Assalamualaikum
goodtimesSedang ralit Rangga dibuai mimpi, beliau seakan tersentak dari lamunan ekoran desir-desir angin pantai yang memukul. Rangga perasan setitik air di mata sebelah kiri menitiskan air kejantanan, lalu dibiarkan. Rangga benar-benar nekad mahu dihanyutkan sekali lagi dengan kelaraan seperti hari-hari semalam.
Tentang cinta. Dahulunya sebuah perasaan yang dilambung-lambung, sentiasa rasa terbuai, selesa dalam dakapan suam. Kini menjadi igauan yang meracau minda, menyenggama setiap pelosok hati retak dan mengoyakkan kulit-kulit memori. Rangga sehabis upaya menulis sejuta puisi, membina figura jambatan hati, mencoret sesuatu yang manis-manis di dalam memori. Nyata sia-sia.
Bunga bukan lagi seorang pejuang. Beliau tewas dan tidak lagi menjadi seorang yang berani. Bunga dan Rangga pernah menjadi sepasukan dalam pakatan hati, berjuang untuk kekal hidup hingga mati. Mengimbau saat bersama, Rangga masih terbayang saat Bunga gigih dalam senyuman mempertahan, Rangga pula terus-terusan menyelindung di balik dinding keegoan. Lewat.
Terkadang, kita tidak terlihatkan perkara dihadapan mata. Sebuah rasa sayang yang seharusnya kita jaga, kita palitkan semua dengan kata-kata tidak adil, menyembunyikan hati perut untuk mempertimbangkan dan memberi sedikit muka. Jangan rasa terbunuh dalam keselesaan. Usahkan rasa terbodoh dalam melayan perasaan. Dalam perjuangan, teorinya tiada berpenghujung. Jika kita berjuang untuk mendapatkan, kita juga perlu bersedia mempertahankan.
Kata orang hidup ini hanya sepeluang untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita. Terkadang kelekaan itulah yang menerbitkan kehilangan selama-lamanya. Disaat kita kehilangan, barulah kita terasa berapa berkepentingan insan yang pernah berada disisi kita. Mereka sangat bermakna. Sekaligus menjadikan kita insan yang tersilap.

*****
Sebuah cerpen pendek dedikasi yang penuh di minda penulis yang terlalu kuat berfantasi. Pernah diterbitkan di sebuah diari seorang kawan.

45 Komen Kencang:
best!..
bilakah ku akan berjumpa dengan org tersayang..
*sapu mata*
perenggan last tu,, "kata orang.."..kata2 tu kadang buat aku angguk kepala lelaju, tp kadang buat aku semacam rasa takut pulak,,insan tersilapkah aku?
perengga akhir tu,
SETUJU SANGAT tapi SEDIH la. -.-
Rangga bila kalah dalam perjuangan itu, dia lari masuk hutan.
Betul, tak tipu!
benar hanya sepeluang cuma untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita? aku harap, bila tiba detik itu, saat itu, insan itu, akan aku pegang kuat-kuat supaya peluang yang satu itu tidak sia-sia..
huiii berkerut dahi den baco ni potang2 ...
puitis amat :)
lumrah manusia bila dah hilang baru terhegeh2 nk mencari =.=
kita selalu menjadi insan yang tersilap.
"Usahkan rasa terbodoh dalam melayan perasaan."
~usah terus terbunuh dalam keegoan..
its yesterday's entry ke?
macy harap macy akan bangun, untuk dpat menulis seperti sediakala.
''hidup ini hanya sepeluang untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita'' okay suka ayat ni.
XD
belajar lah untuk menghargai.
:)
kenapa ada rasa getar dalam hati takala menatap bait dari kata-kata ini.....
biasanya kalau orang tu dah pergi dari hidup kita baru kita sedar akan kehilangan seseorang tu.
tiada guna menyesal kemudian...
silap atau tidak , seusatu harus putus . keputusan harus buat .
itu sudah takdir.kena percaya.
kubacanya dengan nada melankolik...
sangat syahdu..
pergh.tak menahan ko punyer cerpen..naper ko tak hantar 1 cerpen ko kat penerbit..aku rase ko bleh wat duit bro.....hahahah:)
nanti samapi satu saat, aku lak mintak sain ko kat baju aku...hahahhaa
gua suke suke sukeeeeelaah ayat ni "Kata orang hidup ini hanya sepeluang untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita."
bila hilang sesuatu barulah nak sedar. kejadian tuhan.
dalam tempoh utk berjumpa yg sebenar pelbagai cabaran akan dihadapi . well mungkin akan berbaloi bila kahirnya kita bahagia kan ? :)
sedihhhnya kalau hilang org tersayang...
perit sesangat...xma khlgn lagi..nak hargai lah...;-)
sedihhhnya kalau hilang org tersayang...
perit sesangat...xma khlgn lagi..nak hargai lah...;-)
ko mmg ada bakat.ko kena tekun dan rajin.jgn contohi bla bla bla..hehehe..
kenapa eh sekarang, yina dah tak boleh berapa nak masuk bila baca puitis macam ni. rasa hilang satu nikmat dalam diri.
-.-'bukan tak paham tapi entah. :(
stuju dgn amna kadija.typical.heh~
selalunya kita memang tersilap.
ahh tersilap.
ehhh aku tak suka tau macamni. mula la nak pikir macam-macam. hang memanggggg
mcm puitis je baca, gambar gegerak tu kita suka tgk,
slmt berpuasa in advance :) yes kita dah abis ganti puasa la ;)
Adakah aku sudah berketemu sama Rangga?
kalau dah rasa syg,jgn la sia sia kan..tamak nk lain ke hape..peluang bukan banyak...
entry best...rangga,teringat citer indon tuuuu
oh rangga ku....*sobs*
sobs2 dan lap ayer mata laju2
hi encik psycho
puitis. hargai ia selagi masih ada
susunan dan penggunaan ayat terlalu indah.enak dibaca dengan intonasi yang dinikmati dari dalam jiwa...
wataknya juga rare..watak2 begini sangat ternikmat sama.
indah.
Kalau Bunga itu utk Rangga,
biar sejuta batu, ribuan halangan,
Bunga milik Rangga akhirnya.
Bila Bunga bukan untuk Rangga,
biar duduk sebelah bahu,
biar cinta bagai Laila Majnun,
... tahu kan? :)
hargai lah seseorang disaat kita susah mahupun senang .. bila ia telah melewati pasti susah untuk mengkaunya lagi =)
Kita nak dia tak nak pulak.
ayat mcam bace buku novel je..
huh..tu ar..mula2 sayang kn..
pastu lama sgt..rasa mcm dah basi..
pastu mula lah ditinggal kn..
pas dy pergi..baru rasa kehilangan
kn...baru rasa nk patah balik..
cewahhh hahahaha
ohhh~
sy terkagum sekejap.
rase macam baru lepas bace buku sastera. :)
i feel like reading my 'own' story.
cerpen yg agak baik juga imaginasinya..
hati saya bagai berkata-kata sama.. seiring plot cerpen ni.. huhuhuh..
bila depan mata tak reti nak menghargai .
bila dah tiada ? padan muka .
1st time jejak mata kat sini tibe2 tertarik pada gambar2 yang bergerak2. cunnn ooooo ajarlah hehe
Post a Comment