Thursday, August 4, 2011

Nikmat Ramadhan


Assalamualaikum




Aku sekadar menghabiskan baki-baki hari siang dengan menyedia dan memasak makanan untuk orang tidak berpuasa seperti orang bukan Islam mahupun orang Islam sendiri. Melewati waktu berbuka sehinggalah orang mula reda dalam kekenyangan, saat itulah aku bersama yang lain mula untuk menjamah sedikit juadah berbuka sebelum sambung berkhidmat untuk pelanggan semula. Sedang orang lain teruja berkunjung ke bazaar Ramadhan untuk menjamah mata dan membasahkan bibir dengan himpunan koleksi makanan, menanti detik berbuka puasa disisi keluarga, teman dan kesayangan dan menikmati juadah dengan selesa, aku tidak. Ini bukan suatu kenikmatan bulan Ramadhan yang aku peroleh tahun ini.


Itu bukan kerisauan bagi aku, kerana aku masih lagi memiliki sisa-sisa hidup untuk mengecapi nikmat dunia lain. Apa yang membahagiakan ialah melihat rakan-rakan seperjuangan aku ikhlas dengan tanggungjawab ini disulami gurauan mesra yang jarang-jarang serta senyuman yang terukir dibibir mereka disebalik penat dan keringat. Sebuah memori dan pengalaman yang menikmatkan. Semuanya ke arah satu misi iaitu melihat pelanggan puas kekenyangan. Dedikasi untuk semua rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor pembuatan makanan dan servis, pekerja-pekerja sendirian, dan yang lain-lain. Selamat bertugas dan menjalankan ibadah.


Terima kasih kerana mengindahkan hari-hari Ramadhan mereka.




42 Komen Kencang:

AdilaKaman said... [reply]

yang bagi servis ni, mesti depa bukak puasa ala kadar ja kan? huuu..

SELAMAT BERPUASA. :)

intan.maisarah said... [reply]

:)

kadng kdng ada yang di bidang ini
sudah kenyang dek bau makanan yang di hadap :)

salam ramadhan

No name said... [reply]

standard lar wei, kdg.. time nak bukak posa lar.. manusia ramai kemain masuk nak makan, termasuk bukan islam. Tue semua dugaan, dan pengalaman puasa yang best. Aku dah tak dapat pengalaman tu dah .. huhuhu..

faraherda.razalan said... [reply]

Baiklah! Sungguh dedikasi. Selamat berpuasa!

oshinz said... [reply]

selamat berjuang untuk hari ramadhan yang seterusnya!!! hehehe..

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said... [reply]

lu mniaga kt bazar rmdhn ke??bazar kt mana bro...gua nk singgah sana

Qaseh Dalia said... [reply]

owh berkhidmat dalam bidang ni .. selamat berpuasa bro

Unknown said... [reply]

selamat berjuang utk hari seterusnya

dengan nama Allah semoga berjaya semuanya.

salam Ramadhan. :)

cik ciput said... [reply]

kerja kita lebih kurang sama phsych..bezanya, kau berdepan dengan pelanggan, aku pula di belakang tabir sahaja..

namun kata-kata kau aku setuju, melihat kepuasan pelanggan adalah satu nikmat yang tidak ternilai..ditambah pula dengan rakan-rakan yang sama berjuang, sungguh aku selesa dengan keadaan sekarang.. =)

*selamat berpuasa dan bekerja =)

May Maisarah said... [reply]

Selamat berpuasa tuan belog! =))

LynnAiza said... [reply]

selamat bpuasaaa. ;)

Syaza Kelyza said... [reply]

kerja elok2 okay ^^ selamat berpuasa :)

Suraya I. said... [reply]

dugaan kan kje in that industry tym puasa?
be strong ok!

slmt berpuasa btw!

syafiqa said... [reply]

seronok berpuasa di rumah tahun ni
tidak seperti sebelumnya di asrama
dan wad wad.ah,bazaar shah alam
semua dah pergi.haha

selamat menjalani ibadat di bulan
ramadhan ;)

hanaahmad said... [reply]

pengalaman tu. sekurang2nya kau masih punya teman di keliling bukan. yang pasti, tetap merasi iftar. selamat berpuasa!

Mutiara Bernilai said... [reply]

yang nyata,
kamu masih beriftar bersama teman,
bukan sendirian,


selamat berpuasa akmal

catherine- said... [reply]

selamat berpuasa encik psychopath

kerja juga ibadat kan? senyum laa~

Anonymous said... [reply]

oww sadis je bunyi.

=.=

lavender harum wangi said... [reply]

terima kasih.

ghost said... [reply]

kamu memikirkan nikmat kamu di tempat lain,sedang kamu tidak sedar nikmat berada paling dekat dengan kamu sebenarnya.

merahitujambu said... [reply]

alahmdulilah..td buka apa?salam ramadhan

Klara Naimm, said... [reply]

aku kerja keluar pukul 7.20 untuk berbuka. taksempat beli makanan dah dengar azan kat mesjid.

ENCIK TIKUS said... [reply]

tanpa bazaar ramadhan siapalah gua...

puteri ain said... [reply]

selamat bekerja . dan selamat berpuasa :)

Unknown said... [reply]

teringat waktu kecil2. rezeki juga nikmat bukan? :)

feyza said... [reply]

kadang kala setiap ramadan mempunyai pengalam y brbeza

so chill ya

salam ramadan dari aku =D

Aleen Aiden said... [reply]

kau betabahla ye.agaga~

Pembunuh Tanpa Bayang said... [reply]

kau kerja?
aku fikir kau belajar.
ah,mungkin aku sendiri yang keliru.




maaf.

ILA HonEyBuNNy said... [reply]

xpa...

beribadat jugak tu sebab sediakan juadah untuk berbuka...

selamat bekerja dan terus bekerja dengan ikhlas ya...;-)

♥ Chacha said... [reply]

kerja itu satu ibadah...
malah berganda2 ibadah kerana memberi orang lain makan ketika dibulan ramadhan...

ikhlaskan hati, insyaAllah byk ganjarannya..

hey i love your word.. your quote..
continously write this..
motivated lol... ~

♥ Chacha said... [reply]
This comment has been removed by the author.
♥ Chacha said... [reply]
This comment has been removed by the author.
Far8 budak baik said... [reply]

nnti dah berbuka ngan famili
mesti lagi feel..haha
perghh ayat..aku bace..
aku pun terikut ala2 sastera..
kawan ar paling penting ketika kita sdg bljr..mcm2 karenah..
tapi memori tu akan diingat.
cewahh hahaha

[sutera kasih] said... [reply]

terima kasih kerana mengindahkan hari-hari Ramadhan kami ~

@amabanzai said... [reply]

selamat berpuasa :)

syasyah_biscuits said... [reply]

salaam ramadhan en psycho

- elina - said... [reply]

selamat berpuasa tuan blog!

ika said... [reply]

semua manusia ada nikmat tersendiri .

sedarlah manusia .

Umie Nadhirah said... [reply]

indahnye ^_^

Duniakuabstrak said... [reply]

maintain servis terbaik dari ladang

Syida Shu said... [reply]

Akmall, jangan masuk fries dalam mulut. Selamat berpuasa !

Indrawanie said... [reply]

kerja kat mana ?:)

 

Direkabentuk Khas untuk Encik Psychopath