Friday, July 29, 2011

Palat

Assalamualaikum





Pagi yang menyenangkan. Kicauan burung menjadi latar suara memecah sunyi. Senyuman sedikit terukir. Diselongkarnya peti surat untuk mencari surat tawaran kerja yang pernah dimohon ketika berkunjung di Job Fair dahulu. Hampa. Tiada satu kerja pun yang sangkut.


Tengahari yang terik terus membakar kulit dan air-air keringat mengalir keluar membasahi badan untuk menyejukkan. Ketika setiap lontaran joran yang dihalakan jauh ke tengah kolam itu dilepaskan dengan umpanan terbaik hasil bancuhan. Namun tiada seekor ikan pun yang sangkut.


Malam yang penuh warna kerdipan cahaya sebuah pesta, di bawah sebuah khemah hiburan. Berpuluh ringgit dihabiskan untuk sebuah permainan menyangkutkan gegelung ke sebatang rod besi. Setiap gelung dibaling satu persatu dengan tekun. Namun tiada segelung pun yang sangkut.


Senyuman malas-malas dilemparkan. Komputer riba dihidupkan dan jalur lebar tersambung secara automatik. Laman web kemasukan ijazah sarjana muda sudah sudah menghebahkan keputusan dan mula semak. Senyuman yang malas itu langsung menjadi kelat. Tiada satu pun Universiti yang sangkut.


Ketika satu persatu kegagalan datang secara berturutan, aku mula merasakan hidup aku semakin palat.

15 Julai 2011

****


Sebuah nota di dalam longgokan Notepad yang hampir setiap hari aku hamburkan kata-kata berbentuk pujian, kesyukuran, makian, herdikan terhadap tuhan, baris-baris mempersoalkan tentang kehidupan dan sebagainya. Dan aku tahu, pada saat itu, aku menjadi manusia paling patah semangat. Mujur aku memiliki kawan yang memapah aku disebelah kanan dan seorang lagi menggenggam tapak tangan kiri aku sambil membisikkan definisi rezeki dari perspektif tuhan.

33 Komen Kencang:

faraherda.razalan said... [reply]

Patah semangat?
Jgn marah pada Tuhan ye?

Sabar!

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said... [reply]

bro, DIA da ada perancangan yg lbh baik utk lu...

kamon la...jgn patah smgt..gua pun pnh alami saat ni dl..

cik helena said... [reply]

aku suka komen xtionkamen :)

Allah dah rencana baik hidup kite..

Anonymous said... [reply]

mungkin ada sesuatu yang lebih baik tuhan rancangkan.
jangan mengalah.
:)

nobody said... [reply]

owh my dear :)

Allah loves u so much ^^
dun worry ...

meh bace kisah ni...
kawan saye share ngan saye :)
saye share ngan awak pulak
sharing tu kan ... ehem uhuk :p

*** ini link nye :

http://dakwah.info/bekal-dakwah/rahmat-atau-musibah/


selamat maju jaya bro :)

owh yep... isi SPA sekali :

http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

dan paling best --> tapi dah terlepas...tapi buleh cobe tahun depan ke...

u engineer based kan?

bulih keroje sambil belajar

amik kat sini : UTM punye

http://www.utmspace.edu.my/portal/Permohonan/PermohonanMain.aspx?contain=iklan

duit dapat + ijazah dapat :)
habis belajar --> dapat isteri pulak ...

ehheheeheee


p/s: sukati saye jew kasi cadangan itu ini :) hehehe...

well we are friends >"_~<

Era said... [reply]

Takpe, rezeki tu ada kat mana2.. Sabar tau..:)

Anonymous said... [reply]

like they said.

God has better plan for you.
calm down :)

sume org penah alami perasaan and situasi ceni .

chill .. for now

eat something sweet.

Anonymous said... [reply]

kat mana2 pon ada rezeki , jgn salahkan Allah :)

insyaALLAH nti ada lah tuh rezeki :) doa bnyak2..

Duniakuabstrak said... [reply]

'patah semangat' tu aku dah tibai...tak berani dia muncul depan aku lagi

Unknown said... [reply]

mungkin Dia ade plan yg lebih baik, siapa tahu kan?

rezeki ade di mana2. hanya perlu bersabar dan sabar itu sgt indah. :)

puteri ain said... [reply]

dont give up . percayalah setiap kejatuhan pasti ada kemenangan nnti :)

intan.maisarah said... [reply]

punya notepad?

hihi

sama.


menulis setiap apa yang terbit dalam hati di situ

Syida Shu said... [reply]

Senyum Akmall. Cepat pasangkan topeng gembira!

Botak said... [reply]

dulu² je patah semangat.,
skrg tak lagi..

Mutiara Bernilai said... [reply]

He PROMISE that He alwiz be there for you,, and He never leave you alone,,


kerna hanya DIA, sebaik2 pemegang janji,,

catherine- said... [reply]

chaiyokkkkkk28!!!!

enyheartsdiamond said... [reply]

akmall, ini kisah kamu atau karya agung semata2? apa-apa pun, jgn menyerah dalam kehidupan <3

feyza said... [reply]

palat.?

jgn sedih rezeki ada di mana mana

allah dh tetapkannya, ada hikmat di sebalik semua tu

*itu ungakapan slu aku dgr dari kwan aku
jadi aku mau tulis itu kat kau juga..=D

kawan~

cik ciput said... [reply]

ayuh bangun phsych!kau kuat bukan?aku tahu kau bukan jenis yang mudah patah semangat..walau apa pun, hidup mesti diteruskan. =)

Rtp Farra Arisha said... [reply]

biarpun kita terus mendapat kegagalan, namun jangan pernah kita berputus asa kerna kegagalan itulah yg menjadi dorongan dan inspirasi buat kita. bersemangat terus ok! ;)

Qaseh Dalia said... [reply]

kadang2 rasa putus asa bercampur dengan emosi melepaskan amarah .. sedangkan waktu ini kita berdepan dengan ujian .. gagal sekali tidak bermakna gagal selama2nya selagi usaha ada .. bangun dan melangkah brsama kawan yg sering memapah

hanaahmad said... [reply]

belum sampai rezeki kamu. bersabarlah sayang. jangan terlalu sayang dengan putus asa tu. binasakan diri sahaja.

oshinz said... [reply]

jangan putus asa. kite pun tengah mencari kerja. sabar eh!! InsyaAllah.. pasti ada rezeki tu. cuba mohon yang lain pula. =)

Anonymous said... [reply]

Ketika satu persatu kegagalan datang secara berturutan, aku mula merasakan hidup aku semakin palat.

-im wearing this shoes now.

:(



-elina-

diba said... [reply]

keep pray..

Pyka Rahmat said... [reply]

salam Ramadhan :)

Anonymous said... [reply]

en physcho....

semoge tabah menghadapi semue itu. mungkin belom mase nye...

merahitujambu said... [reply]

salam ramadhan..buka apa rini?

Syaza Kelyza said... [reply]

jangan mudah putus asa . rebut peluang jika terbuka . dan ingat la kat mana2 pun kita boleh berjaya :)

lavender harum wangi said... [reply]

lulz, ada yang lebih gagal dari kau punya gagal #rujukpadadirisendiri

roq said... [reply]

chilll :)

selamat berpose....singgah2 la sni ye :)

Pembunuh Tanpa Bayang said... [reply]

ya,di saat hidup di rasakan seperti sudah sampai ke penghujungnya,lalu aku memilih untuk menamatkan kisah ini dengan 1 pilihan yang mustahil.....

Klara Naimm, said... [reply]

Tak semua benda yang kita nak, kita dapat. Sometimes God doesnt give what we want. He will give what we need. Sabar ok. Setiap yang berlaku ada sebabnya :)

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath