Assalamualaikum
Titis-titis hujan yang terus membasahi lewat minggu betul-betul mengganggu pergerakan malam. Dingin malam terus-terusan membeku dan ketika itu lapisan nipis yang membaluti badan tidak lagi menghangatkan. Duduk tersimpuh di tepi kaki lima deretan bangunan sangat menikmatan dek percikan embun yang menyenggama setiap inci kulit yang terdedah, dikelilingi lembap udara dan bau hamis dinding-dinding konkrit yang dibasahi. Tetapi bukan nikmat sekiranya berdiri keras kelesuan di tengah-tengah limpahan rahmat.
Menyalahkan hujan sesuatu yang tidak adil. Boleh saja berlari kecil mencari perlindungan di kedai serbaguna yang dibuka sepanjang hari atau berteduh di balik bumbung pepisang koridor berdekatan. Mungkin menumpang sementara payung-payung pejalan kaki lain untuk ditumpang ke tempat yang terhalang? Memilih untuk terus dibasahi sebenarnya menceritakan siapa sebenarnya yang menangisi. Barangkali benar langit menitiskan kesedihan dengan perilaku dunia, tetapi hakikat sebenar sebuah kehidupan ialah membiarkan diri diselubungi tangis dunia supaya tangis hati itu tidak dikesan.
Biarkan hati itu terus mengalirkan air deras yang tak tertahan. Biarkan ia mengalir hingga penat tiba untuk menghentikan. Bukan dengan senyuman dibalik keramaian yang tak memaksudkan apa-apa.
Menyalahkan hujan sesuatu yang tidak adil. Boleh saja berlari kecil mencari perlindungan di kedai serbaguna yang dibuka sepanjang hari atau berteduh di balik bumbung pepisang koridor berdekatan. Mungkin menumpang sementara payung-payung pejalan kaki lain untuk ditumpang ke tempat yang terhalang? Memilih untuk terus dibasahi sebenarnya menceritakan siapa sebenarnya yang menangisi. Barangkali benar langit menitiskan kesedihan dengan perilaku dunia, tetapi hakikat sebenar sebuah kehidupan ialah membiarkan diri diselubungi tangis dunia supaya tangis hati itu tidak dikesan.
Biarkan hati itu terus mengalirkan air deras yang tak tertahan. Biarkan ia mengalir hingga penat tiba untuk menghentikan. Bukan dengan senyuman dibalik keramaian yang tak memaksudkan apa-apa.




53 Komen Kencang:
... dan masih lagi soal hati
membawa ke pencarian tiada henti ..
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
hujan di hati tak siapa tahu. teruslah menangis, luahkan dan bogelkan segala rasa agar jiwa lebih segar.
Saya suka hujan. Hujan buat saya sejuk-sejuk pada waktu saya baran.
akmall, i really luv this post. mnggambarkan hati sy skarang ni =)
lawaaa gmba tu :)
menangisla andai itu buat hati anda puas.
hati menangis tiada siapa yg tahu.
orang kata kalau jumpa orang yg dicintai,
hujan akan turun.
:P
nice.
hujan bagus untuk tidur. krohh krohh~
sape kuat nanges itu cengeng.. ;)
lepaskan saja hujan hati...
simpan hanya tambah derita...
sudah puas...
senyum lalu terus langkah~
hujan yang turun~ bagaikan mutiara~ :)
kat egypt ni kan yemal, hujan dye kaler coklat, kalau turn, memang kotor baju, sebab bercampur dengan debu~ kalau kat msia, hujan asid pulak~
berkali2 aku kata, aku nantikan derai hujan yang pertama.chewah. ehe.
kalau lah gua gugirl.. haihhhh.. btw hati-hati yea pergi kerja... ekekekek
Nak tny, kenapa takde gambar pemandangan dlm Msia? Asik luar negeri je.
aku jarang menangis..dan selalunya bila aku menangis, susah nak berhenti..urmm..
hujan itu selalunya bawa rahmat! :)
tersirat2..
salahkan hujan tapi jangan salahkan hati.
hujan diluar nampak lebatya..hujan dihati siapa yang tahu...
eh knape hate august???
>.<
hujan?? hati siapakah yang tengah hujan neh...hehe
hujan itu kan hujan rahmat...;-)
so sweet ayt ney . DAMN likee :D
menangis dalam hujan?!!! baik menangis sambil mandi bawah paip ujan tu. takdelah demam..
nikmat hujan =D
like ur nukilan..biarkan ia pergi jika ia membebankan..
that picture looks real :)
hujan? zzzzzzzzzzzzzzzz
kalau xde ujan, menangis la kat bawah air pancut dalam toilet...
tu ar tak bolehh menyalahh kn hujan..
salahkn katak yg menyanyi..
hahahahaha...
sungguh puitis lahh ayat lu =)
jujur dengan hati
jujur dengan diri.
tak salah menagis :)
.. rin.. sedapnye rin nyanyi
hujan itu bagus. adakala orang kata hujan itu suatu nikmat. nikmat rezeki kah?
hujan juga mengajar erti kesabaran, berdikari and pokoknya byk lagi moral values related to hujan :)
Biarkan hujan...kerana akan muncul kelibat pelangi selepasnya. :)
menangis bawah air pancut kat dalam toilet jer..ngeh3
hujan kadangkala mampu menenangkan tangisan dalam hati.
main hujan best ok!
sudah lama mata ini tidak menurunkan hujan ~
di sini hujan dr pagi..enakkkk
p/s: sy pun krg pasti kalo yg diploma tu blh join ke tak GEMS..sbb tgk syarat, degree diutamakan huhu..sbb mgkin diploma ni mostly sambung degree kan..
cantik.
eh bila nk approve aku kt fb tu ?
lama betoi pendingnya.
hujan = lapar.haha
giler hujan...weh..jgn biarkan air deras itu mengalir laju..laju...buaiku laju....
hahha:)
juga sedang *hujan*
:(
nice..=)
kalau gelap tak hujan2 ? mau x lepas segala rasa .
hujan bersama air mata
hye encik psychopath...... heehe
:) nice
cerita encik psycho tersirat
amik tisu kalau nangis
sometimes... lagi suka dibasahi hujan dari melindungi diri dari hujan...
menangis saat basah dalam hujan
kesedihan itu semakin nyata
ia masih gagal menyembunyikannya.
hujan, katakan pada awan, hentikan air itu, aku lemas dirasuki air mata.
aku kira menangis dlm hujan itu lebih perih dari menangis dgn kebiasaanya.
Post a Comment