Saturday, April 2, 2011

Matematik

Assalamualaikum



Berdasarkan laporan pendidikan aku beserta pengalaman dalam mengulang kaji pelajaran, aku cenderung dalam kategori menghafal berbanding mengira. Kekecenderungan ini juga berupaya memberikan gambaran tentang sifat peribadi serta mengkelaskan profesional individu. Dahulu, aku benci matematik. Semasa di bangku sekolah, matematik merupakan musuh dan aku merupakan hater paling meloyakan. Entah apa silap ilmu tuhan ini sampai setiap guru matematik yang mengajar aku menjadi kecaman hati seorang pelajar yang tidak bersikap terbuka seperti aku.


Aku bermentalitikan matematik ini sebagai ilmu duniawi sahaja. Aku sedar bahawa operasi tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan rutin harian kita dan yang aku persoalkan ialah penggunaan matriks, asas vektor, persamaan linear, fungsi trigonometri, polinomial dan lain-lain. Boleh jadi gila juga memikirkan dan itu kisah beberapa tahun dahulu. Dewasa ini, selepas terjerumus dalam kancah kejuruteraan awam dalam pengkhususan di sekolah teknik, seterusnya mendalami di institut pengajian tinggi awam dan seterusnya mempraktikkan diri di alam pekerjaan di sebuah institusi kerajaan, segalanya menjadi terang.


Matematik bukan sahaja terbit dalam urusan jual beli seperti pandangan aku yang sebelum-sebelum ini, tetapi dalam pembinaan bangunan canggih, penciptaan jentera, kenderaan moden, alatan telekomunikasi dan lain-lain. Disiplin matematik jika diamati sehalusnya, adalah didikan Allah untuk pembangunan jiwa manusia. Memahami teori matematik tidak lengkap tanpa mengetahui asas teori yang mana asal-usul nya dari kejadian alam. Menguasai matematik pula tidak sempurna tanpa kesabaran dan keteguhan jiwa kepada Allah.


Tergopoh-gapah dalam matematik mendatangkan kesilapan serta kerugian. Kesabaran memahami formula, penulisan jalan kerja, ketelitian penggunaan kalkulator, menyedari tahap kemahiran kita merupakan suatu latihan jiwa yang unik dan sehebat disiplin ketenteraan. Matematik adalah bukti bahawa teknologi Allah lebih canggih dan hebat dari teknologi rekaan manusia. Jadi, merapatkan diri lah dengan memupuk jiwa dalam mendekatkan diri dengan matematik bagi golongan yang sedang berhadapan dengannya dan semoga mendapat keberkatan ilmu dari-Nya.


Walaubagaimanapun, keputusan matematik aku tetap out. Matematik anda bagaimana ?



71 Komen Kencang:

APi said... [reply]

dulu aku macam kau..
tak suka matematik..
tapi semua result matematik aku lebih elok berbanding subjek yang menghafal..
dan sekarang aku dalam jurusan pendidikan matematik..

kuasa Tuhan..

Encik Psychopath said... [reply]

@APi

Legend !

Unknown said... [reply]

math?
*geleng kepala*

saya suka math,
tapi math tak suka saya.

nak buat macam mana~

Encik Psychopath said... [reply]

@april

try pujuk math elok2.

ghost said... [reply]

aku masih tidak pernah dapat menghafal formula2 matematik..

Anonymous said... [reply]

Math love me, but Statistic hates me.

Encik Psychopath said... [reply]

@ghost writer

formula merupakan rujukan berkesan. utk dirujuk dan bukan dihafal.


silap cikgu.

Encik Psychopath said... [reply]

@Lucifer

when statistic hates u, love them back.

adrinaqamarina said... [reply]

i love both, maths and science. tapi untuk lebih serius dalam bidang kejuruteraan bukan dalam kamus hidup. huuu~

tak semestinya apa yang kita minat tu, kita boleh buat dengan baik jugak, kadang3 ada compang camping nya juga~

xynophillious said... [reply]

i love math & alhamdulillah math love me more...hahaha. aq boleh trus pengsan dengan subjek menghafal bagai 2.

Encik Psychopath said... [reply]

@adrinaqamarina

apa barang engineering ye dak ? medic la.

Encik Psychopath said... [reply]

@therealme...

saba :)

Sesumpah said... [reply]

gua rasa math gua padu lepas baca sembang lu padu


;D

Encik Psychopath said... [reply]

@Sesumpah

haha ! lu style.

- elina - said... [reply]

math gua agak down lahh

oranglidi said... [reply]

btul tu. aplikasi matematik bukan smbarangan.

AdilaKaman said... [reply]

fuhh.
matematik best kot!!
favourite since primary level lagi.

but still,
teringin ada otak membaca+menghafal sebab civil engineering kat UiTM ni pun pentingkan hafalan.
ingat ka kira-kira ja. T_T

Pyka Rahmat said... [reply]

secara jujur

tgk tajuk kau

aku tak larat nak baca

konklusi : akubencimathamat

hentakbelipat said... [reply]

matematik aku sekadar jalan kerja sampai 2 lapis muka surat lepas tu aku xtau dah ape yang aku buat dan akhirnya ke tongsampah kertas tu

oshinz said... [reply]

matematik saya setakat tambah, tolak, bahagi dan darab. yang paling basic tu bolehlah, tapi bile dah masuk x kuasa dua blablablabla.. memang failed terus.

reenapple said... [reply]

dulu pom tak suka sangat.. tapi sekarang ni belajar dlam bidang perakaunan.. p sib baek kira-kira tak complicated cam add math... huhuh...

Wan Gerrard said... [reply]

statistik menjadikan matematik susah :P

aliza zeke said... [reply]

haha..dulu aku pun benci gila dgn matematik nie..tpi masa aku amik dip matematik aku yg paling terbaik..tuu tros tersuka lak.haha

Anonymous said... [reply]

tak suka math and keputusan GAGAL. sekian~

cimi said... [reply]

math = saket jantung.
apsal tiap sem aku ade math. T__T

puteri ain said... [reply]

suka simple maths je..tak suka yang berat..haha

lavender harum wangi said... [reply]

time school exam, aku penah fail math, but luckily dapat 2. and aku penah pass sekali je add math, again luckily aku dpt 5~ haha.

cik ciput said... [reply]

saya suka math..

lagi2 add math..

rasa hebat bila berjaya selesaikan masalah add math yg kdg2 sy fikir, ntah ape2..

kesimpulannya, saya dan add math saling mencintai..erkkk..

. said... [reply]

matematik, aku boleh memahami matematik kompleks, mungkin kerana aku dapat memahami formula-formula matematik. Tapi aku seseorang yang amat lemah dengan matematik asas, terutamanya bahagian tambah,tolak,bahagi,darab.

fatian athiea said... [reply]

semua lu sebut..



semua gua terasa..


kite berbeda..


sbb guwa kurang hafal2 ni..


lbih suka praktikal than everythings..



but ilmu tu milik Allah..




dia boleh bagi kite ble2 masa2...


Dia jugak boleh tarik bile2 mase..



angpla satu keistimewaan ble kte mmpunyai pluang utk mmiliki ilmu..




nice entry beb:)

Unknown said... [reply]

dalam dunia aku 1+1 boleh jadi selain 2.

Math aku hancur. itu reality dan hidup. :)

Carnation said... [reply]

penah jatuh hati kat cikgu matematik. awesome. itu dulu.

Encik Psychopath said... [reply]

@- elina -

yeke. saba k.

Encik Psychopath said... [reply]

@oranglidi

tahu takpe.

Encik Psychopath said... [reply]

@dylli

ouh. aaah. tp kire2 dye maut.

Encik Psychopath said... [reply]

@Pyka Rahmat

la. bace la dulu kok ye pun.

Encik Psychopath said... [reply]

@hentakbelipat

kurang2 kau rajin ye dak.

Encik Psychopath said... [reply]

@0sh!Nz d' sen0r!ta

kuasa dua tekan kalkulator je la.

Encik Psychopath said... [reply]

@ReeNAppLe

perakaunan teori yg maut. hafal konsep la ape bgai.

Encik Psychopath said... [reply]

@Wan Gerrard

statistik la senang. pusing2 je.

Encik Psychopath said... [reply]

@noraliza

peh. kakak kita terbaik.

Encik Psychopath said... [reply]

@myMOONyet ♥ JGS oppa :P

mai gagal ?

Encik Psychopath said... [reply]

@✿ CikCimi

sepatotnye ko bersyukur.

Encik Psychopath said... [reply]

@puteri ain

yg saing2 tadika ke.

Encik Psychopath said... [reply]

@lavender harum wangi

spm pencapaian gred direndahkan dari trial. so mmg akan lagi hebat.

Encik Psychopath said... [reply]

@cik ciput

so suwit !

Encik Psychopath said... [reply]

@KHRLHSYM

careless ke.

Encik Psychopath said... [reply]

@misz molecule


kite kontra. itu lg buat kita lg cocok.

Encik Psychopath said... [reply]

@dayya dayyanna

hidup pun hancur ? jangan la.

Encik Psychopath said... [reply]

@six.september

=.="

Nazrul Ashraff said... [reply]

menghafal & mengira.. dua,dua boleh survive.. ;)

alhamdulillah la kan..contohnya sejarah & matematik..

buku nita sejarah tu memang hafal dari muka depan sampai belakang.. oo.. math mse trial spm dapat 99, sej dapat 93..

alhamdulillah ;D

HEROICzero said... [reply]

sungguh. aku belajar math, aku x tau la apa guna semua benda alah ni.

math aku, boleh2 la. wee hoo!

=)

ghost said... [reply]

tapi kau terlupa kalau formula itu tidak boleh dibawa masuk ke dewan exam...dan formula itu mesti dimasukkan dalam pala hotak...

@amabanzai said... [reply]

math aku kredit jelerr. heheheh.
kau dah lepas spm kah

Duniakuabstrak said... [reply]

aku lebih minat membaca dari mengira tapi matematik aku tetap boleh lagi diterima otak..suam-suam kuku je..keh3

Raden said... [reply]

math oke..add math cam haram. mase form 4 n 5 dulu selalu sgt sawan buih mase add math

Amira Atiya said... [reply]

tak suka math...
bila SPM aku ppunya mathematic okey..
add math ke laut....

Syaza Kelyza said... [reply]

masa sekolah suka maths moden jek . dan sangat anti dengan add maths T.T


tapi masa u ni , takde la suke sangat maths . tapi result so far Alhamdulillah , walaupun biasa2 jek .



ps: akmall kena banyak buat latihan . chayok ! mesti boleh ;)

zarifahmr said... [reply]

masa sekolah je terel math, dah masuk u bengap ;'(

faraherda.razalan said... [reply]

kemain....

Puteri Iqa Izyan said... [reply]

dah jadi macam buat karangna nih. :P

dulu aku anti gak ngn math. tp skang suka kot :D

Arief Arf said... [reply]

maths aku memang hancur.
jangan tanya aku repeat bape kali kat universiti.
*emo*

ENCIK TIKUS said... [reply]

alhamdulillah math aku A weyh..

Anonymous said... [reply]

math?? hehe =D

No name said... [reply]

matemnatik UPSR n PMR hebat lar.. msk SPM hancus.. terutama Addmath.. tp keje kne mate jugak... 100% plak tue.. sib baik ok, waktu college dulu.. ahaha... mate penting dlm tak sedar...

Unknown said... [reply]

aku suke maths dari dulu sampai la kat matrix... sekarang bile amek kos maths,aku down!!

wawawawawa...sedih..nanges hari2'

Amira Anorah said... [reply]

seriously..dulu saya punya otak boleh hafal no fon dalam contacts kat handphone tu..perh..
tapi since dah tua..keupayaan itu semakin tercabar... mungkin minda dah lemah nak menghafal benda yang tak patut...
actually if we love maths, we can addicted with it.. i know that feelings~~
btw i got A+ for my maths..geeeeeeee
before that i got E...oh , yg tu sebab saya tak jawab pon soalan..tinggal kosong..
err..i also got A for my addmath..entoh la...hahaha
but seriously...im addicted with subject chemistry masa kat sekolah...

Unknown said... [reply]

hahaha...aku mmg suke math! lepas dapat A PMR..hakhak!!

SnowladieS said... [reply]

math love me but i had to let him go haha -.-

LadyBird said... [reply]

buat soalan matematik menghilangkan tekanan.. mengaktifkan otak.. menguatkan semangat tuk terus tidak tidur :P..

Anonymous said... [reply]

oh! i heart methematicsssssssssss.
eh tertaip lebey. bole? ngaaa

asal math je suke suke je math. result math bole la senyum lagi tapi datang time add math. oh rase nak pitam mcm x caye je dpt markah mcm tu seumur hidup. bhahahah

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath