Wednesday, December 29, 2010

Meet The Blogger


Assalamualaikum



Sukacita,

Dua puluh enam yang lepas, sebuah perkumpulan atau perkampungan sesama mereka yang dianjurkan Mel bertempat di Timesquare telah mengumpulkan kira-kira 54 ahli komuniti yang rata-rata dibarisi penulis-penulis steady. Ia di anggap berjaya tanpa cacat cela dan ketika itu bahagia milik mereka. Aktiviti utama sosial sihat dan erat saudara ini adalah bermain bowling. Disusuli dengan late-lunch, sesi bergambar dan bagi mereka yang masih ghairah dalam kerancakan itu, meneruskan peleseran ke pusat karoake untuk lepas geram. Aku gigih selama 12 jam. sepuluh pagi bertolak dan sepuluh malam mampir di rumah.

Bukan niat aku untuk menghadir diri dan menambah seri. Aku yang mungkin punyai sedikit masa untuk mereka, menyudi diri utk meneman dan diteman eykameow dan hanalovenest lalu beramah diri dengan cara tersendiri. Antara penglibatan mereka yang masih gagah selain yang disebut ialah Cheamster, Tia, Carl, Platipus, Aus Melankolik, Cikhel, Jojo dan lain-lain lagi yang gagal dikenalpasti. Juga yang kurang gagah hingga waktu puncak ialah Hudaluna, Ery Farieha, Bean Moreno, Pojiepooh, Daydeck dan lain-lain yang tak berkesempatan disebut penulis. Kelihatan juga kelibat Rina Salleh, gadis melayu kehormat undangan yang memanis pandangan.

Dukacita,

Mungkin ceritanya sama jika dibaca dari mereka. Pahit manis masam masin itulah rasanya dan kebanyakan mereka tidak beza. Untuk menghasilkan sesuatu penulisan sedikit berbeza, perspektif peribadi di cerminkan. Katakan, di dalam mana-mana institusi pun, antara keluarga, persahabatan, sepejabatan mahupun perhubungan, diakui duri itu ada, talam itu sentiasa dan sejati pegangan mereka. Aku merasa duri itu, aku melihat talam sesuatu, dan kesejatian itu kekal sebegitu. Ia teladan untuk dipertontonkan, bagaimana sesuatu yang dimulakan hingga kesimpulan sebuah pengakhiran.

Barangkali begini contohnya. Jika sebatang duri mencalar dengan cerita-cerita sebegitu, bangga mengakui perkaitan antara aku dengan seekor hantu, membubuh cerita-cerita yang bertahun basinya, gigih cara menjajanya, sedih menagih simpatinya dan busuk hati dari najisnya. Seterusnya meracuni mereka yang sejati dengan aku dan sahabat-sahabat sejati itu, jangan kata karma yang membalasnya malah pendengar itu sendiri mengulangi cerita sambil berdekah-dekah. Nyata, percubaan sebegitu memalit najis di dahi sendiri.

Rumusan cerita,

Terkadang aku kasihan, beliau membayar dengan harga mahal, sama harganya dengan erti sebuah dara untuk dihadiahkan. Itu contoh sebuah gambaran. Kisah yang tidak perlu diperjelas dan tidak diminta balas. Diam bukan penakut, kecoh bukan mencari pengikut, sebelum semput, belajar kunci mulut. Terima kasih bagi mereka yang berdiri sama tinggi dan bahu sesama bahu. Alhamdulillah, keharmonian kita semua ini masih tenteram, jaga-jaga dengan mereka yang mengancam.

Sunday, December 26, 2010

Sebulan Selepas Itu

Assalamualaikum



Begitulah sedikit pemanis bicara aku yang tak seberapa sebelum aku mula menaip setelah pulang dari perantauan. Dan aku tak perlu lah terlalu perasan dan berperasaan bahawa ada mereka yang bertanyakan kemana hilangnya penulis blog yang gila ini. Tak banyak yang perlu di perkatakan sebab aku semakin tak biasa menaip bahkan aku memang dari dulu hanya menulis sesuatu yang karut dan syok sendiri. Adakah aku bercakap sebagai seorang yang sudah matang? Dan kononnya ini percakapan matang yang mengkritik sifat childish masa lampau sendiri. Huahua.

Dan aku rindukan perisian ini. Tempat menulis dan meletak gambar, kemudiannya publish dan biarkan dibaca para pembaca yang terdiri dari pelbagai jenis tujuan pembacaannya. Ada yang 'membaca' sebab nuffnang, datang ke shoutbox dan cakap sudah mengklik nuffnang dan minta kunjung balas. Ternyata haram mereka ini kerana aku tidak memiliki tabung duit itu dan aku tidak mencari pendapatan sampingan sebegitu rupa. Ada yang terdiri dari sahabat, teman-teman sepertualangan. Bila bercakap tentang ini, nombor satu di fikiran aku hanyalah The Gorgeous. Oh, aku rindu sama perempuan-perempuan aku. Semoga kalian sihat-sihat selalu.

Akan tetapi saudara, air tidak selalunya tenang. Ada yang menyelongkar, mengupdate kapan waktu aku mengupdate blog dan mula berlaku sumbang terhadap cerita-cerita aku. Jelas disini aku bukan lah perasan kerana aku dapat lihat keghairahan seseorang pabila sesuatu yang baru ditulis disini, dan kesan selongkarannya tidak dihapuskan. Namun, golongan yang tidak cermat ini bukan suatu ancaman dan tidak perlu ditentang kerana sekurang-kurangnya, sebusuk nangka dan sekelumit tahi mereka pun hanyalah menambahkan trafik dan mengiklankan populariti aku. Terima kasih atas segalanya, dan aku serahkan sahaja semua dengan ketentuan-Nya.

Di atas kemunculan ini, juga terlintas difikiran, bagaimana aku perlu terus-terusan menulis sesuatu, supaya kunjungan-kunjungan insan-insan tertentu tidak menghampakan. Kekonsistenan bukan kemampuan aku, kerana hidup aku diluar ini sangat-sangat tak menentu. Bila mana aku busy, aku berkata yang aku free, sambil melayan-melayan sesuatu sehingga terlampau busy. Dan bila aku benar-benar free, aku berkata yang aku busy, sibuk menjalani sesuatu yang tidak perlu hingga waktu rehat aku hapus begitu. Nyata, kesempurnaan bukan milik aku. Jesteru, perubahan perlu diperlaku ke atas diri aku.

Kadang kala aku sedikit fobia. Tulis itu salah, tulis ini salah. Mungkin aku terlalu memikirkan hati dan perasaan yang kononnya terganggu. Seperti yang diberitahu, aku hanyalah insan perasan dan perasaan bodoh yang dilayan-layan. Aku sedar hak aku, aku tahu prinsip dan kemahuan aku. Tetapi aku hanyalah terlalu pengecut untuk melakukan sesuatu, kerna aku menjaga hati tertentu. Seburuk mana aku, sekeji kata mengganggu, sebusuk nama dihambur, aku masih memiliki kemuliaan ini, saudara. Menjaga sesuatu yang tak perlu aku jaga tetapi kerana tingginya nilai-nilai kemanusiaan aku, aku tetap melayan mereka ini seumpama saudara aku yang lain.

Bukan kepuasan menerangkan sesuatu yang dicari, tetapi sebuah idealogi yang sedikit sebanyak memotivasi. Berbalik kepada persoalan aku sebentar tadi. Bagaimana harus aku menjadi lebih konsisten untuk tidak menghampakan insan tertentu? Permasalahan aku adalah tiada idea dan terlalu berbatas. Selamat berfikir Encik Psychopath.


bersambung..

Tuesday, November 23, 2010

Boys Day Out


Assalamualaikum


Bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Seri Cahaya Alam seksyen 8, Shah Alam, 9 lelaki dan 1 wanita menyertai misi pengembaraan dan rata-rata dibarisi mereka-mereka yang melepak di kedai mamak setiap malam. Ini merupakan outing utk mengeluarkan peluh sambil menghirup udara segar, mendekatkan diri dengan makhluk Allah yang lain, menatap kehijauan hutan semula jadi yang dilindungi di tengah-tengah bandar.

Ia sebagai kestabilan kesihatan bg mereka yang hampir setiap malam, maksudnya, mmg comfirm setiap malam melepak di kedai mamak menonton bola dan boy's talk sambil diselubungi asap rokok dan air-air manis. Disertai oleh 1/3 ahli geng mamak dan selebihnya kira-kira 20 orang lagi tidak dapat menghadirkan diri kerana busy bekerja secara part time memandangkan masing-masing mengumpul duit utk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan ada juga utk kahwin.



Kami mmg sangat ramai, dan keluarga ini wujud dalam ikatan lebih daripada 10 tahun persahabatan. Ada juga yang mencecah 15 tahun perkenalan dengan aku. Ok di dalam taman pertanian ini terdapat taman haiwan yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis haiwan jinak, exotik dan liar. Tak perlu sebut setiap ekor. Juga terdapat taman tumbuhan yang di dalamnya terdapat lagi taman-taman yang lebih spesifik.

Aktiviti seperti ini suatu yang bertentangan dengan aku. Jadi, penghayatan terhadap perkara ini kurang dan aku hanya gemar bergurau dan menggangu haiwan didalamnya dengan batu-batu dan ranting. Di sini, terdapat rumah 4 musim yang terdiri dari musim salji, luruh, bunga dan panas. Bulan Disember ini hingga Februari tahun depan merupakan musim salji. Bagi sesiapa yang nak rasa salji, boleh singgah.



Dan kami hanya datang untuk bermain. Merosakkan harta awam tanpa rasa bersalah.



Serta busy bergambar. Tanpa segan dan silu.



Sesudah penat, pulang dan makan.


Sorry cerita tak habis. Rase malas nak taip panjang-panjang. Nak main game. Tata.



Friday, November 19, 2010

Mari Mentertawakan Kebenaran

Assalamualaikum


Pertamanya, ucapan terima kasih untuk setiap perjalinan persahabatan, setiap titisan perjuangan dan setiap pertelingkahan fahaman. Takziah bagi setiap yang kehilangan dan tahniah di setiap kejayaan. Tidak lupa juga kepada yang berasakan diri cukup sedia dengan pembalasan karma, sesungguhnya mulut tidak menjamin apa-apa dikala mentaliti masih di perkampungan.

Seribu pengajaran dalam memilih kawan, sejuta pengalaman dalam menghadap lawan, semesta kebencian dalam isu perkauman. Aku hanya penulis yang merumuskan apa yang tersirat. Bagi golongan pemikir, setiap baris adalah keramat, setiap perenggan satu muslihat dan setiap kalinya terasa berat. Anggap ia tiga tahun tanpa apa-apa, dan ia berakhir dalam setiap suka duka.

****

setahun sudah usia blog, bila dibelek entry lepas, rasa malu dan kelakar dengan setiap ketidak matangan dalam menulis. Dua puluh yang pertama telah didelete, demi maruah dan konsep penulis. kadang-kala, setiap yang digarap tidak disenangi, mengapa perlu dibaca berulang kali? ada yang bookmark blog picisan ini. kelakar sungguh orang begini. aku bukan mengikut berperasaan, cuma perasan sebaris link blog di history browser kawan.

Ribuan terima kasih untuk pembaca, sejuta kasih dan sayang bagi yang setia. di pengakhiran sebuah penghargaan, selamat hari raya aidil adha.


Friday, November 12, 2010

Life As We Know It


Assalamualaikum

Photobucket



Encik Psychopath bukan seorang pujangga. Pakar cinta apakan lagi. Hanya insan biasa yang menghargai setiap saat gelak ketawa dan menyambut tangisan di bahu setiap satunya. Dia cuma penghasil sebuah entry berunsurkan pandangan peribadi yang di setiap barisnya terselit mutiara kata yang bermotivasi.

Hadiahkan sahabat sebuah prihatin. Hadiahkan juga musuh sebuah kemaafan, hadiahkan ketua sebuah perkhidmatan, hadiahkan pasangan sebuah ketaatan dan hadiahkan kepada manusia-manusia sebuah kebebasan. Dedikasi untuk kakak, abang, dan adik-adik seperjuangan dalam ikatan persahabatan. Khas untuk Intan dan Hairi, Eykameow dan Buibui, Hana dan Basri, Syida dan Didi, Eny dan Khong serta kekasih yang dicintai.

Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walau diketuk sukar kembali ke bentuk asal. Ia sebuah liku perjalanan, permainan kehidupan dan sebuah kisah untuk diceritakan. Cinta akan datang dan pergi. Kedatangan di nanti dan pemergiannya dirindui. Persahabatan pula kekal sehingga mati, yang dituntut sekelumit kesetiaan, yang datang segenggam pengkhianatan.

Langit tidak selalunya cerah. Ia berlaku ke atas setiap kita-kita. Sepertinya yang diterangkan, sekencang mana ia dinafikan, seangkuh kata-kata ia di perlekehkan, ianya sesuatu yang pernah berlaku, akan berlaku, dan tunggu untuk diperlaku ke atas setiap yang hidup. Ada kisah di sebuah penghujung jalan, dua cabang jalan yang serupa diperlihatkan. Tetapi di pengakhiran setiap satu pilihannya merupakan takdir berbeza untuk dipertontonkan.

Jika anda yakin dengan pilihan anda, kejarlah ia dengan bersungguh-sungguh dengan seikhlas kemuliaan. Dan jika setiap usaha yang hanya diperanjingkan, mintak dijauhkan segala perasaan malah kenangan. Jadikan ia sebagai pengalaman, guru kepada kehidupan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan di dalam kehinaan.

Natijahnya, kehidupan ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia menguji iman secara rohani, menguji perasaan secara mentaliti dan menguji kesanggupan secara fizikal. Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada Allah s.w.t kekal abadi. Jadi, cintailah kehidupan dimana tujuan asal kita diciptakan.

Hidup umpama aiskrim, nikmati ia sebelum cair.

Wednesday, November 3, 2010

Wasabi


Assalamualaikum





Nampak ? Encik Psychopath sangat cool bila makan sushi dengan wasabi



Ape mende wasabi ni ?
  • Sejenis sayuran (akar) yang diproses dan juga makanan tradisi jepun yang biasanya dimakan dengan sushi. Kita kat Malaysia pekene budu, sambal belacan, kuah ikan bakar, cili potong and ect. Orang jepun macam Encik Psychopath makan sushi.
Sedap ke ?
  • Setengah orang tak suka. Tapi aku layan. Nak kate pedas, tak. Nak kate panas, ntah. Makan wasabi seolah-olah seperti sebuah perasaan yang sukar digambarkan. Eceh. Cuba tanye penagih dadah sedap ke isap dadah ? Ape yang dye jawab, itulah ape yang aku rase bile bedal wasabi ni.

Khasiat wasabi ?
  • Mencegah keracunan
  • Melindungi tubuh dari kanser
  • Zat aprodisiak bagi lelaki
  • Produk kecantikan pada wajah wanita

Mana tau ?
  • Google then jumpa ini

schedule post-sebelum exam.

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath