Assalamualaikum
1 syawal
1 syawal Cuaca disini tidak menentu. Tentunya ada saja manusia yang cuba menentukan menerusi ramalan dan dihebah-hebahkan. Sesekali hujan diselangi panas, ada ketika ribut angin menumbangkan segalanya yang tegak. Bahang malam memerah air tubuh dan pernah sekali dingin embun membekukan tulang. Perkara sebegini tidak sedikit mengganggu pemikiran dia yang terbaring kekeduan. Dia tahu bahawa dunia semakin hancur dan tidak dapat diselamatkan. Kurang-kurang, dia perlu memikirkan tentang dirinya yang separuh hancur.
Seminggu dia berkorbankan kehidupan untuk memberi kehidupan kepada orang lain sempena hari mulia. Cara dia membahagiakan persekitaran memang fenomena. Dia ada kekuatannya sendiri melihat langit yang cerah dibalik celahan kotak yang gelap dari dalam. Itu bukan motif dia menyuarakan kekesalan. Tetapi sebuah perkara yang dia malas fahami ; hati perempuan dan kebodohan lelaki. Dan tak semua keluhan itu untuk didengari kerana berkemungkinan salah faham menyelubungi hati-hati yang memerhatikan. Makanya tidak akan ada penulisan yang bermanfaat disini. Celaka bukan?
Bersaksikan langit yang tidak berbintang, dia simpan perasaan aneh ini didalam sebuah kotak hati yang berkuncikan perhatian.