Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Terutamanya aku, seorang manusia. Sedangkan Nabi Adam ditendang keluar dari syurga gara-gara memakan buah terlarang. Inikan kita umat manusia dan manusia tidak lepas dari ralat-ralat kehidupan kerana kita tidak pernah sempurna. Selain daripada berlari tanpa hala tuju , aku juga seorang yang prejudis. Aku prejudis sesama melayu sendiri dan paling tidak dinafikan, aku prejudis terhadap kaum lain. Simpan saja cerita sesama melayu kerana ia akan membangkitkan sebuah isu. Dan mari duduk, baca dan dengar kisah prejudis dan stereotaip negatif terhadap kaum.
Tidak disangka kita semua juga tanpa sedar, bersikap prejudis dan stereotaip negatif. Jangan dibantah dahulu sebelum mendengar kata dan jangan disokong dahulu tanpa fakta. Menurut kajian Amerika 80 peratus daripada mereka yang berkulit putih bersikap sedemikian kepada mereka yang berkulit hitam. Bayangkan jumlahnya dan senyum tak tersangka. Sikap implisit ini tidak semestinya dizahirkan melalui perbuatan atau kata-kata secara terbuka, namun dalam situasi tertentu ianya tetap terserlah. Walaubagaimanapun isu begini dianggap sensitif bukan saja dipentas awam, malah dikalangan ahli akademik sendiri.
Namun jika ditinjau di dalam rutin percakapan sesama melayu antaranya sanak-saudara dan rukun tetangga kita, barangkali sering kedengaran keluhan apabila berurusan dengan peniaga cina, bilamana mentaliti melayu melabelkan barang yang dijual mereka mahal dan orang cina sering dipersalahkan. Setuju? Lain pula kisahnya dimana pengalaman seorang graduan universiti tempatan berbangsa melayu menceritakan pengalaman ditemuduga syarikat swasta milik bangsa cina. Semasa temuduga sedang berjalan, mereka sering berbisik sesama sendiri dan tanpa disedari calon ditemuduga juga fasih berbahasa mandarin kerana bersekolah di sekolah cina.
Antara yang dibisikkan difahamkan seperti berikut;
yang bermaksud;
Jadi bagaimana perspektif kita sebenarnya?
Tidak disangka kita semua juga tanpa sedar, bersikap prejudis dan stereotaip negatif. Jangan dibantah dahulu sebelum mendengar kata dan jangan disokong dahulu tanpa fakta. Menurut kajian Amerika 80 peratus daripada mereka yang berkulit putih bersikap sedemikian kepada mereka yang berkulit hitam. Bayangkan jumlahnya dan senyum tak tersangka. Sikap implisit ini tidak semestinya dizahirkan melalui perbuatan atau kata-kata secara terbuka, namun dalam situasi tertentu ianya tetap terserlah. Walaubagaimanapun isu begini dianggap sensitif bukan saja dipentas awam, malah dikalangan ahli akademik sendiri.
Namun jika ditinjau di dalam rutin percakapan sesama melayu antaranya sanak-saudara dan rukun tetangga kita, barangkali sering kedengaran keluhan apabila berurusan dengan peniaga cina, bilamana mentaliti melayu melabelkan barang yang dijual mereka mahal dan orang cina sering dipersalahkan. Setuju? Lain pula kisahnya dimana pengalaman seorang graduan universiti tempatan berbangsa melayu menceritakan pengalaman ditemuduga syarikat swasta milik bangsa cina. Semasa temuduga sedang berjalan, mereka sering berbisik sesama sendiri dan tanpa disedari calon ditemuduga juga fasih berbahasa mandarin kerana bersekolah di sekolah cina.
Antara yang dibisikkan difahamkan seperti berikut;
"Ma lai ren lan dou... Ma la ren mei you da nao"
yang bermaksud;
"orang Melayu malas... orang Melayu kurang pandai"
Jadi bagaimana perspektif kita sebenarnya?





67 Komen Kencang:
dah lama meningalkan subjek titas..so dah lupa
barang melayu la mahal. tapi sebab melayu beli je. majukan sama kita.
tapi takda hal la. suka kawan dgn chinese. erk
ada kaitan tak?
@A'IM
ini bukan tentang titas. tapi sebentuk tindas.
@skandaLdariLangit
saya pun suke gf chinese look.
lagi tiada kaitan bukan ?
perspektif kita tetap sama...prejudis pada bangsa lain.takkan lari dari sikap tuh.
adeh..macam2 pandangan kan...malu pulak bila orang cina kata dekat org Melayu kita mcm tu pulak kan...
aku ok je kalo orang kate kat oran gmelayu cenggitu..baghu le orang kite sedor..sebab kekadang mentaliti melayu mmg tahap rendah sgt..
@ghost writer
betol.
@HonEyBuNNy
malu ? tak rase terbakar ke ?
@JIJI YU
positif
argghh..!! kite bako je rumah kak limah tu..!!
naaaa... kantoi sudah org cina suka kutuk melayu... adesssss....
naaaa... kantoi sudah org cina suka kutuk melayu... adesssss....
erm.. mmg ade kes cam tu.. My sis pun penah berhadapan dgn perkara tersebut (naseb baek dia student cemerlang sekolah cina) maka dgn pantas dia membidas.. Terlopong org yg nak interview tu dibuatnya.. BUT saya penah gak lalui SATU peristiwa pahit dimana kaum sendiri cuba menjatuhkan manakala kaum lain memberikan pertolongan.. SO.. Kat sini ianya bergantung kepada diri individu tersebut sama ada dia nak berdiskriminasi atau sebaliknya menerima konsep solidariti.. wink!
memang melayu selalu dipandang rendah..
sebab apa???
kite lihat perspektif melayu dan negara malaysia...
contoh dari pengundian untuk memilih pemimpin..
sedangkan amerika seperti mangamalkan sistem seperti khalifah al-rasydin yg memilih 2 parti saja utk mengundi..
sedangkan malaysia umpama mengamalkan pembaziran...
menubuh berpuluh-puluh parti..
sedangkan yang wujud dari segi zahirnya..
pembangkan dan kerajaan...
macam2 la dunia
hehehehe....
mari rasakan sendiri realiti hidup di muka bumi MALAYSIA...
mungkin awak masih belajar, maka tunggu masa dan ketika yg pasti akan tiba...
p/s: menunggu pemimpin sehebat hitler...di mana ya?
even sesama melayu pun suka na menjatuhkan kwn sendiri mcm mne?
alaa .
sama je suma kan .
tempat keja saya ada sorg kak cina dan sorg kak hndu .
dan saya melayu.
kak cina tu dtg kutuk2 kak hndu tu .
dan kak hndu tu dtg kutuk2 kak cina tu .
dan saya pkir , bila dorg duk berdua ,
saya yg dikutuk .
normal la tuuuu .
haha
kenape ea orang melayu selalu di pandang rendah?
alahai alangkan sesame melayu pun mengata..lepastu kalau melayu tak malas takdenya orang cina cakap macam tu..kita fkirlah, betul ke tak betul ape ang orang cakap tu. kalau tak betul buktikan
Mentality.
Memang susah nak ubah.
Semua dr diri kan?
haih.
bisa juga dengar melayu pemalas. The fact is, yup. Lebih kurang kah.
biasela tue....
melayu mmg terkenal dgn sikap malas..
tapi tue la.
mana boleh anggap semua org sama.
mslhnye bile org da pk mcm tue la.
bile kite rajin pon org ingt malas.
bile kite pandai pon org ckp tak....
bile kite cakap orang cakap kite cakap kosong......
haih.ape nak buat....
kdg2 org melayu sndri taknak berubah..~
contoh..
bila kita jumpa kawan kita, kita cakap.. eh apasal u pucat je, demam ke? n kita suruh 3 hingga 4 orang kawan yang lain cakap benda yang sama pada orang tadi.. konpom dia tetiba akan cakap dia demam, padahal dia sebenarnya segar bugar.. keadaan ni menunjukkan bahawa manusia itu mudah terpengaruh dengan persekitaran dan kata-kata orang sekeliling.
jadi, yang melayu ni pon, macam tu lah, dimana-mana saje, akan kedengaran perkataan yang menjatuhkan semangat orang melayu, sesama melayu pun saling menjatuhkan..
bila dah selalu dengar, melayu ni malas, melayu ni layu.. maka perkataan2 tu dah mempengaruhi fikiran orang melayu sendiri dan bangsa lain. jadi mentaliti mereka cuma terarah kepada, melayu itu layu, melayu itu pemalas!
so what?? sape yang salah?
( boleh wat satu en3 hahahha..)
saya cuma harap orang melayu akan tetap survive di bumi Malaysia ini .
mereka cakap macam mereka tahu semua.....
sosial hidup masyarakat majmuk telah berubah sejak kerajaan british mengagihkan sistem ekonomi tanah melayu sejak dulu. melayu=pertanian, india=perladangan dan cina=perniagaan.
kemahiran niaga memerlukan strategi berbanding tani. malah kemahiran niaga sudah jadi turun temurun kaum cina. tidak wajar membandingkan kejayaan bangsa2 kini. namun melayu bangun, ada jgk yg berjaya dlm perniagaan walau masih belum dominan (komen lari sikit) hehe
masa org2 melayu sibuk berkempen (menipu) sana sini utk cari downline (MLM), orang cina buat apa? dorang jual harta benda dan buat modal bukak gerai mee tepi jalan.
jadi last2 sape kaya? sape bijak?
nanti, jangan bengang dulu. cuba fikir guna otak yg rasional, bukan emosi. baru nampak significance nya nanti. I personally think kalau nak maju dalam hidup ni kena realistik.
aku sendiri, prefer kerja bawah cina dari melayu. aku bercakap dari pengalaman. pengalaman mematangkan mentaliti kita. so, no, aku tak terbakar pun kalau ada cina kata kita macam tu. dan aku masih pencinta tegar bangsa melayu.
(tapi mungkin juga nasib aku baik dapat kerja bawah company cina yang professional, decent dan baik hati)
however, this p.o.v is strictly for career purposes lah kan..
walaupun ape yg terjadi..orang melayu harus bangkit..:)
@Heidi Shafiq
kak limah orang melayu. kenapa harus ditentang org yg ditindas.
@eyqasara
kita juga.
@adamzico
kebergantungan itu betol. dengan membiarkan masa menceritakan.
@misz molecule
penubuhan parti yg berbilang itu tidak terfokus kepada orang melayu kerana parti2 juga di terdiri dari komuniti bukan melayu sendiri.
@Mommy Fara
hitler satu kelahiran dalam trillion. dan x mustahil malaysia memilikinya.
@azalia hjsalleh
bersaing sesama melayu sihat bukan ?
@- mrs koroe -
satu malaysia sungguh.
@✿ CikCimi
mungkin kerana orang2 seperti cimi ?
@Bazilah
tetapi memberikan tanggapan sebegitu adalah terlalu merisaukan bukan ? bagaimana perluang pekerjaan anak melayu nnti ?
@NAJ HEBAT
kerajaan harus lakukan sesuatu.
@cik mimi ridza
berfikir secara general adalah tidak adil.
@Sapika!
aku benci laungan melayu mudah lupa itu. ia mencetuskan mentaliti seorang pengalah kepada semua. tiada siapa bangkit pun dan ramai2 berpakat redha. bullshit.
@syaza kelyza
itu pasti syaza :)
@maiMOONyet
mereka tahu atau tidak ?
@Sasa Al-Sharif
tidak lari mana. prejudis tetap ada. lihat saja senarai jutawan negara.
@| Larasephia |
ouh. aku tidak terbakar sama sekali. sekadar mengumpul perspektif membaca membuat bancian. terima kasih daun keladi.
@Syafiq Rosli
semoga ini menjadi penyuntik semangat.
aku tahu ada yang lainnya wujud sama seperti aku, spesis seperti aku yang masih mempercayai bukan dari kulit tapi isinya. itu aku tulis dan pegang. aku biarkan mereka yang masih menilai kulit-kulit itu walaupun aku pernah terasa
@KHRLHSYM
mungkin kau mempamerkan sikap terbuka. bgus.
ubah persepsi mereka!
aku bekerja sekeliling bangsa asing! tp ada seorg senior wanita melayu yang menjadi lead di antara mereka! ya dia MELAYU! MELAYU cuma perlu buktikan diri bukan hanya dengan kata2. tapi tindakan! :)
Gila aku orang ke 48 bg komen.. malu sejenakkk menjejak kaki ke blog hebat!
Btw perkara tuh dah biasa.. Hidup dalam dikriminasi dan prejudis..
Cuma kita sendiri perlu menunjukkan kekuatan diri kita, kelebihan kita.. Usah mengiyakannya dengan perangai tak senonoh kita..
Fikir2kann..
PojiePooh; Hanya Satu...
prejudis yang lahir dari persepsi dan mentaliti yang tak pernah berubah dalam sesuatu perkara..
apa yang orang lain kata kita mengiyakan saja..
tak mustahil sikap ini sukar dibuang kerana telah dibisikkan sejak kecil lagi..
pandangan kita berbeza..
walau kebanyakannya begitu tapi tak semua..
malas. hm setuju.
@misshazalisme
Spirit yang bagus. Bertindak !
@||| PöJìé PööH |||
contohi sifat pojie kawan2 ! dia insan terbilang.
@APi
seseorang telah merungkai punca kejadian. bisikan dari kecil. syabas.
@yaya_flanella
iyakan aja yaya.
prejudis ni dah lama ada, konon2 sendiri lebih hebat dari yang lain..yang boleh kita buat ialah set kan mentaliti kita supaya apa yang diberitahu itu palsu semua hehe
aku bukan melayu, tapi, no offense,
negara kita hanya menjulangkan 1 malaysia tapi majoriti tidak mengadaptasi nya.
at least dlm satu badan tu brgabung tiga parti..
same jgk uh
@Wan Gerrard
bro, kasi setting bagaimana nak set suma ini.
@MATAHARI
itulah yg ditentang-tentang pembangkang mengenai konsep 1 malaysia.
@misz molecule
terserah aja deh.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
mmg kita hidup kongsi negara berbilang bansa berbilang kaum ... kena dok aman damai makmur sentiasa...
hidung berbilang kaum...
dengan pelbagai agenda dan pemikiran..
ehehee
tskk.. kalu wt carian sal sejarah jumpa niii..
perhubungan etnik.. HGAHAHAHAQ
bukan semua yang malas.
biasalah..kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
pengalaman keje majikan cina ngan melayu memang berbeza.
kalau ko keje ngan cina,setiap masa mesti ada kerja nak kena buat.tak boleh bersantai.sebab bos cina ni dia nak setiap sen yang dia bayar kita tu memang betul-betul kita buat keje.bukan makan gaji buta.penat memang penat tapi dapat pengajaran.time keje takleh mengulor.hu..hu..
kadang2 kalau ikot kata negatif,kita semua akan melenting,marah semua..
tapi kalau ikotkan,kita harus bangkit,tunjuk kat kaum lain,eh orang melayu pun boleh bangun la ..
setuju dengan matahari
Post a Comment