Saturday, July 2, 2011

Kesayangan


Assalamualaikum

Port Dickson


Lelaki gempal. Fizikalnya tampak tegap dan keras. Dari jauh kelihatan seolah bapa seseorang. Rambut belah tepi disisipkan ke sebelah kanan dan tidak pernah bersikat. Sekadar disisip menggunakan jari setiap hari selepas mandi. Acapkali kelihatan setia bersama seluar pendek hitam dan digayakan dengan berbagai jersey bola sepak pelbagai kelab. Jiwanya bola tak semena. Sembangnya tidak lekang tanpa gosip dan isu semasa pasukan kegemaran. Setidak-tidak, jiwanya tak tumpah seperti lelaki kebanyakan.


Punyai kegusaran yang sedikit pelik. Tatkala ketandusan wang, beliau berkeinginan itu dan ini. Nafsu yang bermacam. Sedang bergaji di hujung bulan, tidak tahu untuk membelanjakan. Dihabiskan sahaja dengan makanan, hiburan dan dipinjamkan. Itu memang lemah beliau, gagal merancang pengaliran kewangan berkesan. Sekadar bekas pelajar kejuruteraan yang bekerja di sektor pembuatan makanan. Apalah yang difikirkan beliau. Hanya menghabiskan sehari-hari memasak beratus Grilled Chiken Burger untuk pelanggan.


Beliau tidak mahu dijanjikan selamanya, kerana beliau tidak selamanya ada. Beliau tidak juga minta dipeluk, dicium dan dimanja selalu. Kerana beliau sendiri menagih kasih sayang yang tidak pernah datang kunjung. Itu perkara biasa dihadap, bukan simpati dicari, bukan iri hati yang di cermin. Cumanya beliau hanya meminta, mungkin kepada yang Esa. Atau sesiapa yang punya kuasa yang sememang tidak lebih dari Dia. Semoga hidup ini tidak diambil atau dipisahkan dengan mereka-mereka yang kini sangat menyenangkan.


Dedikasi untuk seluruh seperjuangan sepencarian rezeki.



37 Komen Kencang:

Aleen Aiden said... [reply]

akula 2.bile xde duet je mula la nak yg macam2.haih

hanaahmad said... [reply]

selagi dia bahagia begitu, biarkan saja, tiap orng punya cara membahagiakan hdp mereka bukan? :)

♥ Chacha said... [reply]

comel ape lelaki gempal... yang penting bahagia bukan? wang boleh dicari... hehehehe

Amalina said... [reply]

kau sayang dia.tapi aku tak nampak yang mana satu dia yang kau terangkan.yang pakai tuala atas kepala tu ke?

Verdict said... [reply]

eh

buger satu.


kansellah


saya nak sundae.

Blog Eazy Izzuddin said... [reply]

berjimat cermat ouh...
;)..
mcflurry 1
xD

~Kenanga Suchi~ said... [reply]

harus belajar berjimat sekarang... untuk masa depan yang terjamin...

Anonymous said... [reply]

jgn risaukn org... mereka punya identiti tersendiri.. =)

ghost said... [reply]

aku juga selalu hadapi keinginan yang sama tatkala aku sudah semakin mengira kepingan not kertas dalam wallet aku..mau tapi tertahan.

Elie Lily said... [reply]

sememangnya kehidupan tidak mudah dicari seperti mana mencari wang poket.. :)

catherine- said... [reply]

duit segalanya di dunia ini.

haih~

reenapple said... [reply]

errrr.... bahsa tinggi sangat... heheh
selamat mencari rezeki....

gadisBunga™ said... [reply]

kalau dia takde, ramai org susah kan...? :)

Unknown said... [reply]

kehidupan. semmgnya begitu. nak berger satu!

Anonymous said... [reply]

i dnt know wut to say..

cik ciput said... [reply]

rakan-rakan sekerja yang best membuatkan aku rasa berat hati nak cari kerja baru..

*kau, belanja aku! =)

silent said... [reply]

amboi.....

Syamims B said... [reply]

nice one.
terutama bab lelaki gempal dan dari jauh kelihatan seolah bapa seseorang.

cimi said... [reply]

beliau adalah akmall. :)

@amabanzai said... [reply]

tuala atas kepala? itu ke *repeat balik Amalina cakap. heh

emieysandra said... [reply]

smoge llaki gempal itu sntiasa bhgia ;)

Pyka Rahmat said... [reply]

*sambil korek hidung

suruh beliau belanja gua lasagna secret recipe satu

Anonymous said... [reply]

comel :)

lavender harum wangi said... [reply]

amin ya rabbal alamin~

syahira ariff said... [reply]

kalau alir duit blanja aku,dapat pahala

Suraya I. said... [reply]

good luck akmall =D

i'm not sure either what's dat good luck for, but good luck =)

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

duit ohhh duit...

di mana la kau duit..

nak Grilled Chicken Burger satu...hahha

faraherda.razalan said... [reply]

Ok...terkedu kejap.

Syaza Kelyza said... [reply]

work harder okay :)

puteri ain said... [reply]

serba merah . lawa :)

Ayaa said... [reply]

duit boleh di cari. hati yg bersih sukar di cari. hehe. iklan ape cer teka ? :P

scya lollita said... [reply]

life's not as easy as we think . we know how hard it is (:

Duniakuabstrak said... [reply]

mencari rezeki untuk diri tidak seperit mencari rezeki untuk menyara tanggungan

terasa hiba hati setiap kali tidak dapat memberi keselesaan yang sewajarnya kepada adik dan ibu

Daddylicious said... [reply]

berpada-pada maka berada...

Far8 budak baik said... [reply]

gile tinggi bahase kauu..
yg aku paham ayat
setia ngan boxer tu je..
hahahaha=p=p
aku dgr kau sakit dulu..
betul kh??

Anonymous said... [reply]

jem trus bile bace bahase2 cmnih. T___T

A retarded kitty said... [reply]

loading slow.....

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath