Assalamualaikum
Cahaya kuning kejinggaan yang dilempar mentari membias dari cermin dapur. Seperti biasa Susan menjerang air setiap pagi untuk membancuh kopi hitam tanpa gula kegemaran lelaki pilihan hati. Beliau sedia maklum yang kopi hitam bancuhannya itu bakal mempengaruhi kesegaran Jack sepanjang hari. Itu sebab Susan prihatin tentang ketelitian sukatan dan kerencaman kopi tersebut supaya dirembes sempurna oleh Jack.
Jack yang bangun dari perbaringan memperlekaskan diri bersiap untuk berpakaian kasual dengan haruman maskulin. Mengenakan kemeja biru dengan kombinasi seluar hitam sentiasa menceriakan pagi Isnin Jack. Dan seperti biasa, beliau turun ke dapur untuk menikmati kopi aroma kegemarannya. Susan yang termenung jauh kesorangan menunggu airnya gelegak, dikejutkan dengan dakapan suam Jack dari belakang.
Ciuman di tengkuk sebegitu barangkali membuat degupan jantung Susan berkocak. Susan mula mengorak langkah tarian susulan lagu yang kebetulan bermain di radio hadiah perkahwinan setahun dahulu dan disambut kemas dengan gerakan yang Jack sangat fahami. Susan menjelmakan kasih sayang dengan satu renungan mata manakala Jack acapkali terpana dengan sepasang mata yang sangat diminatinya itu.
Air yang dijerang tadi berbunyi bingit tanda sudah masak. Susan menuruti Jack yang sekadar membiarkan demi menikmati detik yang jarang-jarang itu berbanding kopi aromanya.
Seperti Jack, aku juga terkadang melewatkan sesuatu yang rutin demi pilihan hati atau dalam erti lain, mengutamakan kesayangan berbanding kesukaan. Soal hati, aku tahu yang mana satu keutamaan, namun jarang difahami.

*****

36 Komen Kencang:
yina dulu!
yina pon, kadang3 lebih mengutamakan kesukaan dari kesayangan, tapi kesayang kte tu lah kesukaan kte. :)
ingatkan tengah pening rupanya memang gambar tu bergerak.
suka lah entry ni! sweet dan comel :)
hahhhh.....
soal hati
ahh
malas aku.
btw,
sedap antry.
hehe
-elina-
alamak.
typo.
*entry*
-elina-
kesukaan dan kesayangan tu lain eh?
yaaaa.. bagus
Dapur dia sweet!
dan kemudian dieorg berakhir di ranjang...perghhhh.....
ok..aku da mula pk smpai situ bile susan kene peluk dari blkg, pastu cium kt leher...
arghhh...
mengutamakan kesayangan berbanding kesukaan...aku suke ayat ni
sangat suka ayat ni
'Soal hati, aku tahu yang mana satu keutamaan, namun jarang difahami. '
sigh, tapi, bukan jarang, tak pernah difahami
yup memang kdg2 mengutamakan kesayangan dr kesukaan huhu
weh, boleh buat novel cinta!
tp yg jadi keutamaan mesti perlu difahami =)
perempuan suka lelaki prihatin dan tahu menghargai dan tahu memohon maaf. selamat berusaha mengikat hati si dia. ehehe. eh betul ke tak?
:) Nice~ semat! ada bakat tulis novel laah..
untunglaaaaa pilihan hati kau. kbai.
dan pada masa mereka sedang menari bersama, waktu seakan terhenti, dan mereka terus menghayati momen indah itu..
*aku suka minum kopi di waktu pagi.
saya kesayangan dan kesukaan kan?
kita sukakan sesuatu . tapi bukan senang untuk kita dapatkannya.
ehem. pndg ska. senyum. kehkehkeh. :)
hmm mmg slalu utamakan kesayangan dr kesukaan. tp kdg2 yg kesayangan tu xpenah menghargai. :(
comel gambar tuh.bergerak. mmg kena dgn tema. ;)
comel kan kalau mcm ni :)
kesayangan,
kesukaan,
aku dah hilangkan dua-duanya ..
janji bahagia sudeeehhhh...
haruman kencang tu mesti haruman dunhill desire blue kan? :D
gua hanya tahu cinta coffee & coffeemate.haha
x cam pahit lak kopi tak letak gula.hehe
kesayangan juga kesukaan harus seiring...
haa..pelik ni..ade kesukaan dan kesayangan..hmm.. menarik2..hehee..;P
:)
aku sering di lupakan
romantis sekali yaa
pagi isnin yang indah.
tapi hari ini hari rabu.
:)
lama jugak aku tengok gambar tu baru aku start baca..
hahaha
bagi aku, apa yang aku suka, itu yang aku sayang. ada beda ya buat kamu? :)
nice blog btw :D
tutup air tu kang terbakar plak. haishh
semua nye penting kannn..
hahahahahaha..
jadi kene buat semua
kah kah kah..
aku tak paham sgt..
Suka entri ini!
Post a Comment