya seorang lelaki biasa dan tidak berlabel mahupun bergenre. Kononnya bersifat universal dan semuanya masuk dan terbuka. Tidak selalu mengemaskini dalam hal semasa dan sememangnya aku dan fesyen agak ketinggalan. Pemahaman tentang gaya pemakaian seolah tiada. Lelaki, apa saja yang hendak digayakan. Sekadar mengenakan kemeja dan jeans, t-shirt dan seluar pendek atau baju melayu serta berkain pelekat. Fesyen berpelekat itu hanya pada hari jumaat dan sekadar menghormati persekitaran pusat ibadah. Aku juga buta benar dalam mengenakan pakaian dengan sedondon. Mujur aku bukan penggemar aksesori.


Disaat penulisan ini dibaca, pastinya perempuan menanti untuk dipuji. Ya, tahu. Perempuan memang pakar, sensitif, cerewet dan tidak boleh disangkal dalam bab kedua pakar mereka, fesyen. Eh yang pertamanya apa? Sudah tentunya kitaran haid, jenama pad dan kesesuaiannya. Berbalik kepada tajuk, kesedondonan pemakaian itu suatu yang perlu dan sering dieksperimentasi golongan-golongan fashionista terutamanya. Dari aspek keserasian warna, manipulasi bentuk badan dan jalur, jenis fabrik dan cuaca, pemilihan spesifikasi kasut dan tali pinggang, kemasan tangan dan sebagainya. Dan ia sama sekali tidak diambil peduli oleh aku.


Aku sekadar penggemar t-shirt. Dan sering memakai t-shirt secara rotation dengan koleksi-koleksi t-shirt yang lain. Hanya menggayakan jeans secara berulang berikutan satu-satunya jeans kegemaran dan sangat jarang dibasuh. Penggunaan boxer dua helai sehari dan seluar pendek sepanjang masa. Tampil dengan aksesori wajib iaitu jam G-Shock di pergelangan kiri dan berambut sedikit messy. Daya kreatif berpakaian memang tidak pernah maju dan aku percaya paras rupa yang kacak mampu menyeri penampilan apa saja. Baiklah, disitu sudah nampak yang aku perasan kacak. Bukan perasan tetapi keyakinan. Fahamkan betul-betul.





Video diatas ini sangat menarik. Aku sekadar ingin berkongsikan dan membawa pembaca sedar dan merenung seketika di dalam arus kemodenan dan rentasan masa, fesyen dunia, Malaysia khususnya telah berkembang sehinggalah tanpa sedar kita berbalik semula kepada zaman-zaman lampau. Seharusnya sebagai seorang muslim atau muslimah, kita harus sedar setiap aspek penggayaan dan penampilan sesuatu yang perlu dijaga sebagai imej Islam sendiri. Aku hanya pandai bercakap dan berpesan tetapi hakikatnya aku juga tersilap dalam hal remeh begini. Fitrah manusia. Lelaki mahupun perempuan sama sahaja dan tiada perbezaan.


Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

79 Komen Kencang:

Unknown said... [reply]

Bukan perasan tetapi keyakinan.

i like that. :)

Encik Psychopath said... [reply]

@saidatul_syamin

U like me, i know.

Unknown said... [reply]

Awww! How come u know that? I like u like lova lova love. :) (x kait)

Encik Psychopath said... [reply]

@saidatul_syamin

Don't love me. Coz imma bad person.

aliza zeke said... [reply]

tak reti berfesyen berlebih2 lebihan..nnti rasa diri tuu pelik jer.ngeh3

@amabanzai said... [reply]

baklah satu gambar kau yang katanya kacak dalam semua tshirt. kehkeh

IMANSHAH said... [reply]

yg fenting TUTUP AURAT bebeh

Encik Psychopath said... [reply]

@noraliza

orang da cantik kan..

Encik Psychopath said... [reply]

@ama

what the gay.

Encik Psychopath said... [reply]

@IMANSHAH

Fandai fun.

Melda Mohd said... [reply]

Pakai lah apa saja. Asalkan tak melanggar syarak dan yang penting, kita selesa pakai.

Err, yang pakai mini-mini tu selesa ke? Huhu~

ghost said... [reply]

kita tetap berdiri dengan pendirian dan pandangan kita sendiri.masih agak degil dengan cara pemakaian kerna kita selalu percaya bahwa apa pun yang dipakai asal saja tidak memudaratkan orang lain.bak kata orang kita,"janji aku tak kacau orang...".yakkkk!

ramai yang sedar dalam kesedaran.tapi tak ramai yang mau mematuhinya.

oshinz said... [reply]

lelaki kalau dah suka satu-satu pakaian tu, dia akan setia memakai yang itu sahaja sampai lusuh. betul tak? ehehe. ke salah eh?

catherine- said... [reply]

hai si kacak yg single :)

kamu sgt yakin dgn apa yg kamu pakai itu sudah mencukupi. asal saja kamu x pergi interview kerja kerajaan memakai baju melayu dan kain pelekat ;)

golongan fashionista itu adalah golongan yg bankrupt tahu... kecuali mak bapak mereka tokey restaurant atau kayu balak. hehe...

aku biasa2 saja.x ikut sgt perkembangan semasa. aku cuma mengikut kehendak dan kesesuaian pakaian utk acara yg berbeza. itu saja.

LadyBird said... [reply]

wanita perlu berhati2 dalam pemilihan fesyen.. biarlah tidak menyalahi agama.. kalau nak berfesyen lebih2 depan suami :) mesti lagi best kan..

catherine- said... [reply]

hey si kacak. lupa nk bgtau. link blog dh berubah :)

selamat yaa~ moga tidak sesat lg.

Cik Ina Do Do Cheng said... [reply]

makcik setuju sangat. zaman sekarang banyak orang yang menganggap bertudung, tapi lebih kepada berfesyen. Sehingga tudung yang mereka gayakan tak memenuhi syariat dalam islam, ngan cara tu tanpa sedar imej muslimah tercalar.

Elie Lily said... [reply]

fesyen elie baju bunddle je.. :)

sarah mohamad said... [reply]

erm. bagus video ni. semoga kita menjadik better person :)

Far8 budak baik said... [reply]

lelaki sempoi sudahhh..
asal kemas cukup..
seluar pendek dlm rumah sudahh
haha

Duniakuabstrak said... [reply]

bukan aku malas berfeseyen, kalau sudah kacak pakai apa pun nampak menyerlah...keh3

hakikatnya aku memang malas menyusahkan diri berfesyen, apa yang rasa selesa sarung je

Raihana Izzati said... [reply]

Alaa. Kalau dah hensem pakai selipar pun dah nampak smart.kan?lol

Fashion changes as time goes on.

Cuma perlu hati dan akal je nak beza baik buruk.

=_=

Cilakak. comment bajet baik.

*away*

. said... [reply]

kacak kehkehkeh. kenyakinan diri penting. hehe

Wan Gerrard said... [reply]

ic nice video..memang ramai gayakan pakaian mcm diorang.harap dpt beri pengajaran :)

nobody said... [reply]

video tu ...
menyentuh hati
terasa pulak
isk isk
T__T
muga masih ada waktu memperbaik diri
bertudung bukan kerana fesyen
tatapi keranaNya :)

thanks awak atas ingatan nih ^^

p/s : dah habis exam, ape plan cuti?

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

xsalah berfesyen cuma kena la menutup aurat bagi yg perempuan kan...

yang lelaki mmg simple dlm berfesyen kan...;_0

Fyqa said... [reply]

i tak pndai fesyen bagai.

(-_-)"

Huda Luna said... [reply]

tak payah label diri fashionista bagai sgt kesimpulan nye

hehe

so jgn nk kate i ni fashionista.
tak suka!

Unknown said... [reply]

asalkan tak berlebih2 sudahlah. kecantikan itu juga penting. :)

Hansyirah Takezur said... [reply]

terpana melihat video tu.
ye.. manusia akhir zaman sememangnya latak digelar jahiliah moden..
nauzubillah..

sesungguhnya amat beruntung golongan yang minoriti tersebut (beragama)..

Encik Psychopath said... [reply]

@Melda Mohd

yang mini2 tu sedap. berangin katanya.

Encik Psychopath said... [reply]

@ghost writer

contohnya aku lettew.

Encik Psychopath said... [reply]

@0sh!Nz d' sen0r!ta

betul bagi lelaki ini. tak tahu bagi lelaki lain.

Encik Psychopath said... [reply]

@catherine-

kau telah keluarkan statement kejam buat seluruh fashionista.

Encik Psychopath said... [reply]

@LadyBird

fesyen paling membahagiakan didepan suami pastinya bra striking dan g-string.

Encik Psychopath said... [reply]

@Cik Ina minat Do do Cheng

mujur makcik setuju.

Encik Psychopath said... [reply]

@little cart00n

rock ! awesome.

Encik Psychopath said... [reply]

@sarah mohamad

amin.

Encik Psychopath said... [reply]

@Far8 budak baik

tengah sempoi la ni.

Encik Psychopath said... [reply]

@DuniakuAbstrak

tiru tiru !

Encik Psychopath said... [reply]

@Raihana Izzati

pakai selipar je dah nampak smart ? tanpa mengenakan bra, sepender seluar dan baju ?

Encik Psychopath said... [reply]

@KHRLHSYM

percaya aku kacak ? bgus.

Encik Psychopath said... [reply]

@KHRLHSYM

percaya aku kacak ? bgus.

Encik Psychopath said... [reply]

@Wan Gerrard

kita lelaki tak tekecuali gerrard.

Encik Psychopath said... [reply]

@nobody

welcome. plan cuti nak jadi beruang. aummm.

Encik Psychopath said... [reply]

@HonEyBuNNy

bukan simple tapi sebab tak pandai. kalau da pandai, mesti lg havog mak !

Encik Psychopath said... [reply]

@Fyqa

yeke. nampak cantik je.

Encik Psychopath said... [reply]

@Huda Luna

hye akak fashionista. akak icon shawl dalam dunia blog tahu ?

Encik Psychopath said... [reply]

@dayya dayyanna

penting ? duniawi je.

Encik Psychopath said... [reply]

@Hansyirah Takezur

takot~

sherah said... [reply]

lelaki senang tak berfesyen.?

Encik Psychopath said... [reply]

@sherah

senang sebab top n bottom je. takde inner, layer, tudung, dan outfit.

Encik Psychopath said... [reply]

@Shazmiey Abdurahman

can't agree more.

cik ciput said... [reply]

fesyen oh fesyen..aku percaya, kerana fesyen juga ramai wanita akan terjun ke lubang neraka..

**congrate encik phsyco, kerana berjaya memberi sedikit peringatan kpd org lain.. =)

Melda Mohd said... [reply]

Ape encik? Sedap berangin? Ingat aiskrim choc mint ke. Ngeee~

Anonymous said... [reply]

haha. yelahh tu. mane messy versi psycho? mane2? haha.

alamak x dpt tgok vdeo, line ni mcm x bape ikhlas je nk bg sy bkak blog mlm2 cmni. dh la dpt jrg2 on9. pehhh

Botak said... [reply]

fesyen? aku pakai je ape yang ade.,
nak fesyen² bagai buat ape.,
hahahahaha..

Encik Psychopath said... [reply]

@cik ciput

mungkin secara tak langsung. tujuan nak mengupdate je.

Encik Psychopath said... [reply]

@Melda Mohd

hehe. angin sepoi2 bahasa meniup kulit mulus yg terdedah.

Encik Psychopath said... [reply]

@i am S!L4H..

lionel messy. dats me.

Encik Psychopath said... [reply]

@Botak

#ehsamalah!

tetaufiq said... [reply]

wey mal, ko jenis yg byk menaip ken? serius org nye ko ni huahahha

Encik Psychopath said... [reply]

@FiQx

bukan serius. tapi komited dan seorang yang bervisi.

scya lollita said... [reply]

btol la . nak berfesyen pown ade had nye , ye dokk .

fatian athiea said... [reply]

zaman makan berubah kan..



no wonder la:)

Encik Psychopath said... [reply]

@Scya LollitA

dop ah.

Encik Psychopath said... [reply]

@misz molecule

kite yg berubah kot. masa sama je still 24 jam sehari.

Encik Psychopath said... [reply]

@hamzah ian

=.="

Unknown said... [reply]

aku suke tgk pmpn cantik dan err...... malas la nk ckp..

Era said... [reply]

takpe, yang penting biar sopan dan selesa..:)

Aku said... [reply]

saya tekan button LIKE.
teeeetttt...

fatian athiea said... [reply]

yela2..


smue dah brubah.haha

hanaahmad said... [reply]

aku mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam berpakaian, sbb tu aku nmpk paling kolot dan serabai. apa yg penting, aurat aku ditutup sudah cukup buat aku yakin.

Gimi said... [reply]

Penulisan yang mendalam...

sekarang fesyen menguasai dunia, agama sudah ditolak tepi..

apa yang dilarang, itu yang diikutinya..

saya bukan orang baik, tapi sentiasa berusaha untuk menjadi baik

Aleen Aiden said... [reply]

Eh yang pertamanya apa? Sudah tentunya kitaran haid, jenama pad dan kesesuaiannya



satu je pkataan yg terungkap,

CIS!!!!

Puteri Iqa Izyan said... [reply]

tak suka mekap! :D
tak pandai berfesyen :P

hee..

Anonymous said... [reply]

haaaahaha fesyen2~

faraherda.razalan said... [reply]

iye ke dik? alahai....jgn jd hipokrit sudah ler ye?

cimi said... [reply]

oke. kacak. aku suke perkataan kacak. :D

eh aku kua tak sikat rambut pon. kire fesyen tak tuh? :P

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath