Assalamualaikum
Sebuah huluran ditertibkan dengan sempurna dan disambut kemas gadis yang berkesudian ke atas pemberian yang tak seberapa itu. Matahari mencahayakan sinar yang menyilaukan bumi dan langit tersipu membirukan diri. Air tasik berdekatan bergelinang dan membunyikan melodi yang sedikit mengusik. Suasana riuh alam betul-betul memberuskan pipi mulus gadis dengan warna kemerahan yang paling lembut.
Ia sekadar serpihan-serpihan hati yang pelekatnya masih belum kering. Pernah berkecai bertaburan suatu masa dulu dan dikutip semula untuk dihadiahkan sekali lagi. Sifat ingin tahu gadis tentang isi kandungan pemberian tersebut bagai tsunami yang menghempas. Digoncang-goncangkannya untuk menggambarkan bunyi yang menghentak dinding kekotak tanpa membaca perkataan fragile yang tertera dibawahnya.
Ia sekadar serpihan-serpihan hati yang pelekatnya masih belum kering. Pernah berkecai bertaburan suatu masa dulu dan dikutip semula untuk dihadiahkan sekali lagi. Sifat ingin tahu gadis tentang isi kandungan pemberian tersebut bagai tsunami yang menghempas. Digoncang-goncangkannya untuk menggambarkan bunyi yang menghentak dinding kekotak tanpa membaca perkataan fragile yang tertera dibawahnya.
Setelah dibuka, gadis hampa dan kecewa dengan serpihan yang bertaburan di dalam kotak. Gadis tidak pernah tahu yang sewaktu diterimanya ia sebuah hati yang berbentuk keikhlasan. Dan tak semena mengheret langit mendung dan awam hitam lantas membalut sinar matahari. Air tasik berdekatan pula membeku dengan sifat dingin gadis. Sebenarnya ada perkara yang patut diserahkan kepada masa untuk sebuah kebenaran.




42 Komen Kencang:
1
Yahooooo pertamax! keh keh
hanya masa pengubat hati yang bercekai itu... kadang2 tidak terlalu berhati2 tanpa kita sedari sebenarnya kesederhanaan itu adalah yg terbaik.. :-p
"always curious"
:-)
mmg curious nak tahu maksud sebenar entri2 blog ni sbb kdg2 tak tercapai dek akal.hikhik.
si pemberi harus terlebih dahulu memberitahu si penerima.
"Girl, the content is delicately fragile. Please handle with extra care".
jangan salahkan dulu si gadis yang curious.
takkan lah excited sampai begitu sekali? -,-
yemal, gambar tu tak gerak gerak pon.
adakah gadis yang dimaksudkan itu yang semalam? :P
i am fragile.
k.
*sebak*
dulu, pnah rs gitu,,hancur berkecai~
kesilapan.
gadis itu silap dalam rasa terujanya.kesedarannya membuatkan dia lebih menghargai selepas itu.
Next episode pls!
terlebih keterujaan tersebut membuatkan si gadis terlupa akan apa yang sepatutnya beliau jangka.
sabarlahh yaa ^^
curiosity kill the cats.
tapi kita manusia.
memang selalu ingin tahu.
huh, tipisnya sabar insan.
ia akan jadi pengajaran berguna buat si gadis, terbukti dia seorang yang gopoh dalam curiousity yang dimainkannya.
hurmmm ... hati itu berkecai sekali lagi .. biaslah manusia takkan lepas dr sifat ingin tahu ..
takpela bro, kalau sudah jodoh pasti tak ke mana.. ape-ape pun kena bawa berbincang. kena banyak2 sabar.. =)
kerana curious yg terlampau akhirnya terjerat dri sndri. :(
kalau kau sudah ada nama dalam cetakkan mana-mana buku, khabarkan pada aku. ya?
lain kali jgn gelojoh wahai gadis
when the curiousity controlled herself.. ;)
waduh
gile kentang sedap bahasa you
rase strawberi
abstrak sungguh :)
eh jap. sory2.
ape pulak guna gile ni
sopan sikit bahasa tu :)
letak ape yep.
sangat sedap bace entry ni ^^
salah caturan kan?
superb!
sifat ingin tahu
keterujaan itu
memakan diri
jika tak dikawal
betullah
biarkan sahaja
masa itu menentukan segalanyanya
awak .
akmall, it's better to be straight to gadis. isn't it?
makin lame makin gempak la penulisan kau. dan makin lame aku makin blur.
>.<
gambar kau setiap entri bergerak. hebat hebat
errr...perasaan tak boleh abstract sebab ada org mmg spesis tak faham. hati batu.
untuk elakkan hati berkecai, clarify things. better.
inquiries lagi bagus daripada curiosity...
:)
x sabar si gadis itu.gambar2 kau mesti gerak2..suke aku tgk :)
Senyum satu saat.
aku selalu mempersoalkan keikhlasan jejaka yang ingin berkawan denganku. Iya, aku sedar aku tidak cantik, jelita apatah lagi. Lantas mengapa mereka mahu mendekatiku? Jadi ya, aku salah seorang gadis yang bisa selalu menghancurkan keikhlasan.
smgt girl tu nak tau..but tacing gk..hu
jangan lupa hadiah untuk aku october ni..pasti aku tak goncang hadiah tu..hehe
terlalu teruja hinggakan dia lupa untuk membelek dahulu kotak tersebut sebelum membuat perkiraan tentang isi didalamnya.....
terlalu teruja hinggakan dia lupa untuk membelek dahulu kotak tersebut sebelum membuat perkiraan tentang isi didalamnya.....
cuba tukar watak gadis itu kepada seorang jejaka, bagaimana?
cuba tukar watak gadis itu kepada seorang jejaka, bagaimana?
amboi..ayat kau kemain meletup
Post a Comment