Sunday, October 24, 2010

Minuman Berbahaya


Assalamualaikum


Photobucket


Selidik minuman yang membuatkan lilitan pinggang anda sukar untuk menyusut. Menurut penulis buku Nutrition at Your Fingertips, Elisa Zied, kita seringkali merosakkan program diet mereka tanpa disedari. Sebagai contoh, mengurangkan kemasukan kalori dari menu harian atau memakan makanan yang berlabel low fat atau less sugar.


Kita menganggap kedua-dua jenis makanan berikut menyihatkan, hakikatnya sebahagian makanan yang berlabel seperti itu masih lagi mengandungi kalori. Jadi, tidak hairanlah bila program diet tidak berjaya. Bagi mendapatkan tubuh yang diinginkan, perkara pertama yg perlu kita faham adalah mengenali minuman yang perlu dielakkan supaya usaha diet tidak menjadi sia-sia.


Jus Buah-buahan

Persepsi kita diterapkan dengan meminum jus buah-buahan segar menyihatkan. Ini kerana jus buah-buahan segar tiada sebarang bahan pengawit dan pemanis tambahan. Tetapi siapa sangka ia minuman yang kurang tepat. Kadar gula di dalam kandungan buah-buahan tidak boleh dipandang rendah. Beberapa buah mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Gula dalam buah antara yang paling baik, namun kesedapan air buah-buahan menyebabkan kita sering mengambil secara berlebihan. Caranya ialah dengan mengurangkan pengambilan jus buah-buahan. Ia akan mengurangkan kandungan gizi dan serat buah, sebaiknya pengambilan adalah minimum. Disarankan meminum air mineral sahaja jika terasa haus dan terhidrat.


Kopi

Ada yang mengatakan kopi mengandungi antioksidan dan ada juga mengatakan meminum kopi setiap hari membuatkan kita semakin gemuk. yang mana benar? Secawan kopi hitam memang padat dengan antioksidan dan kalori yang minimum. kopi inilah yang dianjurkan untuk diminum setiap hari. Tetapi, tren kopi dipasaran sekarang bukanlah kopi hitam.

Ianya kopi yang ditambah susu, sirap, krim, karamel dan aiskrim. kopi jenis ini menjadi padat dengan gula dan segelas kopi jenis ini mengandungi kalori sebanyak 570 iaitu hampir setengah keperluan kalori keseluruhan harian. Caranya ialah dengan meminum kopi hitam dan tanpa gula. pengambilan kopi hitam 3-4 hidangan sehari dapat meningkatkan fokus dan konsentrasi. Ia juga menghindari kanser dan diabetes


Smoothie

Smoothie adalah minuman yang diperbuat daripada campuran beberapa jenis buah yang dikisar. Ianya menyihatkan , sumber tenaga dan berupaya menurunkan berat badan. Tetapi, smoothie di kebanyakan restoran atau kafe sudah mengandungi gula, madu dan sirap. ada juga yang mengandungi susu dan aiskrim. berapa banyak kalori dan lemak di dalamnya?

Caranya ialah biasakan meminum smoothie buatan sendiri di rumah. Pastikan ianya 100% tanpa bahan campuran. Kita dapat mengawal kemasukan kalori dan lemak harian. Tubuh juga akan bertambah sihat kerana smoothie padat dengan vitamin, mineral dan antioksidan

***

Kesimpulannya ialah kandungan gula dan kalori berlebihan dalam pemakanan yang sihat juga tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, gunakan tips ini sebagai keberkesanan rutin pemakanan anda. Semoga anda akan kekal mantap seperti Encik Psychopath ;)

Mantap ke?


24 Komen Kencang:

ardinihumaira said... [reply]

alamak...kena minum kopi tanpa gula... :D

adrinaqamarina said... [reply]

memang pon, jus tu gula dye akan convert jadi carb jugak.

tapi kat egypt ni, mostly jus ori yang tak ley simpan lama3, kre macam fresh la. tapi still ade fructose.

Nand Nasyari said... [reply]

puasa je senang..:P

Nurul Nadia said... [reply]

yup...totally agree. healthy drink is important too.not just the food.

yuyueyuliana said... [reply]

aah, encik psychopath sgt mantap :P :P

Encik Psychopath said... [reply]

ardinihumaira:

absolutely.

Encik Psychopath said... [reply]

adrinaqamarina:

fructose?

Encik Psychopath said... [reply]

nand nasyari:

alhamdulillah..

Encik Psychopath said... [reply]

Cik Dya:

dats right, teacher.

Encik Psychopath said... [reply]

yuyuEyuliAnayusOf:

mana tau ni. mcm pena je.

Syaza Kelyza said... [reply]

okay saya ngaku encik psychopath sangat mantap , haha :D

Encik Psychopath said... [reply]

syaza kelyza:

waaaa~ *terharu*

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said... [reply]

nasib baik aku pg2 layan teh o ais je...

Encik Psychopath said... [reply]

xtionkamen:

tu lg bahaya. bole kene kencing berdarah.

Rowena Zainuddin said... [reply]

anda mmg mantap..
i like~

Encik Psychopath said... [reply]

Rowena Chasez:

pergh. rowena si hot cakap encik saiko mantap.

Anonymous said... [reply]

but, mai dah ketagih coffee :(

Encik Psychopath said... [reply]

maisyara:

demm. make sure no sugar.

Anna Boleyn said... [reply]

perghhh ini entry serius. ;p


nama kamu tak de sbb kamu tak komen atr 12 entry tu. cuba check. klu ada kamu komen sy masukkan nnti. hehe ;p

Anonymous said... [reply]

finally berita baik mengenai kopi! fuh lega sikit hati! *peminat tegar sang kopi*

Encik Psychopath said... [reply]

Anna Boleyn:

ok syg.

Encik Psychopath said... [reply]

Eireen Camelia:

u should working as barretta at starbuck.

Asma said... [reply]

just drink mineral water!

Encik Psychopath said... [reply]

asmaroro:

dats rite bebeh.

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath