Wednesday, July 20, 2011

Abah


Assalamualaikum




Karya asal: Syamimi Ibrahim
Suntingan : Encik Psychopath


Aku selalu merasakan Abah tidak serupa dengan yang lain. Beliau serius, tak tertawa mahupun senyum sekalipun apabila aku atau adik berjenaka. Berkelakuan pelik. Gemar menukar saluran televisyen tatkala aku, adik dan ibu sedang menonton drama Melayu. Beliau juga sering mengganggu aku ketika online, seolah Abah tidak suka dan sayang aku. Bermula seusia dua belas tahun, Abah acapkali baran apabila beliau mengetahui aku berlatih teater di sekolah. Beliau juga hanya menghulurkan sepuluh ringgit setiap kali melawat aku di kolej. Berhenti kerja dan membiarkan aku seorang diri menyara keluarga?


Terkadang aku terfikir, barangkali Abah pernah menyayangi aku apabila beliau membelikan kereta kecil supaya aku tidak lagi kesukaran berdiri sepanjang hari di dalam tren. Beliau pernah datang dari jauh semata menonton aku di pentas teater. Pernah juga beliau meminta supaya ibu menemankan aku dari sendirian. Dalam keterpaksaan, Abah mengizinkan aku berjimba bersama rakan-rakan walaupun beliau keseorangan di rumah. Yang paling terkesan, Abah tidak putus-putus mengingatkan aku tentang solat dan Quran. Dengan melemparkan senyuman sinis, Abah menolak hadiah jam tangan Tag Heuer pemberian aku sempena Hari Bapa seraya berkata;


"Doa anak yang soleh adalah hadiah terbaik untuk Abah"


"Ya Allah ya tuhanku. Ampunkanlah dosa kedua orang tuaku. Berkatilah kedua mereka itu. Sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka. Jauhilah mereka dari sebarang bahaya dan lindungilah mereka. Amin"


******


Syamimi Ibrahim, seorang gadis kecil yang mencintai seni penulisan, musik dan pementasan. Bergerak secara indie dalam kehidupan seharian dan mengabadikan karya di sesawang Signed, Sealed and Delivered. Penulis yang memenangi sebuah peraduan penulisan di blog ini suatu ketika dahulu dan seorang kawan yang bukan asing.



36 Komen Kencang:

blog-tips-kurus said... [reply]

Dato' Fadzilah Kamsah cakap, lepas solat subuh, kita kena sedekah Al-Fatihah kepada ibu bapa w/pon mereka masih hidup..

*Abah=cool tu... :-)

Elie Lily said... [reply]

anak yg baik! :)

AdilaKaman said... [reply]

yang tukar-tukar channel tu, memang setuju sangat! cuma abah saya, beliau taktukar channel. beliau tutup terus dan buka radio. T.T

Anonymous said... [reply]

tukar2 channel sama mcm abh :)

suka ayat tuh !

nur azlyn said... [reply]

saya pulak, hati sentiasa berasa marah terhadap ayah. bagaimana itu? susah :(

Daddylicious said... [reply]

hati kecil abah bukan mudah untuk kita baca...

nobody said... [reply]

sayu pulak tibe2 :(

*nak balik rumah*

Unknown said... [reply]

doa sy semoga doa dr seorang anak seperti awk xpenah putus terhadap beliau, Amin. :)

intanurulfateha said... [reply]

saya sayang abah saye ^_^

Puteri Iqa Izyan said... [reply]

sayang abah saya *smile*

ghost said... [reply]

terkesan dalam pemikiran bila menyentuh soal ayah...

faraherda.razalan said... [reply]

Syg ayah...

Err, pic profile baru kat fb tu. Tak nampak muka empunya diri dulu. Tapi nmpk kepala tali pinggang tu. Okeh.....

Syaza Kelyza said... [reply]

selalunya begitu . ayah memang sayangkan kita tapi selalu kita tak nampak pengorbanan beliau .

May Maisarah said... [reply]

Wahhh...pakcik, i love you!

Eh, silap,,, ayahhhhhh anakmu sayanggg kamu!

Qaseh Dalia said... [reply]

sedih .. same situation =(

Mehmed - said... [reply]

aku sudah lama hilang abah. mari berdoa lagi dan lagi.

Tiq said... [reply]

suka penulisan you.hebat !

Pembunuh Tanpa Bayang said... [reply]

ayah...
aku tidak ingat bila aku betul-betul rapat dengan ayah.dan aku juga tidak tahu mengapa aku agak renggang dengan ayah sekarang.

syahira ariff said... [reply]

pastu jadi macam mana dengan jam tangan tah heuer tu?
tak nak bgi kat aku ker?

Syamims B said... [reply]

Maaf kalian semua,tulisan ini adalah tulisannya Akmall Arief. Cuma ideanya adalah idea aku.Dan syahira ariff,jam itu sudah selamat dipakai Abah. Terima kasih ya.

cik ciput said... [reply]

abah aku pun, serius..beliau memang tak pandai menunjukkan kasih sayang melalui kata2(jarang sekali), tapi lebih kepada menzahirkannya melalui perbuatan..

Anonymous said... [reply]

ko buat aku rindu papa.

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

suka kata2 abah tu....

saya sayang abah saya....;_)

Blog Eazy Izzuddin said... [reply]

oh abah...
rindu pada papa..

Duniakuabstrak said... [reply]

sobss...jantan macho pun bleh goyang baca wei

kuyam said... [reply]

wah...terbaik gaya penulisan dia :)

oshinz said... [reply]

kasihsayang makbapak tak ternilai harganya. tak boleh diganti dengan siapa punya kasihsayang sekalipun..

aliza zeke said... [reply]

sayu jer bace.

Fyqa said... [reply]

bgus abah kmu.

mutiara said... [reply]

hu~

ak rindu parent ak!
both of them ,,

mutiara said... [reply]

hu~

ak rindu parent ak!
both of them ,,

Pyka Rahmat said... [reply]

saya sayang ayah saya.

enyheartsdiamond said... [reply]

papa eny pendiam, tp kdg2 suka wat lawak :')

♥ Chacha said... [reply]

saya sayang ayah saya...
doa dari anak yang soleh itu penting untuk ibu bapa.. sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia..

A retarded kitty said... [reply]

hati abah bukan akak pegang

*tetibe

[sutera kasih] said... [reply]

ayah kita hebat!!

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath