Friday, February 25, 2011

Aku Adalah Rain dan Kau Adalah Ozawa

Assalamualaikum

Bayangkan kau adalah Ozawa dan aku adalah Rain


Lelaki. Suatu jantina mudah dipandang rumit. Sebagai yang bermentalitikan sesuatu yang berhati-hati, cenderung melakukan sesuatu dengan kaedah. Gemar memanipulasikan minda. Hakikatnya, mereka terburu-buru, sabarnya tak menentu, barannya semacam hantu. Aku akui itu. Tapi mereka sangat mudah dijinak. Dengan kasih sayang seorang hawa, segalanya jadi enak. Guraunya kasar, mulutnya lucah. Namun, manusia tetap manusia. Jangan terlalu kecewa dengan kaumnya, kerana kemimpinan lelaki ini diketahui dunia. Ceritanya, Setiap wanita wajib memilikinya.


Wanita bermotivasi tinggi, matangnya menjarakkan seorang lelaki. Sering kucar kerana sayang, sayang lelaki lebih dari barang. Cerdik petahnya dan panjang akalnya. Dengan berhati kaca dan berjiwa kertas, mudah hancur dengan pantas. Lelaki jua yang membimbing kebodohan itu. Kental lelaki memujuk, keras lagi si hawa merajuk. Perempuan sentiasa cuai dalam mengingat, ajaibnya permainan hati itu diingat sehingga mati. Masing-masing ada ralatnya cuma cara kita menyedar dan memberi perspektif.


Bercerita tentang mulut. Aku sering mencaci maki kekecewaan. Menzahirkan kebencian dan melaungkan peperangan. Namun, hati ini masih menyayangi perempuan. Masih lagi memerlukan dan mencari perempuan. Hakikat besarnya, mengkagumi kecantikan perempuan. Biarkan saja lelaki begitu. Perempuan tahu semua itu tapi bodoh tak semena. Tersinggung setiap kata sampai terlupa lepas yang terkata. Menjaga perhubungan suatu kerumitan kononnya, menyalahkan ego seluas lautan katanya. Lelaki ada caranya, jinak dengan sebetulnya dan usah gusar hakikat seorang lelaki itu perempuan lemahnya.


Menulis untuk seorang perempuan.



Thursday, February 17, 2011

Coconut Shake dan Kehidupan

Assalamualaikum

Mungkin ada yang masih ingat penghujung tahun lepas, negara dikejutkan dengan gejala minuman rebusan air ketum di Terengganu. Minuman yang kononnya mampu 'memotong' darah tinggi dan beberapa penyakit lain. Namun, penyalahgunaan air ketum ini ditambahkan dengan ramuan tambahan bagi tujuan penagihan. Antaranya ialah ubat nyamuk. Hal ini membahayakan nyawa pengamal minuman daun ketum tersebut. Namun tidak kurang hebatnya di Melaka. Suatu minuman yang menghayalkan sekumpulan blogger yang di panggil Coconut Shake.

Coconut Shake

Sebuah minuman beralkohol beralkali yang diambil bagi tujuan kebosanan dan ia didakwa memberi kesan ketagihan berpanjangan. 'Barang' seperti ini mudah diperoleh di kaki jalan yang di rahsiakan di sekitar Melaka. Ianya murah dan tempat yang strategik berjaya mengaburi pihak berkuasa. Dengan harga RM2.00 segelas, dan RM2.50 bagi yang ingin menambahkan kesan ketagihan (aiskrim). Sebagai bukti, mangsa, seorang pelajar di istitut pengajian awam di Selangor telah terbawa-bawa minuman ini masuk ke dalam kancah facebook beliau. Masyaallah.

contoh gejala ketagihan yang merisaukan blogger


Itulah sedikit sebanyak perkara yang aku nak kongsi dekat korang. Okay kita teruskan kisah keseinambungan gathering blogger Melaka yang lepas. Selepas tamat gathering tersebut semua blogger bersurai. Mungkin ada yang masih ligat meneruskan aktiviti mereka dengan karaoke merujuk sumber beberapa blog. Dan bagi mereka yang tak reti nak balik rumah, Marina Beach adalah destinasi mereka. Aku tak brape pasni nama tempat ni sbb aku bukan orang Melaka. Dan bile aku tanye orang Melaka sendiri, diorang pun tak sure. Okay fine.



Mungkin ini antara gambar feveret Heidi. Gaya jalan ranggi beliau menuju ke pantai. Cik Aimi sangat teruja apabila Heidi membawa beliau ke pantai.


Program pertama di Marina Beach, aktiviti membaling kacang dan menyambut pakai mulut. Hairi, juara bowling gathering blogger Melaka juga seorang juara game kacang ni. Kata beliau "kacang je".



Heidi merupakan supplier kacang. Selain organizer yang berjaya, beliau juga giat berkecimpung dalam dunia kacang.



Sementara menunggu pemenang aktiviti menyambut kacang tersebut, Cik Aimi dan Cik Cimi sempat bermain 'tepuk amai-amai'




"Kenapa la lalink tak ikot kite pg pantai ni. Bosan i tau"
getus Aim sambil pekena Redbull tin yang di beli beliau.



Antara mereka yang kagum dengan aksi menangkap kacang oleh Hairi.



Mereka adalah ahli The Gorgeous. Terdiri daripada Eykameow, Eny dan Encik Psychopath



Dan yang hensem itulah ketuanya. Bersama perempuan simpanan beliau.




Di atas ni video permainan 'spelling bee' yang dipopularkan oleh eykameow. Game ni bertemakan benda bukan hidup. So kene bagi perkataaan yang bukan hidup. Tapi perkataan yang keluarnya 'Ikea', 'Ikano', 'Neraka', 'Telinga'. Agak-agak releven tak perkataan tu dengan benda yang bukan hidup? Perkataan 'Pundek' pun ade keluar. Damn betol sape yang sebut tu. Dan rules game ni sape yang kalah atau tak dapat bagi perkataan dengan tepat mengikut huruf, tak dapat balik. Stay dekat pantai tu sampai esok.


"Hai semua. Sayalah yang kalah. saya kene denda tak dapat balik tapi saya tak kesah sebab bf saya orang Melaka"


Dan kompilasi antara The Gorgeous, Beautiful Little Monster dan beberapa blogger yang tidak berdaftar di mana-mana pertubuhan telah membentuk sebuah lagi pakatan blogger. Mereka semua adalah Coconut Shaker. Begitulah di mana sejarah bermula. Sekian terima kasih.


Monday, February 14, 2011

Gathering Blogger Melaka

Assalamualaikum

Full members of Melaka Bloggers Gathering

12 haribulan lepas, ade dua blogger semasa, Intan dan Heidi arrange satu gathering dekat Melaka. Okay gathering ni bukan seperti gengblogger or sahabat blogger or ape-ape kelab famous. Tetapi hanya dua insan yang hidup bersama life blog masing-masing. Dan yang bestnye, gath yang kononnya secara mini dihadiri 60 blogger dalam list yang di register dan yang tak register aku tak pasti. Betapa ramainya dan paling ramai aku pernah pergi kot. Nampak disitu pengaruh besar blogger? Dan orang Melaka sporting. Tak tipu. Eh lupe, gathering ni berlangsung di Malaysia International Bowling Centre (MIBC).


Macam biase, mana-mana gathering blogger, mesti aku pergi dengan eykameow. Dan tiap kali aku pergi, mesti last minit sebelum event punye idea. Pukul 8 pagi, eyka pickup dekat rumah then Hairi pickup dekat batu tiga. Dua jam jugak sampai Melaka dan pickup Intan pulak dekat rumah. Kemudian breakfast dengan sorang lagi organizer, Hedi. Lepastu ambil banner. Kejap, gath blogger ade banner? Itu kita panggil komitmen. Banner bukan murah beb. Tapi lambang gath rasmi yang established. Aku pun tataw maksud tu main cakap je. Haha. Aktiviti rasmi gath ialah ice-breaking, bowling, lunch dan lucky draw.

Banner.


Baru market gantung banner depan bowling.


Ice-breaking tuu. Dah macam pergi camping. Ape yang kita dapat disitu berkenalan dan mengeratkan silaturrahim. Semua yang register dapat free lucky draw number. Itu pulak kite panggil penghargaan. Sebagai tanda penghargaan bagi mereka yang hadir. Sebagai guess gath tersebut, haruslah berterima kasih kepada organizer sbb memberi hadiah percuma tanpa mengeluarkan satu sen. Tema gath ni ialah biru dan pink. Eyka pagi-pagi call aku pakse pakai pink. Lastly, brape kerat je pakai pink. Sebagai seorang lelaki, aku tak patot pakai pink. Keberanian dalam memenuhi kehendak tema T___T.


Ice-breaking sebelah kiri.


Ice-breaking belah kanan.


Cimi comot a.k.a cimi comolot. Haha


Aku dengan Hairi semangat gile pakai pink. Tiada penyesalan.


45 orang main boling. Full house. Hairi menang point tertinggi.


Awek.


Ni time lunch dan lucky draw. Intan siap update blog tuu.


Eykameow bergosip dan 'tertangkap'. ish ish ish.


Moral of the gathering :

1) Komitmen : usaha organizer membuat banner dan menghargai lebih 60 blogger.
2) Mengeratkan silaturrahim : ice-breaking beb. Pecah dinding saudara.
3) Menghargai : Lucky draw untuk semua.
4) Keberanian: Ke negeri orang untuk menyokong gath dan keberanian mengikut tema.


Dan kenapa aku cakap orang melaka sporting di perenggan pertama? Sebab gathering ni aku hanye mengenali 5 orang sahaja dalam 60 lebih. Then, blogger semua rare. Aku tak pernah kenal mahupun bace blog diorang. Atau aku yang rare sebab update blog sebulan sekali. Okay yang rare sebenarnya aku. Tapi yang bestnya, semua masuk dan happy dalam sebuah komuniti. Dan aku rase semua happy. No grouping or hard feeling. Ade yang datang dari jauh. Kesimpulannya, gathering ni besttttttt ! Good job Intan dan Hedi.

bersambung..


p/s: aktiviti selepas gath akan di update kemudian.

Tuesday, February 1, 2011

Diari Seorang Peminat Bola

Assalamualaikum

Bola sepak dan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Majoriti, mereka yang obses dengan bola sepak akan sentiasa ada bola sepak dalam kehidupan sehariannya. Sebagai contoh, aku. Walaupun aku berkaki bangku, bangun pagi setiap hari disibukkan dengan membuka laman web bola sepak dan berita-berita keputusan. Tidak cukup dengan itu, aktiviti tengahari sehingga petang di isi dengan bermain game bola di komputer. Malam pula, sama ada duduk melepak di kedai mamak dan gosip-gosip bola, menonton perlawanan bolasepak dan bermain futsal dengan rakan seperjuangan. Jika berkesempatan, menonton pasukan kesayangan, Selangor di Stadium Shah Alam dengan hantu bola yang lain.

Tatkala merasakan diri ini terlalu taksub dan merisaukan, namun itulah realiti kebanyakan lelaki-lelaki semasa. Ia normal dalam diri lelaki, dunia yang menyerikan kehidupan majoritinya dan penuh kebosanan bagi segelintir kaum wanita. Perlawanan bola sepak ada asam garamnya, menang dan kalah itu adat, gembira dan kecewa masing-masing dapat dan keprofesionalan membuat kita makin erat. Sebagai peminat bolasepak, emosi kita kadang-kala melebihi pemain bolasepak itu sendiri. Pelik tapi benar, kita sendiri mengalami dan merasai debaran menonton dan secara tidak sedar, bermacam ragam yang tidak di sangka-sangka diperlihatkan.

Penulis ingin berkongsikan sedikit pengalaman tentang perkara yang tidak berapa serius ini ketika penulis menyaksikan perlawanan antara Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Seperti yang diketahui, Selangor kalah dan Kelantan menjulang piala. Disebelah penyokong Selangor, emosi kekalahan dicerminkan dengan carutan terhadap pemain sendiri. Akibat permainan buruk dipamerkan Selangor, sejujurnya saya sendiri mencarut dan memberi isyarat jari hantu terhadap pemain Selangor. Walhal selaku peminat pasukan yang membayar RM20 untuk menyokong pasukan sendiri. Pelik.

Disebelah Kelantan pula, seperti yang diramal balingan mercun dan objek-objek berbahaya menghujani padang. Kegembiraan meraikan kemenangan Kelantan seakan-akan rusuhan menuntut kemerdekaan. Tetapi benar. Itulah perkara pelik tapi benar yang cuba disampaikan penulis. Semuanya kerana emosi. Manusia dan emosi, itu hak peribadi. Hak sebagai manusia meluahkan emosi dengan cara tersendiri. Natijahnya, sebagai seorang dewasa, harus rasional dalam menetukan baik dan buruk. Dalam hal ini, penulis tiada niat dalam menjatuhkan mana-mana pihak dan diharap pandangan telus ini dipandang sebagai sebuah renungan.

Jesteru, sebagai masyarakat yang bertamadun, kita haruslah profesional terhadap institusi ini agar dapat menjaga keharmonian sejagat. Walaubagaimanapun inilah pahit manis kehidupan peminat bola sepak baik lelaki mahupun perempuan. Sebagai seorang aku, aku bahagia dengan komuniti sebegini dan akan terus hidup seiring dengan pembangunan karier masa depan.


Sekian.
yes we are :)

Tuesday, January 25, 2011

Rezeki Itu KetentuanNya

Assalamualaikum

desert

Apa itu rezeki?

Rezeki dari segi istilah ialah suatu yang datang tanpa duga dan jangka. Hadirnya sesuatu yang diharap dan penerimaanya sukar digarap. Mengukir senyuman setiap kita yang bertuah, dan kata-kata kesyukuran pula diungkap keluar. Bagi mereka yang tiada rezeki, keredhaan hati dibayangi emosi. Dengan wajah cuka dan tidak berseri, menerima ketentuan seperti hidup dan mati. Penulisan ini menerangkan pandangan peribadi erti sebuah rezeki dan salah harap dimaafi dan silap harap dibetuli.

Harus diingat rezeki itu bukan takdir kita, bukan ketentuan perbezaan kita, bukan nasib sesuatu yang menimpa. Kerana janjiNya kita semua sama-rata dan sesama manusia. Mengapa harus cemburu dengan insan yang lain? Sedangkan rezeki masing-masing dalam bentuk yang lain-lain. Perspektif kita memandang rezeki itu nasib yang tertulis. Tanpa disedari memperlekehkan keadilan Yang di atas dan mengguris.

Disebalik kisah sebuah rezeki, ada seorang pengembara dan seekor unta. mengembara sebuah lautan pasir, tersesat tepat dipaksikan matahari. Berlanskapkan permukaan pasir berombak dan tanpa jejak, garisan ufuk dunia antara langit dan dataran. Penat beliau berjalan. Mencari lopak air, bangkai dan reptilia ditemukan. Lalu beliau berdengus di dalam hati.

“kenapa aku ditakdirkan untuk berdiri di tempat sebegini, tiada setitis air dan tiada akhir..”

Beliau memandang untanya yang lesu berjalan beribu batu. Lalu beliau berfikir tentang ajalnya, mati kering di padang pasir bersama seekor unta, tidak berkubur dan tidak bernesan. Beliau pun menggali sebuah lubang dengan harapan menemui mata air, setiap inci yang digali, ribut pasir menimbus galian. Apa yang diusahakan hanya sia-sia. Beliau memandang langit, lalu mendoa kepada yang Esa.

“ya Allah, berikanlah aku setitis hujan di akhir sebuah kehidupan..”

lalu setitis air menitik tepat di atas dahinya. Beliau berfikir, jika aku meminta selautan air turun dari langit, nescaya Allah akan membanjiri padang pasir ini. Dan beliau pun berdoa selautan air turun dari langit. Tiada hasil. Beliau musykil dengan petunjuk ini. Lalu beliau terus menggali dan setiap ribut pasir yang menimbus, beliau tetap menggali sambil meminta dengan Allah supaya di temukan dengan air.

Setelah lama menggali, hujan lebat membasahi beliau dan unta. Dan apa perkaitannya dengan menggali padang pasir untuk menemukan air, tetapi hujan yang turun dari atas? Rezeki. Rezeki tidak bermakna nasib seseorang. Tetapi datang dengan ketentuanNya. Ia tidak datang dari dalam bumi tetapi dicurahkan dari atas dengan izinNya. Ia juga tidak datang dengan hanya meminta, tetapi usaha yang dikudratkan menampakkan hasilnya.

Kesimpulannya, rezeki itu ada dan ditetapkan di atas setiap kita-kita. Cepat atau lambat itu urusanNya. Setiap usaha dijanjikan kerana Allah itu maha pemurah. Maha itu sifatnya. Dia memberi dan kita menerima, meminta itu betul caranya tetapi tanpa usaha, kita boleh fikir apa perkaitannya. Ia juga ada dimana-mana. Diibaratkan pemberian yang tak terkata dan boleh ditarik dengan izinnya.

Jadi, bersyukur dengan apa yang ada.

Sunday, January 16, 2011

Shisha: Realiti Seorang Noob dan Doktor

Assalamualaikum

rasta

The Gorgeous and Friends – Rasta

Apa benda yang disedut sedap, dilepas puas?

Ok teka-teki ini ranggi dan bersahaja. Shisha jawapannya. Ini bukan blog melucah, tetapi sedikit trivia untuk rangsang pemikiran pembaca supaya produktif. Pertamanya, saya ingin mengingatkan pembaca bahawa entry kali ini sedikit boring dengan pengetahuan am dan fakta-fakta kesihatan. Bagi yang tidak menggemari shisha, anda digalakkan tidak membuang masa disini. Bagi yang ingin mempelajari apa fungsi dan kesannya terhadap kita-kita di bumi, inilah antara blog tepat untuk anda.

Ini adalah rakaman perbualan antara seorang yang noob terhadap shisha dan seorang doktor yang agak experience disitu.

Noob:

Apebende shisha ni doktor? Macam pergi je.

Doktor:

Takpayah nak pergi sangat la. Ok tengok gambar ni.

shisha

Selamba yaya doktor terangkan secara praktikal alat ini berfungsi, dengar baik-baik. Apabila kita menyedut hose atau paip shisha ini, akan keluarnya asap di mulut mahupun hidung. Di dalam mangkuk paling atas sekali, terisi tembakau berperasa. Ianya campuran sirap buah-buahan dengan tembakau yang diperam/dikeringkan dan terdiri dari perasa-perasa sedap seperti apple, pineapple, watermelon, orange dan coklat pun ada. Apetah lagi vanilla mahupun cocktail. Dan doktor punya favorite grape mint.

Dan di bahagian atas mangkuk tersebut tersalut kertas aluminium yang meletakkan arang malap diatasnya. Apabila kita menyedut paip berkenaan, nyalaan arang itu berlaku dan membakar tembakau berperisa tersebut dan menghasilkan aroma yang ummph dari tembakau tersebut dalam bentuk asap dan meluru ke dalam air melalui paip stim di dalamnya. Kemudian, asap-asap ditapis keluar dari dalam air dan membentuk wap dan asap-asap nipis . Penghisap shisha akan merasakan sesuatu perasaan nyaman buah-buahan di dalam kerongkong dan melepaskan asap yang berbau wangi dan menyenangkan. Emm.

Noob:

Sabar doktor. Doktor buat saya ghairah. Ape sejarah sisha ni sampai doktor hilang kawalan?

Doktor:

Ini bukan alat majika, tetapi sejenis hisap-hisap dari zaman purbakala yang sekarang tumbuh seperti cendawan di kedai-kedai tepi jalan bak kulat di atas roti. Maksudnya meluas dan mudah diperoleh. Ceritanya bermula di India, sekitar 1500-1600 tak silap doktor. Dan pengasasnya ialah Hakim Abdul Fath. Dan otai shisha ni membuat satu statement panas yang berbunyi begini;

“asap yang u’all sedut melalui shisha, is less dangerous than rokok mahupun curut. u feel me?”

Dan statement itu melekat di sanubari masyarakat kita bahawasanya shisha ni ringan-ringan dan takde hal kalau disajikan selepas makan malam bersama keluarga.

Noob:

So?

Doktor:

Statement itu tanpa bukti kukuh la noob. Alahai kau ni. Tak belajar matematik moden ke. Lets say, Abu hisap sebatang rokok. Sebatang rokok memerlukan purata 10 sedutan baru habis. Then Ali tibai shisha sebalang yang memerlukan 50-200 hembusan mengikut saiz. Ok, tak logik if Ali hisap shisha sebalang sorang-sorang. Paling sakai pun 4 orang satu round. Cuba bahagi 200 tu dengan 4 member Ali. Tak ke 50 sedutan dan disebabkan kandungan nikotin nipis di dalam asap shisha, sedut banyak mana pun tak puas. Dan bila terkumpul nikotin dalam badan, bersamaan:

50 sedutan shisha / 10 sedutan rokok = 5 batang rokok

Dan Ali serta 3 lagi rakannya menjalani sesi menghisap:

4 orang x 5 batang rokok = 20 batang sekali gus (sekotak)

Dalam mase kurang dari 1 jam maybe.

Noob:

Parah ni doktor. So tak boleh try la ni?

Doktor:

Apadehal. Nak hisap lantak kau la noob. Doktor pun hisap. Sekali sekala je pun dekat uptown. Time-time hujung minggu. Hidup je lagi.

Noob:

Ceit ! Nama je doktor, pandai ceramah tentang bahaya shisha.Terbakar shisha nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu.

Doktor:

Tenang sudah. Doktor ni doktor cinta je pun. Biar nyawa hilang, janji hati jiwang. Yeah !

*Disusuli lagu Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku*

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath