cerita ni dah basi. tp dr tinggalkan blog smpai berkerak dgn tips-tips cinta yg diri sndiri tak pernah praktikkan. muncul la suatu cerita seekor bapak ayam bersama anak-anak ayamnye. kisah bermula dgn panggilan telefon minit-minit terakhir dari seorang budak comel. beliau menawarkan satu tiket ke mtv worldstage dgn syarat (hanya beliau dan saya tahu) pada malam sebelum kejadian. jadi nak taknak berlaku persetujuan antara dua pihak demi kawan-kawan tersayang.
kisah keesokan harinye pulak dimulakan dgn sms "awk kt mana?" . time tu tgah mimpi maen geli-geli dgn wondergirl dlm pukul 5 ptg padahal janji pukul 5.30 ptg. itu time bangun2 je tuka boxer yg basah trus pegi naek moto pecut ke sunway piramid kumpul dgn the gorgeous and friends. dekat atas moto tu pulak redah hujan then bawak laju-laju tanpa mengenal erti kematian. dah basah. sia-sia tuka boxer baru.

kemudian masa yg dinanti-nantikan muncul dgn aktiviti memotong barisan dgn baju hujan plastik dlm gerimis. basah lagi. masuk2 je trus layan abang bunk face, tokiohotel, wondergirl dan katy perry. dari pukul 6 sampai 12 lebih berdiri saje. tak pernah sesakit hati mcmni selepas berakhir waktu persekolahan dimana murid kene beratur perhimpunan pagi. dgn buad dekat sunway surf beach lg dlm keadaan berlecak dan tak pakai selipar. kembang kaki. basah lg.
bunkface best. tp da biase sgt so nak review mcm takbest. wondergirl sedikit mengecewakan aku kot. biar satu lagu je aku taw 'nobody' yg lelain tak pelik pulak bunyik suara gedik korea yg tak faham even aku sdiri anak kelahiran korea. tp bile da 'nobody nobody but u' 'pap pap' pap pap jgk la aku. tokio hotel paling best dan terbaik. mungkin band tu tgah meletup tambah pulak jiwa aku yg rock2 jiwang meleret ni. mmg kene la berdiri tegak angguk-angguk kepala mulut terkumat-kamit sebutkan lirik. bile time katy perry perform, basah. aku tak taw da brape kali perkataan basah yg aku sebut. bunyinye seperti kotor tapi paling ikhlas dan tepat boleh diungkapkan.
kesimpulannye ia merupakan suatu malam yg tak boleh dilupekan dan sgt enjoy dan lupe diri yg aku ade kehidupan laen dkt dunia ni. dgn senang hatinye balik singgah makan mixgrill sambil pekena shisha mcm takdepape. gambar-gambar ni tak brape clear dgn larangan membawa kamera ke dalam dan cuaca hujan tambah pulak makeup cair. dekat sini nampak je mcm aku sorang bawak anak-anak ayam padahal ade lg laki yg ade bersama dlm 3 org. perempuan tak terkira. aku taknak dunia nampak yg persekitaran aku hanya perempuan. nnti wujud perspektif yg tak best di kalangan pembaca khususnye golongan tertentu.
p/s: walaupun saya peminat crocs, saya bukan buaya. tak percaya tanya mereka. :)
^___^
































