Friday, July 15, 2011

Rejection

Assalamualaikum



Penulis: Farhanah Ahmad


Dalam banyak-banyak hal, berasa kecewa dan mengecewakan hati boleh jadi perkara yang paling cukup aku benci. Cukup bersedih aku jika dikecewakan tanpa belas. Aku juga punya kefahaman yang tinggi dengan mereka-mereka yang turut dikecewakan ini. Sayang sungguh rasanya kala terpaksa mengatakan tidak kepada mereka-mereka yang cukup menghargai aku.


Iya, aku gelarkan mereka yang tanamkan rasa cinta itu sebagai orang yang menghargai rasa hatinya kepada orang lain. Dan, aku hargai mereka-mereka yang ini. Tapi, tahukah kau kawan, menghargai itu belum tentu memenuhi. Aku hargai, tapi mana mungkin dipaksa hati, kalau jiwa langsung tidak sedetik merindui!


Pabila diucap kata sayang, aku tersenyum. Pabila diucap kata rindu, aku senyum terharu. Pabila diucap kata cinta, aku senyum kelam. Hati aku ini diajar untuk cukup menerima ikatan kawan. Namun, tidak pada cinta. Tapi, melukakan itu adalah antara hal yang paling aku takuti. Jika, kau sendiri takut dan untuk dilukai, sebegitu juga halnya di sini. Jadi, bagaimana cara untuk menolak huluran sekeping hati?


****

Farhanah Ahmad, seorang penulis blog yang aktif yang menulis perenggan-perenggan kehidupan dan giat bermonolog di teratak Monologis Tahap Tinggi milik beliau. Ini merupakan karya beliau yang diterbitkan secara ekslusif di blog Encik Psychopath.



37 Komen Kencang:

Unknown said... [reply]

menolak dan ditolak lumrah hidup. apa tidaknya sekadar mahu jaga perasaan sendiri bukan?

Hansyirah Takezur said... [reply]

ayat mcm ghost writer je tapi agak mudah untuk ditafsirkan...

memang sukar sebenarnya untuk menerima ikatan cinta...

hanaahmad said... [reply]

terima kasih encik psychopath! :)

cEro said... [reply]

rasa ingin disayangi dan menyayangi itu adalah lumrah dlm diri setiap insan..
even manusia yg psling bawah skalipun, ingin disayangi dan menyayangi...

Raihana Izzati said... [reply]

Eklusif owww..








by my sayang.lulz

cimi said... [reply]

tolong jangan lukai sayeee.
akmal meh taep kat blog kite lak. haha.
eh cop, gambar tuh mate dy bole gerak gerak la pastu rambut goyang goyang. =.="

Puteri Iqa Izyan said... [reply]

sedih jugak baca ayat2 semua tuh. haih~

intanurulfateha said... [reply]

fuyoh! ade penulis jemputan! :p

Syida Shu said... [reply]

Kasihan pada dia, tapi lagi kasihan pada diri sendiri. Jangan terima orang sebab simpati.

puteri ain said... [reply]

pweewitt ,hehe

Elie Lily said... [reply]

meaningful! :)

cik ciput said... [reply]

dia..memang berbakat! :)

*melukai dan dilukai..asam garam hisup..

Pembunuh Tanpa Bayang said... [reply]

susah...tapi hati tak sampai hati nak melukaikan.

Unknown said... [reply]

perasaan mmg xleh d pkse .. tp nk menolak itu amat payah takut lukakan hati byk pihak

ghost said... [reply]

mari kita terus berkawan selama mana hati kita mampu bertahan untuk menahan..tidak ada siapa yang membiarkan hatinya untuk berkawan ketika dia sudah meluahkan kata cinta..selama mana dia bertahan selama itu dia terseksa...

Anonymous said... [reply]

sometimes it is hard to accept the rejection.
but we have to move on.
to be a better person inside.
:)

Amiey White said... [reply]

wawawawawawa jeles hahaha

Fyqa said... [reply]

nice .






:)

Mrs Nurul said... [reply]

hargai kasih sayang dan saling memberi kasih sayang sementara masih hidup..

feyza said... [reply]

=)

Blog Eazy Izzuddin said... [reply]

pergh i like...
eh kau di blog ku.

azalia hjsalleh said... [reply]

seronoknya jika saling cinta & menyintai.
namun bukan mudah utk meluahkan rasa syg kerana takut dikecewakan lg

Suraya I. said... [reply]

tell farhanah ahmad, it's better to tell d truth drpd biarkan si lelaki terus mengharap.

Anonymous said... [reply]

**********

siap beralun plak rambut die.

Nveil said... [reply]

cool !

dayah said... [reply]

mata..pic org ni bergerak, best plak tgk, hana..orangnya memang cool orangnya..sapakah gerangannya encik psychopath pd hana ni eh..haha,

slmt berkenalan

Anonymous said... [reply]

hanya org sakit,
yang memahami hati lain yang sakit.
kan.

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

tak mahu lagi di sakiti..ianya amat perit..

huwawawwa....sob3...

Syaza Kelyza said... [reply]

wow ayat penuh puitis :)

intan.maisarah said... [reply]

sekeping hati di bawa berlari
jauh melalui jalan nan sepi.

:)

Far8 budak baik said... [reply]

pehhhh romantik jugakkk..
namun tidak passal cintaa..
ayat sastera habis...
hahahaha..
hati tak leh paksa kn...
haaaa..peh baru aku pasan..
pic tu bergerak..haha

fatian athiea said... [reply]

tertarik buka entry ni tengok2 ada orang jeling kat gua laaaa..hehhe


thanks introducing her..

aku plak yg thanks sgle bgai.heheh:)

nobody said... [reply]

cantik lah gadis gambar tu
mate die gerak2
rambut die alun2

cute ~
ehehhee :)

erm...rejection?
perit tapi bahagia amat
kerana lagi baik reject dari biar hati terus bertepuk sebelah kaki...

eh?

oshinz said... [reply]

bile empunya belog mau menulis kembali?!!

[sutera kasih] said... [reply]

benci dikecewakan tapi mengecewakan?

dilla.d said... [reply]

like dat gif!!!

Sarah and Faiz said... [reply]

best.

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath