Assalamualaikum
Dia duduk berteleku di depan tangga sambil bertemankan limpahan malap-malap cahaya dan beralaskan konkrit yang dipenuhi tumbuhan menjalar dan lumut. Melangut menyaksikan langit yang kian menyinsingkan jingganya ke sebuah layar kegelapan dan dihiasi butir-butir bintang, dia berkatakan sesuatu kepada yang tidak kelihatan. Dengan memalatkan senyuman dan disertai nada herdikan seraya mempersoalkan.
Mengapa tuhan memaksikan segalanya dengan matahari sedangkan hati dan perasaan itu selalu berlanggar-langgar di dalam? Mengapa laju cahaya menandingi segala degup-degup nadi tetapi tidak satu cahaya pun menerangi kelam? Bagaimana lautan sentiasa bergelora sedangkan di dasarnya tidak ada peperangan? Apakah perlu menaikkan semangat untuk berketerusan sedangkan graviti sudah pasti menarik semuanya ke bawah?
Persoalan yang menyenggama seperti itu berpotensi memesongkan mana-mana kelajuan yang lurus. Dan dia terus mempersoalkan dalam sebuah pengisian penantian. Sebenarnya, penantian yang tenang adalah di balik pintu. Tersandar kekenyangan di perbaringan menanti pintu diketuk seperti kuatnya dentuman yang pernah mengejutkan. Berteleku di larian anak tangga dalam keadaan bersedia mampu mengusutkan pemikiran.
Seperti persoalan-persoalan tadi.
Mengapa tuhan memaksikan segalanya dengan matahari sedangkan hati dan perasaan itu selalu berlanggar-langgar di dalam? Mengapa laju cahaya menandingi segala degup-degup nadi tetapi tidak satu cahaya pun menerangi kelam? Bagaimana lautan sentiasa bergelora sedangkan di dasarnya tidak ada peperangan? Apakah perlu menaikkan semangat untuk berketerusan sedangkan graviti sudah pasti menarik semuanya ke bawah?
Persoalan yang menyenggama seperti itu berpotensi memesongkan mana-mana kelajuan yang lurus. Dan dia terus mempersoalkan dalam sebuah pengisian penantian. Sebenarnya, penantian yang tenang adalah di balik pintu. Tersandar kekenyangan di perbaringan menanti pintu diketuk seperti kuatnya dentuman yang pernah mengejutkan. Berteleku di larian anak tangga dalam keadaan bersedia mampu mengusutkan pemikiran.
Seperti persoalan-persoalan tadi.




48 Komen Kencang:
dh la jangan byk soal.
senyum~
usah difikirkan perkara yg sudah menjadi hakiki. itu kerja Tuhan.
usah soalkan benda yg infiniti. :)
abaikan p'soalan.
err
ye, nanti aku datang. lulz~ kbai.
Jika kita mempersoalkan akan kejadian Alam....ianya akan membuatkan kita buntuk kerana HANYA ALLAH tahu jawapannye sebab...Allah menjadikan Alam ini tanpa bantuan sesiapa... bila timbulnye persoalan itu... kembali kepada Allah itu Maha Besar....carila ketengan dengan menghampirinye InsyaAllah kegelapan itu akan kembali bersinar
terlampau banyak persoalan memang akan menyusahkan diri sendiri! :)
persoalan yang belum tiada jawapan pasti..
persoalan yg banyak akan menyerabutkan lagi fikiran. Usah persoalkan apa yang diaturkan oleh-Nya
senyum, tak perlu kata apa-apa.. =P
dah usaha jadi tawakal padaNya..
insyaAllah akan ada jawapan...
jgn pernah mempersoalkan kenapa begini kenapa begitu..
Cepat atau lambat sesuatu yg jadi dlm hidup kita, ingatlah Dia sedang mgaturnya dan yang terbaek utk kita..
cheer up oke...
oihh ak tak mmpu berfikir, perut sarat dgn mknan =D
nak tidur, jangan banyak fikir. nanti cepat tua. hehe!
terlalu persoalan, dan jawapannya hanya satu. teruskan menanti.
soalan yang kau dah tahu jawapannya.
byknya persoalanmu...yg tak tercapai dek akal..puitis ~
:), nak kad raya send alamat kat sini k. hajimesan_kawai@yahoo.com kalau sempat aku hantar eh.
aku tak faham ape cube dirungkai..keke..mungkin belum sampai level pemikir kental seperti ko..
nk doodle free jom laa ke blog aku
It's all fated. Just go with the flow.
fuhhhhhhh ayat begini bisa buat aku binggung mencari apa yg dicari
???? :))
gua suke ayat "bagaimana lautan sentasa bergelora sedangkan di dasarnya tiada peperangan"...pergh..penulisan lu makin best..gua suke
gua rasa sume yg terjadi ada jawapan..tp antara lu taw dgn xtaw, antara lu nk amik taw atau lu mmg xnk amik taw..
chill bro
i hv lots of questions too.
Persoalan bersenggama antara satu sama lain eh?
tu lahh kn...kita mmg akan
sentiasa bertanya tanya
tg ape yg berlaku disekeliling kita kn...nape berlaku begini..
mesti cari jawapan nyee kn
bertanya dan terus bertanya....
tak salah banyak bertanya asalkan kesemuanya terjawap..hehe
itu adalah rahsia Tuhan.
hurmm persoalan yang punyai jawapan tapi tidak tahu bagaimana ingin menerangkan ..
jangan kusutkan otak
no comment
setiap sesuatu perkara yang berlaku itu ada sebabnya :)
perenggan pertama tu betul2 kopipaste info gambar...kool...
jawapan itu ada banyak versinya, lain situasi lain jawapan
yaallah..indahnya bahasa. hati susah pun jadi senang.
haih
duduk berteleku..
persoalan yang menyenggama ~
hmmph...
**usap-usap dagu**
eh api dekat lampu tuh gerak gerak. =.="
entry yg mndlam
perghhh... ayat kau...
terbaek... ^^
kerja tuhan tidak boleh di persoalkan byk.takot terpesong.
tp hati manusia yg penuh persoalan sesama sendiri,perlu di isi dan di putuskan jawapannya
ak suka entri spesies ni
kadang2 kita harus menerima sesuatu ketentuan tanpa banyak soal...
termenungg..
banyak sangat fikir ni...
meh2 gi bazar ramadhan...
saya pun suka mempersoalkan perkara yg seakan-akan sama kadang-kadangnya :)
aku suke komen delarocha.usah pertikai benda yg sudah haiki.ianya kerja tuhan. ;)
memalatkan senyuman??
>.<
banyak persoalan tapi takut nak menghadapi jawapannya...
Post a Comment