Assalamualaikum
Selamat ulangtahun percintaan. Mungkin tidak lagi releven untuk mengatakan apa-apa tentang masa lampau tetapi sekelumit rasa sayang yang disimpan jauh di dalam hati dan secebis memori yang tertanam mati ini tetap wujud di dalam sanubari ini hinggalah tiba masanya untuk dibuang selepas segala henyakan, renyukan dan ludah-ludah yang ditumpahkan ke atas tali yang mengikat rasa kasih dan sayang.
Melepaskan seseorang yang meronta untuk dilepaskan dengan perasaan yang berat dan langsung tidak ikhlas merupakan pengorbanan paling serik pernah dilakukan. Dibandingkan dengan bekas kekasih perkara paling babi pernah menyinggungkan. Dan perkara yang tidak-tidak pernah diperlakukan terus diperlakukan dan kesilapan sesuatu keputusan terus menjadi kesilapan.
Kefahaman seiring dalam sesuatu pencarian dan mendoakan kebahagiaan tetap saling membekalkan. Berpegang dengan kata-kata akan terus diprinsipkan sambil menyemat tangan kiri di dada kanan tanda ikrar apa yang dijanjikan dahulu tetap suatu pegangan. Menjadi seorang yang tidak berpaling takkan memuaskan dan berdiam diri dari sengketa menjadi perkara yang memudaratkan. Ironi bukan?
Proses pembelajaran begini menyakitkan tetapi sangat mengajar dan terkesan.
Melepaskan seseorang yang meronta untuk dilepaskan dengan perasaan yang berat dan langsung tidak ikhlas merupakan pengorbanan paling serik pernah dilakukan. Dibandingkan dengan bekas kekasih perkara paling babi pernah menyinggungkan. Dan perkara yang tidak-tidak pernah diperlakukan terus diperlakukan dan kesilapan sesuatu keputusan terus menjadi kesilapan.
Kefahaman seiring dalam sesuatu pencarian dan mendoakan kebahagiaan tetap saling membekalkan. Berpegang dengan kata-kata akan terus diprinsipkan sambil menyemat tangan kiri di dada kanan tanda ikrar apa yang dijanjikan dahulu tetap suatu pegangan. Menjadi seorang yang tidak berpaling takkan memuaskan dan berdiam diri dari sengketa menjadi perkara yang memudaratkan. Ironi bukan?
Proses pembelajaran begini menyakitkan tetapi sangat mengajar dan terkesan.




46 Komen Kencang:
belajar sampai negera china..haha
weeeeeeeee.. =D
Aku makin suka gaya penulisan kau.
sangat menyakitkan tapi mematangkan diri
bunge bukan sekuntum..bnyk lg bunge...cbe ko carik elok2..hehe..
ingatkan anniversary apa...frust sekejap.. heheh
betul la.. bunga bukan sekuntum... jgn sedey3.. erk???
belajar dari kisah lalu
play lagu selamat ulang tahun sayang. #tetiba
buka muka surat baru. mungkin bahagia yg ditemui pada lembaran yang baru nanti. :)
yemal, jangan sedih sedih, frust frust dah pliss pliss!
:)
nanti bercinta selepas kawen baru best!
Life must go on....fightinggg!!!!!!!!!
ape sedih2 nii. takbest ah camtu :D
simpan saja segala cerita buat kenangan,
untuk mematangkan diri agar dapat memandang ke hadapan.
sakit, tapi yakinlah ia satu hal yang cukup bermakna buat kamu untuk lebih berhati-hati perihal hati. ulang tahun tetap akan berulang, bedanya rasa yang semakin kusam.
melepas kan bukan bererti membiarkan
pergi buat selamanya.ada kalanya ia
hanyalah untuk menyesuaikan keadaan.
perkata yang menyakitkan akan terbuku
hingga bila pun.walaupun perit ttp d
ingatan.
aku doa jodoh kau ada.
sentiasa percaya selalu ada yg terbaik dari yg terbaik...:)
you'll be fine.
many more anniversaries to come.
have faith?
have faith!
lu superb!
cantik lu susun aksara.
wa adore(:
keep it up!
wa suka leisure.lepak2 sini.
hehe.
btw, tabah la(:
life is always a journey... the challenge we face will always be our teacher... :)
all d best!
love means letting go.. sometimes :')
b good, b happy, b strong
takpe akmall, i dont really know u, but i know that u are strong.
chill bebeh! =)
Mmmm......udah le mengenang yg lama.
la tahzan #klise
memang sangat menyakitkan ..makan tahun
memang sangat menyakitkan ..makan tahun
belajar sesuatu tentang kehidupan lebih seksa dari menyelesaikan kira-kira radioactive decay.
biarlah kesakitan hari lepas jadi pengajaran utk hari ini.. agar menjadi manusia yg lebih baik..
kita yg baik bukanlah utk mereka yg tidak tahu menghargai..
assalamualaikum
saya tataw apa yang awak cuba sampaikan. sy datang balek , awak yang tanak . saya pon tak paham. memang susah nak paham. mungkin awak da ada orang laen. saya tak sedeh and saya happy untuk awak. mcm yang saya cakp dulu2, apa pun yang terjadi , saya memang mendoakan awak. kebahagiaan awak , kejayaan awak. semuanya. saya tak bodoh nak lepaskan awak macam tue sebab awak lelaki yang paling setia penah saya kenal. tapi kita penah buad silap, n kesilapan tue menghantui saya smpai sekarang . bulan baek, hari baek ni , saya memang tade niat nak benci benci awak. and saya takde pun maki2 awak. cuba ingat balek apa yang terjadi sebelum ni, and cuba perbaiki kesilapan itu. dats all .
HAPPY ANNIVERSARY
jgn sedih2 oke ^^
chill..
pembelajarn mmg sgn menyakitkan... tapi mematangkan... ^^
tidak apa. ia kan mengajar kita supaya mnjadi lebih matang :)
belajar.
kau #foreveralone...
lagi 2 tahun kau kawen... jgn lupa jemput aku taw..
rasa sakit tuh dah basi. nak cari penganti pulak ;)
BELAJAR SELAGI BOLEH BELAJAR
semua tu asam garam hidup psych..kalau kau pernah gagal bercinta, jadikan kesilapan dlu satu pengajaran..pastikan kau takkan ulang kesilapan yg sama bila bercinta lgi..semoga kau ketemu cinta baru.. =)
mungkin kita akan rasa sakit hari ini . tapi percayalah esok lusa ianya akan bertukar kepada memori indah yang sememangnya realiti.
jangan sedih2 okay :)
xde jodoh la tu..
kes lu lbh kurg je mcm kes gua...jalan cerita je lain..gua rasa la..
ada perkara yg kita x suka..tp ia baik bg Allah..dan ada perkara yg kita suka, tp ia x baik bg Allah..
mgkin die bukan yg terbaik utk lu, sbb tu ditakdirkan lu xde jodoh dgn die..walaupun lu xsuke..
bunga bukan sekuntum..mmg xmudah..tp xsusah...
buka la buku baru
sabar la...Allah tahu yg terbaik...;-)
"sakit" bukan bermkna kita lemah..tapi "sakit" tu la mematangkan kita...;-)
tu lahh kan..kesilapan akan diterus kn..sampai lahh x silap kn..
hahahaha..
aku mmg bukan dak sastera..
hak hak hakk
pengalaman lepas mengajar diri ini erti hidup sebenar...
tp jgn sesekali melepaskan 'ikan' yg betul2 memberi makna dlm hidup..jgn sampai menyesal melepaskannya..sekali tersangkut di kail, tak bermakna akan tersangkut utk kali kedua..
semat doh gambar tu
wah! semakin bagus peulisan dan susunan ayatnye! syabas. boleh singgah selalu kalau macam gini
Post a Comment