Wednesday, March 9, 2011

Berlari


Assalamualaikum

Encik Psychopath


Aku gemar berlari dari tekanan. Aku berlari dari ditanyakan bertubi-tubi, aku berlari dari dipersoalkan tentang hati, aku berlari dari memikirkan soalan mudah. Contohnya sama ada aku masih menyayangi atau tidak. Diberi pilihan jawapan sama ada 'ya' atau 'tidak'. Bagi aku ia menambah kekusutan. Aku mengambil jalan pintas untuk lari dari terasa terbeban dengan sebuah persoalan yang memerlukan jawapan segera. Samada dengan merusuh atau memberikan alasan lain, aku terasa soalan itu sangat tidak adil dengan ditujukan kepada aku.


Mungkin lelaki lebih gemar perempuan mengetahui sendiri atau merasai rasa jawapan itu. Supaya keegoan lelaki tidak terasa terancam dengan menjawab. Kerana jawapannya masih sama jika diulang-ulang dan ia masih tidak memuaskan hati perempuan. Perempuan gemar diyakinkan. Aku sedia maklum perempuan mudah khayal jika di belai melambung. Itu sebab aku melahirkan sifat berhati-hati. Tetapi ia merupakan soalan yang mempertikaikan keikhlasan hati lelaki. Aku yakin semua lelaki setuju. Ia terjahan provokasi. Pencabulan asasi lelaki.


Senyum. Namun masih geram.



62 Komen Kencang:

Scha Nazri said... [reply]

kekadang sifat melarikan diri agak tidak baik yer.

;)

yuyueyuliana said... [reply]

JANGAN NAK EGO SANGAT LA GEMOK.

tiafazunia said... [reply]

xske laki yg tggi ego =.="

Unknown said... [reply]

aku mmg setuju dgn "perempuan mudah khayal jika di belai melambung"

- elina - said... [reply]

berhenti .

kau akan penat jika terus berlari .


*senyum

Sarah and Faiz said... [reply]

hahaha. ade komen buatkan aku setuju. :D sab0 jela.

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

sifat lelaki suka diamkan dri kan...n lari dr masalah..ehheh

No name said... [reply]

berdepan dengan persoalan.. dan fight woif it.. kekadang akan bagi kita kepuasan... Jika tak jawab tak.. tak perlu lari.. it will became worse

.cik aida. said... [reply]

yup.
tu memang sikap lelaki kan?hehe

saya pun nak BERLARI gak la.hahaha~
jom lumba lari.hehe

Anonymous said... [reply]

hakikatnya kita hanya berlari setempat.. lalu, kau hendak ke mana? perlu decide cepat..!

Encik Psychopath said... [reply]

@syAzAnA

tidak baik juga diterjah bertubi-tubi.

Encik Psychopath said... [reply]

@yuyueyuliana

jongang, anda tidak layak menegur.

Encik Psychopath said... [reply]

@tia

samalah =.="

Encik Psychopath said... [reply]

@Heidi Shafiq

aku perlukan suara lelaki. aku di hentam disini.

Encik Psychopath said... [reply]

@- mrs koroe -

sudah berhenti. ia cerita lama.

Encik Psychopath said... [reply]

@bukudiarysofea

kau patot bekap aku sara.

Encik Psychopath said... [reply]

@HonEyBuNNy

itu nature seorang lelaki. jangan diubah-ubah.

Encik Psychopath said... [reply]

@Lizzie Yasmin

sudah jawab dan dipertikaikan adalah lebih worse.

Encik Psychopath said... [reply]

@misslavenderaida

terima kasih memahami. lari dulu dan saya kejar.

Encik Psychopath said... [reply]

@Pistachio

ia memerlukan masa dan persekitaran yg sihat. laju2 nak pg mana ?

platipus said... [reply]

kalau terus berlari, mslh takkan selesai

ghost said... [reply]

perempuan akan puas hati dengan satu-satu jawapan bila semuanya sudah berakhir dan tak perlu ada lagi persoalan selepas itu...

ladymiss said... [reply]

muka stress pun hensem hohoh

Encik Psychopath said... [reply]

@platipus

aku lari sebab penat menjawab.

Encik Psychopath said... [reply]

@ghost writer

masalahnye sekarang persoalan yang sentiasa sama tak pernah basi.

Encik Psychopath said... [reply]

@Bazilah

perlu sentiasa bergaya.

mimie said... [reply]

alaaa...jgn la ego2.....

meh saya tanye meh.....
awak sayang saya?heh...=pp

Sapika! said... [reply]

wanita sentiasa perlu di 'yakinkan'~

Sapika! said... [reply]

wanita sentiasa perlu di 'yakinkan'~

Encik Psychopath said... [reply]

@cik mimi ridza

tak :(

*tipu*

Encik Psychopath said... [reply]

@Sapika!

bagaimana dengan asasi lelaki ? lupakan ?

. said... [reply]

mungkin, tapi benda yang asas, setiap soalan memerlukan jawapan, provokasi itu hanya alasan. haha

Encik Psychopath said... [reply]

@KHRLHSYM

cess.

Call me, Eyka said... [reply]

Ahh itu lah nama nya lelaki

Encik Psychopath said... [reply]

@eykameow

then im proud to be lelaki hokay !

Unknown said... [reply]

perempuan series xske lelaki berkias..so jgn buat perempuan trtnye2..just jawab yes or no.:)

puteri ain said... [reply]

lelaki memang dah sifat dia ego,but please jangan lah tinggi sangat kan,sebab tak untung pape pun..

ego ok but dalam tmpt yang betul la..;) peace..hehe

Encik Psychopath said... [reply]

@Nazatul shima

selaku lelaki, kita perlu berbunga-bunga.

Encik Psychopath said... [reply]

@puteri ain

sgt bertempat. saya dan tuhan lebih tahu.

Seroja Jingga said... [reply]

walaikumsalam encik saiko.
ah aku jugak saiko.saiko dgn dunia sendiri.
ye perempuan mudah hayal bila dibelai melambung! jadi bagaimana??

pempuan nafsunye 9 kan dan akalnye satu.
ermm entah!

senyum.

Duniakuabstrak said... [reply]

Ego perempuan tetap mahu mendengar butir kata dari LeLaki waLaupun sudah 'merasai' maksud yang disampaikan oLeh LeLaki

Ego LeLaki tetap tidak mahu nampak Lemah menutur kata di hadapan wanita

Encik Psychopath said... [reply]

@SEROJA JINGGA

tenang saudari. terbalik fakta tentang nafsu itu. namun faham baris-baris geram.

Encik Psychopath said... [reply]

@DuniakuAbstrak

bernas.

Sca Ndx said... [reply]

lari2, bumi ini sfera gak.

berhati2. macam tak bagi sepenuh hati?

takut dilukai?

Bunga said... [reply]

hahah.bunga pom xsuka soalan cam tu..haha..sanggup p lari maraton dari jawab soalan yang cam tu..geli ok..haha..

n@jwamz said... [reply]

waahhhh...egois nyer lelaki ekkkk..
ye laa, lelaki rasa disayangi bila diperlukan, perempuan rasa disayangi bila dihargai... p'puan yg ikhlas pd cinta, x kan minta byk..just affirmation that "i love u" by the man..susah sgt ke nk buat..kalau ayat tu boleh m'bahagiakn hati p'puan y lelaki itu cintai....why not?

_entry ala emo sbb baru lepas gaduh_ kwang3

faraherda.razalan said... [reply]

michael cera di sebelah tu........cute.


err....lupe dah kawen n da tuo pun...

eyqasara said... [reply]

lari dari masalah bukan jalan penyelesaiannya en. psychopath.. :)

emieysandra said... [reply]

like komen yuyueyuliayana..
jgn minta pompuan je phm yg lelaki xsuke jwb sklan cmtu,lelaki pun kne phm khndak pompuan tu..huhuhu..


*jgn rse dihentam, cenyum meh :D

NAJ HEBAT said... [reply]

bagi aku. hal ni terbalik pada aku.

sang lelaki lebih suka tanya 'sayang aku tak'.. again and again. Dia harus tahu, aku sayang dia.

aku rasa mcm aku lelaki, dan dia.. ekhem, wanita. haha.

apa2 pun, aku mmg suka dibelai melambung2.

haha.

dan.

aku sayang dia. sangat. sangat.

Shila said... [reply]

aku perempuan..

dan aku suka mengejar...

silap kalau kau terus berlari..

keh3..

bosan kan kalau dapat soaln sama dan kene bg jwpn sama.. =.="

Encik Psychopath said... [reply]

@Sca Ndx

sudah bagi. dibalasnya ketidakpercayaan.

Encik Psychopath said... [reply]

@bunga

halamak. geli pulak.

Encik Psychopath said... [reply]

@n@jwamz

jangan gado2. hehe.

Encik Psychopath said... [reply]

@Mommy Fara

why not. cute je pon. :)

Encik Psychopath said... [reply]

@emieysandra

beliau sgt selfish. jangan nak like sgt si jongang tu.

Encik Psychopath said... [reply]

@NAJ HEBAT

bertuahnya beliau memiliki kau ;)

Encik Psychopath said... [reply]

@missSenget

haha. itulah.

❤Mrs. Myra❤ said... [reply]

Melarikan diri daripada masalah , takkan dapat menyelesaikan masalah tu....

Clarky Afif said... [reply]

aku pun setuju. aku pompuan. :p

Wan Gerrard said... [reply]

memberi sedikit masa untuk memberi jawapan yang terbaik..

cimi said... [reply]

aku pun suke lari. lari dari ape yang patot aku rase yang sangta membebankan.

:)

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath